CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Peminat Serbu Butik, Tudung Fazura Laku Keras!

7-6-2018 04:11 PM| Diterbitkan: Cari-suzy| Dilihat: 36023| Komen: 173|Original author: Oleh: Suzy


Bersempena dengan Ramadhan dan Aidilfitri yang bakal menjelang, ramai artis menggunakan peluang ini untuk mempergiatkan lagi aktiviti perniagaan yang melibatkan pakaian dan tudung. 

Perniagaan tudung antara perniagaan yang menjadi pilihan para artis wanita. Biarpun pasarannya agak kompetitif, namun sambutan yang diberikan tetap di luar jangkaan.  



Dengan kerancakan perniagaan tudung ini jugalah telah membuahkan idea buat selebriti terkenal Nur Fazura untuk turut sama memperkembangkan lagi koleksi tudung keluarannya. 

Sebelum ini dikenali sebagai House Of Doll, kini jenama Fazura diperkenalkan semula sebagai Fazbulous iaitu gabungan namanya, Fazura dan Fabulous yang sering digunakan oleh Fazura di media sosial. 


Foto: IG Nur Fazura

Koleksi tudung yang diberi nama 'Tudung Fazura' itu adalah jenama eksklusif yang dilancarkan semalam di butiknya, Fazbulous di The Strand Mall, Kota Damansara. 

Sebaik sahaja dilancarkan, koleksi tersebut laris bagaikan pisang goreng panas! Ramai peminat Fazura hadir memeriahkan majlis pelancaran tudung tersebut. Apa yang mengejutkan, ketiga-tiga koleksi Tudung Fazura habis dijual pada malam tersebut. Wow! Semakin murah rezeki isteri kepada Bintang Paling Popular 2017, Fattah Amin. 



Jika dilihat dari segi warna ataupun cetakan pada tudung petak dan selendang itu, ia tidak terlalu kompleks. Corak juga lebih ringkas dan tidak terlalu abstrak. Menariknya, gaya pemakaian Fazura juga turut membuatkan tudung keluarannya kelihatan klasik dan unik. 

Tahniah diucapkan kepada Fazura kerana sekarang sudah bertambah artis menjadi usahawan tudung mengikuti jejak langkah nama besar seperti Neelofa. - CARI

3

Bagus
3

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
3

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (19 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 7-6-2018 04:33 PM
Boleh bersaing dengan nilopa. ...
Quote MatDeghem 7-6-2018 04:41 PM
noor2 replied at 7-6-2018 04:33 PM
Boleh bersaing dengan nilopa. ...

Lobenak neelofa dah meroyan dahhhh.....

mohdzeesyan1.jpg









Quote noor2 7-6-2018 04:44 PM
MatDeghem replied at 7-6-2018 04:41 PM
Lobenak neelofa dah meroyan dahhhh.....

Haha. ....abislah. ...dah teka dah mesti dituduh meniru. ...hehe
Quote noor2 7-6-2018 04:46 PM
Warna hijau tua dan coklat tua tu cantik. ...
Quote drivethru 7-6-2018 04:53 PM
Cantik nye la fazura ni.....
Quote famri7 7-6-2018 05:07 PM
Kalau betul nk jual pembalut kena balut kepala sampai kiamat mcm hajjah..walaupon prangai cam kims.
Quote smudger01 7-6-2018 05:11 PM
Dah agak mesti ada yg panas faz jual tudung. Btw congrats faz! Baju raya dia pun laku..murah rezeki.
Quote EvieWanKenobi 7-6-2018 05:28 PM
Alhamdulillah.. semakin murah rezeki
Faz sejak kawen..

cantik2 tudung dia..
sehelai berapa RM?
Quote Badigol 7-6-2018 05:29 PM
EvieWanKenobi replied at 7-6-2018 09:28 AM
Alhamdulillah.. semakin murah rezeki
Faz sejak kawen..

tengok ig smlm..
shawl rm58
bawal rm38
square printed rm68

kalau xsalah la..
Quote EvieWanKenobi 7-6-2018 05:40 PM
Badigol replied at 7-6-2018 05:29 PM
tengok ig smlm..
shawl rm58
bawal rm38

tq chuols..

harga agak ok..
Quote 234126 7-6-2018 05:51 PM
Alamak! Cantiknya shawl2 dia.... nasib je semua dab sold out. Selamat duit. Haha
Quote pujanggacinta 7-6-2018 06:01 PM

bersaing secara sihat apa salahnya
bukan tiru 100% design pun
lagipun rata rata ramai artis jual tudung dang baju

well done fazzy!
Quote aechae 7-6-2018 06:06 PM
MatDeghem replied at 7-6-2018 04:41 PM
Lobenak neelofa dah meroyan dahhhh.....

Org xleh tiru cra pemakaian idola dia ke apa?
Apapn iols suka faz pakai style brunei tu...so raya nnt nk pkai cmtu lah
Quote MissVixen 7-6-2018 06:09 PM
Suka cara fazura pakai tudung. Simple dan regal.
Quote ReginaGeorge 7-6-2018 06:24 PM
Semoga sukses la pajura.. Biar meraung hajjahlopak tuh. Uwek.
Quote kakiah12 7-6-2018 06:28 PM
Faz ni akak tgk kalau mekap cantik sangat tp kalau naked face agak kusam.kenapa ya?
Quote aammyy 7-6-2018 06:37 PM
MatDeghem replied at 7-6-2018 04:41 PM
Lobenak neelofa dah meroyan dahhhh.....

Tp love dorang bukan mostly instant shawl ke? And material pun byk jenis jarang kena pakai inner. Faz punya mcm ariani. Selempang gitu je dah cantik.
Quote evlinne 7-6-2018 06:50 PM
Bila nak cantikkkk mcm faz niiiiiii
Quote gold_teeth 7-6-2018 07:00 PM
Wey mak i punya la terngin nk beli baju faz.. sekali p the strand rs errkk cmni je krik krikk sgt.. baju purple die tu kt butik rs biasa je..dukacita terus bonda i sedih membawa nasib baju raya xdpt2 smpai skang.the strand  memang sendu kan.. siap i nak kluar parking boleh park blackout palang auto machine xberfungsi dan dalam malam gulap gulita huhuhu...huhu even i singgah butik ashannas pun material mcm chiffon crepe/ crepe ..ketibas ketiak tgk dan kedai dia pun mcm da mengecil one side tu dia jual pinggan mangkuk .. i musykil terus..hari sdih sedunia aritu nasib singgah beli durian malam melantak puas hahhahaha

Lihat semua komen(173)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 12:04 PM GMT+8 , Processed in 0.074920 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top