CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

"Drama Melayu Memang Suka Rampas Laki Orang, Tak Pun Poligami Ya?"

20-9-2018 02:16 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 12336| Komen: 59|Original author: Oleh: Azza

Description: Selepas fenomena drama Jangan Benci Cintaku yang memaparkan kisah perampas suami orang, kini banyak pula tema sedemikian yang membanjiri stesen televisyen. Ia seperti mahu mencipta kesinambungan yang ...



Selepas fenomena drama Jangan Benci Cintaku yang memaparkan kisah perampas suami orang, kini banyak pula tema sedemikian yang membanjiri stesen televisyen. Ia seperti mahu mencipta kesinambungan yang sama dengan drama perampas kini beralih pula kepada kisah poligami. Seolah-olah drama Melayu hanya berkisar kepada kisah cinta yang tidak berkesudahan, tarik menarik hingga melabelkan lelaki dan juga perempuan tidak berguna.

Benarkah ianya berlaku di alam realiti? Ramai netizen mempersoalkan tema cerita yang lapuk ini.


Kredit foto: Twitter


Bersetuju dengan pendapat di atas, ramai netizen menyifatkan drama Melayu terutamanya yang disiarkan oleh stesen televisyen TV3 semuanya menceritakan kisah poligami dan orang ketiga yang secara tidak langsung mengaibkan lagi orang Melayu.

Hingga ada yang mempersoalkan adakah itu yang banyak berlaku di sekeliling saat ini? Maklumlah setiap hari sekurang-kurangnya ada tiga drama yang mempunyai tema sama seolah-olah menggalakkan trend kahwin cerai dan kisah perampas.


Drama yang menjadi fenomena dengan tema perampas, Jangan Benci Cintaku - Google

"Bagaimana nak belajar rampas laki orang? Tengok drama TV3, dari petang sampai ke malam dia tunjuk. Macam kat dunia ni dah takda orang bujang!"

Selain tema yang sama, jalan cerita juga terlalu cliche seperti suami kurang kasih sayang, lalu mencari wanita lain di luar sana. Tiada satu pun yang baik mengenai suami atau pun isteri yang digambarkan curang, tidak setia, gatal dan sebagainya. Ada kalanya adegan yang dipaparkan tidak masuk akal.



Ia secara tidak langsung mempengaruhi penonton hingga ada yang beranggapan itulah dunia yang sebenarnya di luar sana.


Kredit foto: Google

Sekali lagi, ada netizen yang menjelaskan bahawa itu antara sebab mereka menonton drama bersiri dari Jepun dan Korea yang lebih logik serta dekat dengan diri yang sebenar. Mereka lebih rela menghadap maraton drama ini berbanding menyaksikan kisah perampas dan poligami ini.
Namun begitu, tidak semua drama begitu kerana ada juga drama yang bagus tetapi lebih kepada slot dua jam sahaja seperti slot cerekarama yang lebih luas skop ceritanya.


Kredit foto: Carian Internet
Jika dikaji, trend drama bersiri sebenarnya mengikut perkembangan semasa dan kehendak penonton. Satu ketika dahulu, tema kahwin paksa yang diadaptasi dari novel menjadi popular menyebabkan ramai penerbit drama membuat cerita sedemikian. Hal yang sama juga berlaku bila watak tiga serangkai Fika-Shah-Husna meletup, ada penerbit yang menggunakan ramuan sama supaya cerita mereka turut terkena tempiasnya.

Bagaimanapun, apabila terlalu banyak dihidangkan kepada penonton dengan jarak masa dekat, ia membuatkan penonton muak serta beranggapan drama kita sudah tidak ada idea lagi. Jadi, diharapkan krew drama bersiri boleh membuat cerita yang lebih bagus sepertimana drama Nur yang pernah menjadi fenomena tahun ini. - CARI 
15

Bagus
10

Marah
16

Terkejut
14

Sedih
33

Lawak
25

Bosan

Friends Rank (113 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sofiazara 20-9-2018 02:18 PM
what do you expect? we malaysians memang suka drama macam ni okayyyyy
filem pulak yang sampah lawak bodoh
Quote beeeee 20-9-2018 02:20 PM
agak laaaaa penulis producer drama semua ketandusan idea ke
Quote buapakperut 20-9-2018 02:23 PM
iols tak pernah lagi terjebak tgk drama pukul 7 ni. sejak kecik tgk mr bean, er, xfiles,millenium, the nanny , remaja tgk drama cine n jepun. dah beso tgk online je
Quote borrow 20-9-2018 02:26 PM
Edited by borrow at 20-9-2018 02:27 PM

Tp drama  korea yg pjg2 tuh (like 50 episode ++ ) ,  selit ja kisah curang.

Mende ni vley triggered penonton , rating pun jd tinggi kowt. Coz acik2 tak sabar nk tengok CASH.  
Quote masdiana-ana 20-9-2018 02:28 PM
drama nora danish dan adyputra bahagia bukan bidaan tue best juga pasal jarang adyputra berlakon watak2 poyo mcm tue..tapi mutu drama sekarang jauh beza dgn dulu lagi2 slot samarinda
Quote masdiana-ana 20-9-2018 02:31 PM
iols ingat lagi drama2 slot samarinda yg bagus mcm MYA ZARA lakonan siti eja yg kisah anak yg disisihkan ayah dia tapi dia buktikan hingga akhirnya dia berjaya dlm perniagaan.
Quote mixed 20-9-2018 02:35 PM
masdiana-ana replied at 20-9-2018 02:28 PM
drama nora danish dan adyputra bahagia bukan bidaan tue best juga pasal jarang adyputra berlakon wat ...

beza drama BBB bini kena cerai
JBC & CBK bini x kena cerai dua2 berbaik semula dgn wife.

mmg poyo watqk adi kali ni sweet talker suka suki pgil hana anje dan
smlm nyanyi lagu dangdut plk haha
Quote gummiebear 20-9-2018 02:35 PM
Drama tv3 ni jenis bermusim kan.. mentang2 JBC meletop, habis semua drama yang lain pun nak angkat tema yang sama. Bawwwringgg
Quote masdiana-ana 20-9-2018 02:44 PM
mixed replied at 20-9-2018 02:35 PM
beza drama BBB bini kena cerai
JBC & CBK bini x kena cerai dua2 berbaik semula dgn wife.

kan rasa nak tampor2 jer nik tue... poyooo giler
Quote masdiana-ana 20-9-2018 02:46 PM
Fenomena sama juga berlaku pada drama korea..bila genre medical rating naik berlumba2 produser sana buat genre yg sama..
Quote eely_shana 20-9-2018 02:47 PM
masdiana-ana replied at 20-9-2018 02:31 PM
iols ingat lagi drama2 slot samarinda yg bagus mcm MYA ZARA lakonan siti eja yg kisah anak yg disisi ...

OMG! Rindu zaman samarinda masa ni, zaman bbnu iols. Mya zara jugak akhirnya yg satukan ayah dia dgn abg2 dia kan.
Quote masdiana-ana 20-9-2018 02:50 PM
Edited by masdiana-ana at 20-9-2018 02:52 PM
eely_shana replied at 20-9-2018 02:47 PM
OMG! Rindu zaman samarinda masa ni, zaman bbnu iols. Mya zara jugak akhirnya yg satukan ayah dia d ...

kan..best drama nie tapi cari2 kt online tak ada dah .sutera maya slot lestry yg kisah adik beradik perempuan berlainan perwatakkan pun best juga..
Quote eely_shana 20-9-2018 02:53 PM
masdiana-ana replied at 20-9-2018 02:50 PM
kan..best drama nie tapi cari2 kt online tak ada dah .

Dulu2 samarinda mengangkat tema korporat kan. Macam rindu semakin jauh, sephia, villa cinta daddy, masih ada cinta.... Byk lagi lah. Tapi skrg ni mcm dah tersasar dari tema asal je samarinda ni
Quote balakkampung 20-9-2018 02:54 PM
sebab tu aku dah lama tak tgk drama2 rantaian nih...semua tak best...aku lebih suka melayan drama2 dan sitkom dulu2 kat youtube...macam Rumah kedai , pimai pimai tangtu dan orang gaji pah bedah tu...dah berapa kali ulang dah ntah...tapi tak jemu...lebih best dari layan drama2 kat tv sekarang...last aku tgk pon drama Nur. yg tu jer best..
Quote masdiana-ana 20-9-2018 02:57 PM
eely_shana replied at 20-9-2018 02:53 PM
Dulu2 samarinda mengangkat tema korporat kan. Macam rindu semakin jauh, sephia, villa cinta daddy, ...

haah slot samarinda mengangkat thema korporat ..satu lagi tv3 patut wujudkan semula slot seram setiap hari khamis
Quote eely_shana 20-9-2018 03:01 PM
Betul tu. Iols rindu zaman samarinda yg dulu n cerita seram tv3. Ingat lagi iols selalu berlari balik kelas malam sebab nk tgk kekasihku seru n anak pontianak
Quote merahrose 20-9-2018 03:06 PM
masdiana-ana replied at 20-9-2018 02:46 PM
Fenomena sama juga berlaku pada drama korea..bila genre medical rating naik berlumba2 produser sana  ...

btl.  Skrg trend adaptasi webtoon + judges and horror
Quote AshkieLa 20-9-2018 03:15 PM
meols suka gak layan Bahagia Bukan Bidaan..
jadi lagi best sebab pelakon semua yg otai2 dah boleh adlib sendiri.. tak kayu berlakon..
takde laa tetibe terselit intan najuwa ke.. ruhainies ke kat situ..
Quote AshkieLa 20-9-2018 03:19 PM
Edited by AshkieLa at 20-9-2018 03:27 PM
eely_shana replied at 20-9-2018 03:01 PM
Betul tu. Iols rindu zaman samarinda yg dulu n cerita seram tv3. Ingat lagi iols selalu berlari bali ...

dulu2 tv3 mcm ade tema kan utk slot masing2..
hari isnin berunsur isu semasa.. macam Juvana..
hari selasa drama yg mcm ade kelakar2 ade super power.. Bio-Nik, SuperMak
hari rabu tak ingat tema ape...
hari kamis.. semua berunsur seram.. Kekasihku Seru, Saka Keliwon, Jentayu
hari jumaat .. semua berunsur islamik.. Nur Kasih, Hanya Padamu
hari sabtu lak cerekarama yg best2 dan meruntun hati...

Lihat semua komen(59)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 03:00 PM GMT+8 , Processed in 0.219036 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top