CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Degup Ramadan 2018 Lihat artikel

Lemang Homemade Tanpa Buluh Tapi Rasa Sebiji Macam Yang Ori

11-6-2018 03:12 PM| Diterbitkan: Cari-Faizal| Dilihat: 7290| Komen: 10|Original author: Oleh: Faizal

Description: Lemang merupakan antara menu wajib ada tatakala menjelangnya raya. Rasanya kalau tiada lemang, raya anda tentu sahaja tidak sempurna. Pada asalnya lemang merupakan beras pulut yang bercampur dengan sa ...
Lemang merupakan antara menu wajib ada tatkala menjelangnya raya. Rasanya kalau tiada lemang, raya anda tentu sahaja tidak sempurna. 

Pada asalnya lemang merupakan beras pulut yang bercampur dengan santan dan juga sedikit garam dimasukkan ke dalam buluh lemag dan dipanggang diatas bara api sehingga masak.



Keenakan lemang itu terletak pada bagaimana adunan beras pulut dan juga kuantiti santan dan garam yang digunakan ditambah pula dengan bau-bau asap panggangan yang melekat pada lemang ketika dimasak. Kalau zaman dahulu membuat lemang ni seperti menjadi satu tradisi di kampung bila tibanya raya. Semua penduduk berpakat membuat lemang bersama-sama. Sudah tentu suasana begitu meriah sekali kan?


Memang diakui, untuk membuat lemang secara tradisional memerlukan waktu dan juga kerajinan yang tinggi. Masyarakat kini yang sibuk dengan tugasan harian sudah pasti hendak membuat lemang secara tradisional amat menyukarkan. Untuk memudakan, kita beli sahaja la.
Tapi, buat anda yang ingin mencuba membuat lemang dirumah tetapi dengan teknik yang mudah dan tidak memerlukan buluh lemang, apa kata jom ikuti resipi ini.

LEMANG SEGERA TANPA BULUH


Bahan-bahan

Beras pulut secukupnya
Santan bersesuaian dengan kuantiti beras pulut
Garam

Cara-cara membuatnya



1. Tanak pulut bersama santan asli dan sedikit garam.

2. Matikan api bila santan dah kering. Pulut masih separuh masak.

3. Dapatkan 2 jenis daun pisang, yang pucuk muda dan yang tua.

4. Balut pulut dengan pucuk muda dahulu dalam keadaan daun melintang.

5. Di bahagian luar balut macam biasa seperti kuih lopeh. 

6. Kukus 30-40 minit.

7. Bila masak, grill sebentar hingga garing bahagian luar daun.

8. Buang daun balut sebelah luar & tinggalkan bahagian daun muda.

9. Bolehlah potong seperti lemang biasa.

p/s: Ramai yang tidak akan perasan lemang ini dibuat tanpa menggunakan buluh.

Selamat mencuba! - CARI 
4

Bagus
9

Marah
7

Terkejut
8

Sedih
9

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (41 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Themilo 11-6-2018 03:22 PM
ya robbi, banyaknya kerja.. dah separuh kukus, nak balut lagi.. bila dah masak, nak grill pulak..  
Quote chazey 11-6-2018 03:34 PM
Ni dah macam kelupis versi gedabak.
Quote moonbug 11-6-2018 03:38 PM
Ok nak try lah nanti
Quote IsobelMelody 11-6-2018 08:14 PM
Mcm buat kelupis {:smile{:smile
Quote munchkin 11-6-2018 11:11 PM
Mcm my mom buat. Serius lagi sedap dari segala lemang yg dijual kat luar tu. Lembut berlemak makan pulak ngan rendang my mom yummmmsss
Quote drivethru 11-6-2018 11:20 PM
Masak air gula merah jadi kuih lopeh.

So orang ade pilihan. Nak lemang atau lopeh.
Quote rospinki 12-6-2018 10:35 AM
akak pernah buat lemang homemade ni..jadi jer cuma tak seperti lemang ori bakar buluh tu..

misi utama aku sebelum raya harus mencari lemang Pak Din misai jalan meru terbaikkkkk
Quote lyza2474 12-6-2018 12:05 PM
nak cubalahhhhhhhhhh
Quote cacaumerba 29-6-2018 07:32 AM
aah ada kawan2 kami yg buat cara ni..menjadi..sedap dan lemak hahaha
senang pn ye gak..kami punya team bakar lemang dlm winter haha..jd la jugak walaupun berkelubung
Quote sapasapa 14-5-2021 05:34 PM
Wah boleh cuba ni...thanks for sharing TT!!

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:41 PM GMT+8 , Processed in 0.244566 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top