CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sultan Johor Berkenan Namakan Semut Sebagai Echinopla Tunku-Abduljalilii

21-5-2018 09:55 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5282| Komen: 34

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar untuk menamakan semut spesies baharu yang ditemui Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) sebagai Echinopla Tunku-Abduljalilii.


Ketua Pusat Pemeliharaan dan Penggunaan Mapan Sumber-Sumber Semula Jadi (CoR-SUNR), Fakulti Sains Gunaan Dan Teknologi UTHM, Prof Datin Dr Maryati Mohamed berkata, spesies itu dikutip pada Mei tahun lepas daripada tumbuhan renik di tepi Sungai Bantang dekat Labis.

Foto: mStar Online
"Terdapat 15 spesies daripada jenis kumpulan Echinopla di Malaysia dan spesies baharu ini merupakan spesies ke-16 dan kedua dari Johor yang mana spesies pertama iaitu Echinopla Wardi telah dijumpai di Kota Tinggi."

"Spesies ini berukuran 5.48 milimeter panjang dan berwarna hitam. Kebanyakan spesies Echinopla yang lain badannya mempunyai bulu, tetapi spesies Echinopla yang baharu ini tidak mempunyai bulu.'


Foto: mStar Online
mStar Online melaporkan, Sultan Ibrahim selaku Canselor UTHM telah dipohon limpah perkenan bagi menamakan spesies Echinopla berkenaan bagi menghargai kejayaan pertama CoR-SUNR dan UTHM atas penemuan spesies baharu itu.

"Atas perkenan penamaan spesies ini, International Code of Zoological Nomenclature (IZCN) iaitu sebuah badan antarabangsa yang menguruskan penamaan spesies baharu akan mengeluarkan satu kenyataan pengesahan sekali gus rasmilah nama Echinopla Tunku-Abduljalilii ini." -CARI
23

Bagus
27

Marah
21

Terkejut
21

Sedih
23

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (129 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote monkaS 20-5-2018 06:55 PM
apahal aku rasa kelakar ni
Quote akusukaq 20-5-2018 07:20 PM
biarlah bersemadi nama almarhum..  semut pon semut lah..  tapi i wish a bigger animal sbb semut ni asek kene pijak je..  hilg pulak dolat..
Quote sekngucing 20-5-2018 07:46 PM
spesis baru?  rasnaya spesis lama yp baru dijumpai
Quote grouper 20-5-2018 08:25 PM
Kalau xde tunku tu boleh le rasa nak respek sikit
Quote albedah 20-5-2018 08:39 PM
Echinopla Jalili better.
Quote imransulaiman 21-5-2018 12:20 AM
Dulu masa sekolah kat BP, ada sejenis semut merah kepala besar tak ingat nama.. Bila dia gigit kita kepala dia akan tertanggal dan melekat di kulit..

Apa nama semut tu erk?
Quote ninja boy 21-5-2018 01:40 AM
imransulaiman replied at 21-5-2018 12:20 AM
Dulu masa sekolah kat BP, ada sejenis semut merah kepala besar tak ingat nama.. Bila dia gigit kita  ...

ini semut tukang jahit luka di kulit

Quote ninja boy 21-5-2018 01:41 AM
imransulaiman replied at 21-5-2018 12:20 AM
Dulu masa sekolah kat BP, ada sejenis semut merah kepala besar tak ingat nama.. Bila dia gigit kita  ...

ini semut tukang jahit luka kulit

Quote ninja boy 21-5-2018 01:47 AM
dna claim mengclaim leluhur,
Quote ninja boy 21-5-2018 01:51 AM


kenapa nama saye tmj


Quote imransulaiman 21-5-2018 04:36 AM
ninja boy replied at 21-5-2018 01:40 AM
ini semut tukang jahit luka di kulit

Hahahaha... Yang benar? Adoi!

Quote Atata 21-5-2018 04:58 AM
albedah replied at 20-5-2018 08:39 PM
Echinopla Jalili better.

Hem sounds better...
Quote clarizsa 21-5-2018 05:11 AM
Mmg kelakar namanya
Quote snazzydaisy 21-5-2018 05:52 AM
Wah, nama semut pun cam manusia dah, ada tunku, abdul bagai

Semut ni nampak so velvety!
Quote RED 666 21-5-2018 05:56 AM
Zaman sultan azlan perak jadi agung dulu ada jugak spesis serangga letak nama dia, nama azlania apa tah. Lagipun dia sendiri ada terlibat dan penyelidikan serangga tu
Quote salmon-suki 21-5-2018 06:33 AM
albedah replied at 20-5-2018 08:39 PM
Echinopla Jalili better.

Yep,sounds better and lg saintifik bunyinya berbanding tunku jalili..hihihi
Quote felinecat 21-5-2018 07:19 AM
Kesian, org lain jumpe.org lain claim..dpt funding x
Quote kikuri 21-5-2018 08:40 AM
Edited by kikuri at 21-5-2018 08:42 AM

rajinnya mengkaji semut bagai... kalo aku nampak semut mampus dah semut tu kena spray
Quote Modngengade 21-5-2018 08:41 AM
JOHOR BAHRU - Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar perkenan menamakan spesies semut Echinopla baharu ditemui Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) sebagai Echinopla Tunku-Abduljalilii.

Ketua Pusat Pemeliharaan dan Penggunaan Mapan Sumber-Sumber Semula Jadi (CoR-SUNR), Fakulti Sains Gunaan Dan Teknologi UTHM Prof Datin Dr Maryati Mohamed berkata, spesies baharu daripada jenis kumpulan Echinopla itu dikutip daripada tumbuhan renik di tepi Sungai Bantang, Hutan Lipur Sungai Bantang dekat Labis, Mei tahun lalu.

"Terdapat 15 spesies daripada jenis kumpulan Echinopla di Malaysia dan spesies baharu ini merupakan spesies ke-16 dan kedua dari Johor yang mana spesies pertama iaitu Echinopla Wardi telah dijumpai di Kota Tinggi.

"Spesies ini berukuran 5.48 milimeter panjang dan berwarna hitam. Kebanyakan spesies Echinopla yang lain badannya mempunyai bulu, tetapi spesies Echinopla yang baharu ini tidak mempunyai bulu," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Menurutnya, bagi menghargai kejayaan pertama CoR-SUNR dan UTHM atas penemuan spesies baharu itu, Canselor UTHM iaitu Sultan Ibrahim telah dipohon limpah perkenan bagi menamakan spesies Echinopla berkenaan.

"Atas perkenan penamaan spesies ini, International Code of Zoological Nomenclature (IZCN) iaitu sebuah badan antarabangsa yang menguruskan penamaan spesies baharu akan mengeluarkan satu kenyataan pengesahan sekali gus rasmilah nama Echinopla Tunku-Abduljalilii ini," katanya.

Maryati berkata nama spesies baharu itu akan terus kekal dan hanya akan hilang sekiranya mengalami kepupusan dan jelasnya sebelum ini terdapat penamaan spesies berkaitan dengan keluarga diraja iaitu Rafflesia Tengku-Adlinii yang pernah ditemui di Sabah.

Sehingga kini terdapat 16,000 spesies semut yang telah dinamakan secara saintifik dan terdapat lebih kurang 33 spesies dalam kumpulan jenis Echinopla yang terdapat di Australia, Filipina, Papua New Guinea, Indonesia, India dan Malaysia. - Bernama

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-3-2025 11:09 AM GMT+8 , Processed in 0.454321 second(s), 50 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top