CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Ratu Soul Aretha Franklin Dilaporkan Nazak

14-8-2018 12:38 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 3807| Komen: 11|Original author: Oleh: Sang Pencinta

Description: Penyanyi terkenal Aretha Franklin, 76 tahun dilaporkan sakit tenat. Menurut sumber beberapa media, keluarga Aretha memberitahu beliau sedang bergelut dengan kanser dan doktor memberitahu tempoh hayatn ...
Penyanyi terkenal Aretha Franklin, 76 tahun dilaporkan sakit tenat. Menurut sumber beberapa media antaranya People, keluarga Aretha hari ini menyatakan beliau sedang bergelut dengan kanser dan doktor memberitahu tempoh hayatnya kini tidak akan lama. 

Sejak diagnosis penyakit tersebut beberapa tahun lalu, tubuh badan Aretha dikatakan susut lebih 85 pounds (38.5 kg) dan beliau menghabiskan masanya mendapat rawatan di sebuah hospital di Detroit dan sudah jarang tampil dalam mana-mana persembahan.



Kredit Foto: ArethaFranklin.net


Penyanyi yang mendapat julukan 'Ratu Soul' itu popular dengan lagu-lagu seperti Respect, Natural Woman, I Say a Little Prayer, Chains of Fools dan banyak lagi. Dalam kariernya selama beberapa dekad, beliau memenangi hampir 18 anugerah Grammy dan salah seorang daripada artis paling laris dengan jualan album melebihi 75 juta seluruh dunia. 


Aretha juga adalah penyanyi wanita pertama mendapat pengiktirafan Rock & Roll Hall of Fame. Majalah Rolling Stones mengiktiraf Aretha sebagai salah seorang daripada 100 Greatest Artists of All Time dan 100 Greatest Singers of All Time.



Kredit Foto: PageSix.com

Sejurus selepas berita beliau sakit tenat tersebar, selebriti dan peminat menyampaikan ucapan dan doa kepada Aretha dan ahli keluarganya. Penyanyi terkenal Mariah Carey memuatnaik gambar Aretha dengan caption 'praying for the Queen of Soul' di twitternya. Begitu juga dengan Missy Elliot, Ciara, Steven Tyler, Oprah dan ramai lagi.



Kredit Foto: Twitter Mariah Carey


Kredit Foto: Twitter


Rakan rapat Aretha, Evrod Cassimy menyatakan seluruh ahli keluarga Aretha telah berkumpul di hospital untuk sebarang kemungkinan. Kita doakan yang terbaik buat Aretha dan keluarganya. - CARI 

26

Bagus
35

Marah
33

Terkejut
23

Sedih
16

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (148 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gerbera.memopad 14-8-2018 01:02 PM
Get well soon Aretha. Suara beliau sedap sangat. Lagu2 pon best.
Quote kukukatablog 14-8-2018 05:45 PM
teringat zaman dia berlawan suara ngan celine dion kat konsert diva dlu,
sampai mariah pon x leh nak celah dorang punya vokal.....
Quote saladin780 14-8-2018 07:20 PM
the moment i wake up..
before i put on my make up..
I say lil prayer for youuuuu..

get well soon aretha..tp kalu dah kanser..umur lanjut lagi..mmg susah la nak sembuh
Quote alesandra 15-8-2018 10:47 PM
R-E-S-P-E-C-T..tu je yg aku tau
Quote Sang_Pencinta 17-8-2018 01:22 AM
Rip

Aretha diumumkan meninggal sebentar tadi
Quote nadie90 17-8-2018 01:34 AM
U will be missed....the Queen of Soul
Quote 234126 17-8-2018 07:22 AM
Patut la radio pasang her songs back to back tadi. RIP aretha
Quote gerbera.memopad 17-8-2018 09:56 AM
R.I.P Aretha
Quote Artemesiaa 17-8-2018 12:03 PM
RIP Aretha, takziah buat familynya
Quote alesandra 17-8-2018 04:30 PM
rest in peace...respect
Quote Foxey 20-8-2018 10:08 AM
R.I.P Aretha...

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:48 PM GMT+8 , Processed in 0.062527 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top