CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rais Yatim Dedahkan Kerajaan BN Beli Iklan Untuk Bantu Utusan Malaysia

19-9-2018 06:21 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 3970| Komen: 22

Description: Tan Sri Rais Yatim mendedahkan kepada The Malaysian Insight cara Utusan Malaysia mendapatkan sumber kewangan daripada tahun 2010 sehingga 2013.

Selepas kerajaan Barisan Nasional yang diterajui UMNO teruk mengalami kegagalan dalam Piilihan Raya Umum (PRU ke-14) lalu, akhbar Utusan Malaysia atau sebelum ini disebut sebagai Utusan Melayu terus kehilangan punca kewangan iaitu menerusi pengiklanan yang bernilai lebih berpuluh juta ringgit.


Kredit foto: carian internet

Memetik laporan Malaysiakini, Tan Sri Rais Yatim mendedahkan kepada The Malaysian Insight cara Utusan Malaysia mendapatkan sumber kewangan daripada tahun 2010 sehingga 2013.

Dakwa bekas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, semasa berada dalam kabinet Datuk Seri Najib Razak, kementeriannya diarahkan membeli iklan yang bernilai lebih kurang RM12 juta setahun dalam penerbitan syarikat itu.

“Tahun 2010, 2011, dan 2012 ketika itu sebagai menteri penerangan, saya terpaksa mengeluarkan bantuan menerusi pengiklanan kepada Utusan."


“Usaha seperti itu tidak seharusnya berlaku tetapi kerajaan arahkan saya bertindak sedemikian.”
 
Tambah beliau, Utusan Malaysia sememang langsung tidak mampu pulih semula daripada masalah kewangan yang dihadapinya.

Rais adalah menteri penerangan, komunikasi dan kebudayaan antara 2009 hingga 2013.

Difahamkan, kali terakhir Utusan Malaysia memperoleh keuntungan adalah pada tujuh tahun yang lalu.

Sebelum ini, The Star melaporkan, setakat Jun tahun 2017, kerugian Utusan Malaysia telah mencecah RM71 juta.- CARI
19

Bagus
17

Marah
7

Terkejut
13

Sedih
21

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (90 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote highcastle 19-9-2018 06:53 PM
Dah memang alat propaganda BN dah tentulah kena suap............. Tapi skg zaman media sosial akhbar2 memang org dah x pandang dah.
Quote Victorioussss 19-9-2018 07:02 PM
Ahli ameno 3 juta. Kalu 1.5juta ahli beli sehari bole dpt lebih rm1.5juta kot. Sebulan? Setahun?

Media ameno..berita gerat sebelah rakyat mual, xnk beli boikot. Rasakan aftermath ahli ya g ramai pun xbole nk beli sekabar sndiri. Kene pam tender iklan 12 juta setahun pn xbole survive lg
Quote borrow 19-9-2018 07:46 PM
Utusan Terus Unggul Sbg Akhbar No.1 - era dh berakhir

Minggu ni dh jd compact  n nipis jah.

Dedulu tebal siap ada selit majalah kecil lagi. Tutorial budak sekolah & info tani. Ai ske baca.
Quote borrow 19-9-2018 07:47 PM
Tak heran la gomen dulu huluq duit. Utusan kan media utk sebar pengaruh deyols.
Quote roy3 19-9-2018 07:50 PM
Duit rakyat serupa duit bapak die
Quote Yahudi_Bisex 19-9-2018 08:27 PM
Biar lah lingkup...demi kebaikan org Melayu juga.
Quote vespa_oren 19-9-2018 08:37 PM
Dulu langgan gak utusan lepas makin teruk menjilat umno terus tukar metro, rasa zmn najib k pak lah
Quote highcastle 19-9-2018 08:49 PM
vespa_oren replied at 19-9-2018 08:37 PM
Dulu langgan gak utusan lepas makin teruk menjilat umno terus tukar metro, rasa zmn najib k pak lah

Aku rasa zaman Mahathir lagi Utusan kuat menjilat mungkin dek pengaruh Anwar sgt kuat. Zaman skg mana2 akhbar parti pun rasa dah sendu org nak beli. Semua cerita dah ada kat FB atau Whatsapp.
Quote RatuDunia94 19-9-2018 09:50 PM
Quote putericahaya999 19-9-2018 11:07 PM
tutup jelah jika dah tak untung
sentimental tu letak tepi dulu
Quote R2D2 19-9-2018 11:25 PM
kerajaan PH masih langgan lagi ka Utusan Malaysia utk pejabat-pejabat kerajaan?
Quote bangcak 20-9-2018 12:11 AM
tahun depan utusan bakal berwajah baru lg.
...kini bersaiz pocket.
Quote DARSITA 20-9-2018 01:35 AM
Zaman dulu mak ayah langgan Utusan tiap hari Ahad. Aii warisi tabiat membeli Utusan jugak pasal suka lah dgn PANCAINDRA (betul ke ejaan ni?) .. ada katun banyak ada hiburan gossipan dll.  Utusan time tu mmg tebal. Kalau tak dpt beli rasa tak sah! Lepas tu baca utusan online sebab ada link to majalah mangga.

Dulu best Utusan la ni tak menjana minda membaca utusan.

Quote DARSITA 20-9-2018 01:37 AM



Dia kenalah beli sebab dia boleh naik pun sebab Utusan banyak siar cerita ttg dia. Utusan, URTV, Mangga tu ler tempat wartawan menjual gossip pasal retis termasuk HajahSelfie nan sorang ni.


Quote tumpanglalu74 20-9-2018 02:57 AM
RatuDunia94 replied at 19-9-2018 09:50 PM

Ucapan tahniah tu semacam jah..
Quote aleesyasofia 20-9-2018 08:56 AM
mmg utusan dr dlu umno pnya kan.. teringat dlu mse degree gigih iolss prgi utusan cri surat khabar thn2 lama nk bt fyp..
Quote Ferr_Remy 20-9-2018 09:10 AM
Pembaziran duit rakyat
Quote AbukRokok 20-9-2018 09:11 AM
utusan xreti ke nak revolutionise seiring dengan teknologi terkini?
dah tau rugi tumpu lah pada online...mcm siakapkeli..mynewshub... Oh bulan
pandai2 la pilih niche

dah la tu sampai skrg xlepas2 lagi banned aku punya komen xboleh
Quote MadameOnion 20-9-2018 10:37 AM
hmmm i mmg tak baca utusan..last baca masa form5 kot..baca utk memperkayakan bahasa melayu

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 09:47 PM GMT+8 , Processed in 0.067087 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top