CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Sebab Tak Mahu Tepak Sireh Pun Boleh Jadi Perang Besar - Bakal Pengantin

21-6-2018 12:22 PM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 7933| Komen: 30|Original author: Oleh: Whitney

Description: Sebab Tak Mahu Ada Tepak Sireh Pun Boleh Jadi Perang Besar - Bakal Pengantin Ramai yang masih lagi berada dalam mood hari raya dan dalam masa yang sama, ada yang sedang risau dan sibuk mengurus majlis ...


Ramai yang masih lagi berada dalam mood hari raya dan dalam masa yang sama, ada yang sedang risau dan sibuk mengurus majlis perkahwinan yang bakal berlangsung.

Tidak dinafikan, perkahwinan di negara kita banyak bergantung kepada adat berbanding syariat. Jadi, ramai yang merasakan perkahwinan memerlukan kos yang sangat besar sehingga ada yang terpaksa menangguh niat untuk berkahwin kerana belum cukup bajet.

Seorang pengguna twitter bernama Syahirah berkongsi senarai perkara atau adat yang tidak perlu malah melanggar syariat dalam sesebuah majlis perkahwinan. Senarai tersebut diperolehi daripada pengguna twitter lain dan dia bersetuju dengan beberapa adat perkahwinan yang jika dilanggar, boleh menimbulkan 'peperangan' dengan orang tuanya seperti tiada tepak sireh.



Netizen bersetuju bahawa ramai masyarakat termasuk ibu bapa bapa sendiri yang masih kuat berpegang kepada adat sehingga ia menyukarkan anak-anak untuk berkahwin. Jika melanggar adat, seolah-olah perkahwinan itu menyalahi dan tidak sempurna serta memalukan keluarga pengantin.


Bukan itu sahaja, ada netizen yang bergaduh dengan ahli keluarga semata-mata kerana tidak mahu mengikut adat sehingga ada ibu bapa yang tidak mengaku anak. Untunglah sesiapa yang masih mampu berbincang dengan ibu bapa dan yang bersikap terbuka.


Ini komen netizen yang jenis tidak kisah nak ikut adat atau tidak kerana perkahwinan mungkin sekali sahaja dalam hidup. Baginya tidak perlu bergaduh semata-mata tidak mahu mengikut adat kerana hakikatnya masyarakat kita sememangnya hidup dengan pelbagai adat.


Memang kadang-kala serba salah dibuatnya. Bajet kahwin sudahlah cukup-cukup sahaja tetapi disebabkan mahu mengikut adat, terpaksa pula lebihkan bajet untuk perkara-perkara yang tidak perlu dan tidak berfaedah. Apa pendapat kalian? - CARI 
7

Bagus
3

Marah
2

Terkejut
9

Sedih
10

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (42 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nisako 21-6-2018 01:33 PM
susah nak ckp tp org2 tua mmg cm ni… adat tu penting bg mereka...
Quote fcl29 21-6-2018 03:45 PM
seeloknya bincang ngn org tua... jgn belakangkan dorg smpai  nk bergaduh bagai..
jgn nk plan sndr2.. sbb org tua kita ni pon nk yg terbaik utk kita..
Quote geenie 21-6-2018 04:27 PM
or, org tua kita elok je. tp, dtg makcik, pakcik, atok nenek sedara, atok nenek tiri, semua dah masuk campur, it's not your wedding / tunang anymore.

trust me. been there. n ujung2 aku yg gaduh dgn bf aku (now husband)

i want to skip "tunang". risik je cukup. then tetap hari nikah. senang
but his side nak this n that. i even ask, "do they provide the financial if we do their way?"
aku dpt jawapan krik krik je

SEDEH!!!!
Quote orked44 21-6-2018 05:10 PM
masa ak kawin senang..xde dulang hantaran..hahahaa..jadinya pihak lelaki dtg bawak bdn masing2 je.wlpn makcik2 bawang aysik tnya mana hntran..mak ak buat xtahu je..hahaha...mak ak kata lps kawin beli lah apa nk beli..handbag ke segala bagai..xpyh nk tnjuk2 time kawin..beli murah kena kecam beli mahal pom kena kecam..simple je.
Quote AyaqMeloSuam 21-6-2018 10:48 PM
Me too.. my 2nd marriage. My hb bwk bdn jer.. dtg sorg jer.. kwn2 aku jd pneman. Bg aku bukan hntran knduri kndara yg penting.. yg penting kmi after kawen kelak.. smpi imam, bilal.. saksi kt masjid dok sibuk jd pakcik bawangan kt ayah aku.. tnya.. hantran duit belanja semua.. sb aku suh hb aku bwk 1k ( duit mas kawen) + gelang sbg tanda. Lain2 hntran aku x muat dulang hokey... {:run{:love
Quote MariaClara 22-6-2018 08:45 AM
AyaqMeloSuam replied at 21-6-2018 10:48 PM
Me too.. my 2nd marriage. My hb bwk bdn jer.. dtg sorg jer.. kwn2 aku jd pneman. Bg aku bukan hntran ...

weh bagus tu...aku pon kalau bole 2nd marriage nak nikah je tapi belah laki mengada2....

to me..kalu ko da setuju da pikir masak2 nk kawen dgn miss J ni...ko kena korban la sikit takyah nk adat dunia sgt...ni sakan..

x pasal2 aku dan si dia selalu gado bab ni..dia nk follow mak dia..aku nk simple...huh sudahnye aku tangguh..buat bodoh
Quote MariaClara 22-6-2018 08:47 AM
geenie replied at 21-6-2018 04:27 PM
or, org tua kita elok je. tp, dtg makcik, pakcik, atok nenek sedara, atok nenek tiri, semua dah masu ...

mcm same je dgn prob aku....

sudah nye aku pon krik krik krik...buat bodh..selagi korang nak sgt mendunia..selagi tu aku tangguh je
Quote MariaClara 22-6-2018 08:48 AM
aku sgt suka benang ni...sbb aku tgh bermasalah hahahhaha
Quote mieymiey 22-6-2018 10:22 AM
SETUJU! Selalunya makcik- makcik sedara yang sebok nak suruh buat itu, buat ini, sebok tanya kenapa takder tu, kenapa takder ni. Eh? Ni majlis aku ker majlis engko? Nak sangat buat macam-macam, tu haaaa pegi kahwinkan anak engko sendiri.
Quote nisako 22-6-2018 10:49 AM
orked44 replied at 21-6-2018 05:10 PM
masa ak kawin senang..xde dulang hantaran..hahahaa..jadinya pihak lelaki dtg bawak bdn masing2 je.wl ...

bagusnye kahwin x de hantaran ................
Quote sarahmirza 22-6-2018 12:06 PM
MariaClara replied at 22-6-2018 08:45 AM
weh bagus tu...aku pon kalau bole 2nd marriage nak nikah je tapi belah laki mengada2....

to me. ...

BF bujang ke?

My friend 2 org miss J kahwin bujang muda dari dia orang...
Buat majlis sederhana je... tapi tetap ada pelamin, ada hantaran bagai..
Layankan aje kehendak keluarga lelaki sbb itu pertama kali mereka nikah kahwin kan..
Kalau buat ala kadar takde majlis bagai dah macam tak suka pulak anak kahwin miss J..

Entahlah...
kehendak masing2..

Quote geenie 22-6-2018 12:50 PM
MariaClara replied at 22-6-2018 08:47 AM
mcm same je dgn prob aku....

sudah nye aku pon krik krik krik...buat bodh..selagi korang nak sg ...

haha. tuh blom lagi bab baju. sibuk nak suruh ikut warna kehendak dia.
since diorang dah booked awal2 mak andam / pelamin / catering, aku ikut je
time pilih baju, aku ckp awal2, "we'll see what color suit me best"
n yes, aku turutkan je diorg suruh pakai baju apa pun. but i told them awal2, aku tak nak pakai baju kebaya yg jarang2 kene pakai corset segala tuh (time tu mmg tgh in pesen camtuh)
coz i told them, no point bertudung tp nampak segala lekuk n segala bende see through.in the end, aku yg akan pakai. i have the right to decide. n aku time tu ade backup besar: my future SIL


end up, baju kawin still ikut tema kaler dorg nak (peach+kelabu) tp, design baju, aku pilih.
win-win
Quote dewi 22-6-2018 01:37 PM
tepak sirih ni adat,

lepas bincang2 masa meminang , robongan lelaki kasi tepak sirih n pihak perempuan ambil sirih makan sebagai tanda simbolik persetujuan.

zaman sekarang sapa je lagi yg makan sirih weh.  ganti jela dgn tepak coklat ke, buah  or kurma..

amacam ok tak cadangan hakak
Quote nononcrux 22-6-2018 01:44 PM
MariaClara replied at 22-6-2018 08:45 AM
weh bagus tu...aku pon kalau bole 2nd marriage nak nikah je tapi belah laki mengada2....

to me. ...

suh mak dia je lah sanding
Quote MariaClara 22-6-2018 02:42 PM
nononcrux replied at 22-6-2018 01:44 PM
suh mak dia je lah sanding

mak aku pon cakap camtu..bagi dia sanding anak beranak je..zalim nye aku kan
Quote MariaClara 22-6-2018 02:43 PM
geenie replied at 22-6-2018 12:50 PM
haha. tuh blom lagi bab baju. sibuk nak suruh ikut warna kehendak dia.
since diorang dah booked a ...



i nak putih..mak dia nk gold..ade ke gold?? blink sgt tuhhhh
Quote MariaClara 22-6-2018 02:45 PM
sarahmirza replied at 22-6-2018 12:06 PM
BF bujang ke?

My friend 2 org miss J kahwin bujang muda dari dia orang...

ya bujang tapi sebaya...

yela dorang x pernah merasa yer dak...tp i is malu hahhahahahha nasiblaaaaaa


Quote Artemesiaa 22-6-2018 03:02 PM
Selalunya semua tu sebab kehendak family kena yang tak kesah tak pa kena yang cerewet silap2 dapat cerca.  Jadi buat le sepiring tak perlu nak bertingkat2 sangat macam zaman dulu2 cost pun kurang.
Quote geenie 22-6-2018 03:57 PM
MariaClara replied at 22-6-2018 02:43 PM
i nak putih..mak dia nk gold..ade ke gold?? blink sgt tuhhhh

if gold wedding dress, not bad lah babe



tetibe tringat, aku pernah ada baju kaler gold.mmg pakai sbb kene jadi pengapit. ntah brapa kali jd pengapit, everytime tuh jugak nak baju kaler gold
recycle je lah kan

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:02 PM GMT+8 , Processed in 0.078930 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top