CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemilik Beg Udara Takata, Digesa Segera Tukar Atau Disenaraihitamkan

20-9-2018 11:49 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 3573| Komen: 30

Description: Pemilik kenderaan Honda, Subaru dan Mazda yang terlibat dengan penukaran beg udara, Takata, digesa untuk berbuat demikian atau bakal berhadapan dengan tindakan senarai hitam.
Ambil perhatian buat pemilik kenderaan Honda, Subaru dan Mazda yang terlibat dengan penukaran beg udara yang berjenama Takata.

Kredit foto: www.kosmo.com.my


Berikutan sejak 26 Jun lalu, kerajaan telah hantar sebanyak 408,551 pucuk surat peringatan kepada semua pemilik kenderaan yang terlibat, namun setakat ini hanya 70,853 bilangan kenderaan atau kira-kira 17 peratus selesai urusan penukaran beg udara.

Sehubungan itu, memetik laporan Astro Awani, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, kerajaan telah meminta syarikat kenderaan terbabit untuk menghantar surat peringatan akhir kepada pemilik kenderaan dalam tempoh dua minggu.

"Jika mereka masih tidak menghiraukan surat peringatan tersebut, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menghantar notis untuk dipanggil memberi penjelasan dan bakal berdepan dengan tindakan senarai hitam."


Beliau berkata demikian pada sidang media yang berlangsung di Kementeriannya di Putrajaya semalam.

Manakala bagi pengeluar kenderaan lain termasuk BMW, Mitsubishi, Nissan dan Toyota yang masih gagal mendapatkan stok beg udara yang mencukupi, Loke berkata pihaknya memberi tempoh sehingga dua bulan untuk berbuat demikian.

"Mereka mengemukakan alasan seperti masalah pengangkutan termasuk masalah untuk mendapatkan stok dari Jepun, namun mereka menjangkakan kesemua stok akan sampai menjelang akhir November ini," katanya.- CARI



11

Bagus
21

Marah
8

Terkejut
6

Sedih
23

Lawak
21

Bosan

Friends Rank (90 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 20-9-2018 12:20 PM
Kete apa.lg yang guna takata ek?
Honda toyota lagi?
Quote c===8 20-9-2018 12:22 PM
shernazz replied at 20-9-2018 12:20 PM
Kete apa.lg yang guna takata ek?
Honda toyota lagi?

Ambil perhatian buat pemilik kenderaan Honda, Subaru dan Mazda yang terlibat dengan penukaran beg udara yang berjenama Takata.



baca tol2 la boss
Quote shernazz 20-9-2018 12:26 PM
c===8 replied at 20-9-2018 12:22 PM
Ambil perhatian buat pemilik kenderaan Honda, Subaru dan Mazda yang terlibat dengan penukaran beg  ...

Ala...iols dh baca tp.lupa seketika...
Huhuuu...x fokus....
Quote zulka 20-9-2018 12:39 PM
hadoii..aku termasuk la dlm senarai ni..
jpj dah bagi notis dah..caitt lecehnye
Quote paz 20-9-2018 12:57 PM
Subaru apa yang pakai Takata? nak kena google ni.
Quote insulin 20-9-2018 12:59 PM
Korang yang pakai kereta yang ada "bom jangka" ni, cepat2lah pergi tukar airbag tu. Tak sayang nyawa ke?
Quote merrissa 20-9-2018 01:31 PM
menyusahkan jah honda ni....ish ish ish

sib bek aku pakai beskal je...
Quote hyldia 20-9-2018 01:41 PM
shernazz replied at 20-9-2018 12:20 PM
Kete apa.lg yang guna takata ek?
Honda toyota lagi?

nissan...dpt surat dr jpj supaya pemilik kereta nissan sekian2 tahun p tukar airbag takata...free jer. kalo tak tukar, tindakan saman akan dikenakan. call nissan, tp stok tak de, so kena tunggu lagi ntah bila boleh tukarnya...
Quote matamata 20-9-2018 01:49 PM
airbag tu basically adalah bom, tp dlm kadar terkawal lah
Quote zulka 20-9-2018 02:11 PM
ok setle..alhamdulillah
siapa yg duduk area bt caves/selayang, bwa kete pegi petronas bt caves, tukar free je...walk in je
tak sampai sejam siap
Quote jofizo 20-9-2018 02:20 PM
imagine kalau jenama proton yg kena recall pasal airbag nih........musti dah 50 pages dah nih

Quote Matpon 20-9-2018 03:30 PM
c===8 replied at 20-9-2018 12:22 PM
Ambil perhatian buat pemilik kenderaan Honda, Subaru dan Mazda yang terlibat dengan penukaran beg  ...

awak baca tak habis

boleh dikatakan semua kereta sebelum 2012..

copypaste:-

Manakala bagi pengeluar kenderaan lain termasuk BMW, Mitsubishi, Nissan dan Toyota yang masih gagal mendapatkan stok beg udara yang mencukupi, Loke berkata pihaknya memberi tempoh sehingga dua bulan untuk berbuat demikian

Quote CardiGans85 20-9-2018 03:43 PM
Matpon replied at 20-9-2018 03:30 PM
awak baca tak habis

boleh dikatakan semua kereta sebelum 2012..

Toyota dah recall awal tahun ni sbb aku pun dah replace. FOC.
Quote shernazz 20-9-2018 05:23 PM
hyldia replied at 20-9-2018 01:41 PM
nissan...dpt surat dr jpj supaya pemilik kereta nissan sekian2 tahun p tukar airbag takata...free  ...

Sabo je lah kan..
Jadi.jpj x bleh nak salahkan pemandu...
Stok terhad gitu kan..
Harap harap.selamat lah.uols sampai ditukar airbag tu okeh
Quote akusukaq 20-9-2018 05:40 PM
honda aku dah lama pun tukar air bag tu.tp maseh terus dapat surat sampul merah sampai ni.dokument pengesahan dr bengkel honda pun ada aku simpan.
Quote noor2 20-9-2018 05:42 PM
Nasib akak kereta kancil. ....tak perlu penukaran. ...
Quote PongKang 20-9-2018 05:48 PM
owh yg version lama.. igt yg baru pun kena
Quote MissVixen 20-9-2018 05:52 PM
Kejap je tukar. Bawak2 la rajin p tukar sebelum habis stok. Tak pasal2 eksiden besi tercacak dekat orang kita sayang.
Free rfid pon p la pasang. Melayu sket je aku nampak rajin p pasang benda ni. Tengah free ni, pergilah kejap.
Quote opie5662 20-9-2018 05:54 PM
shernazz replied at 20-9-2018 12:20 PM
Kete apa.lg yang guna takata ek?
Honda toyota lagi?

mitsubishi...

keta aku jpj sampai bagi surat merah suruh tukar dgn segera.

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:58 AM GMT+8 , Processed in 0.079483 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top