CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Namron Sindir Artis Yang Baru Up Dengan Tun M - Che Ta Balas Jawapan Padu

11-5-2018 11:08 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 16255| Komen: 72|Original author: Oleh: Azza

Description: Selain ucapan tahniah selebriti kepada kepimpinan baru Tun Mahathir Mohamad, ada satu lagi isu yang mewarnai sosial media sejak semalam iaitu topik muat naik gambar bersama Tun.Pastinya bila dibelek I ...

Selain ucapan tahniah selebriti kepada kepimpinan baru Tun Mahathir Mohamad, ada satu lagi isu yang mewarnai sosial media sejak semalam iaitu topik muat naik gambar bersama Tun.

Pastinya bila dibelek Instagram dan Twitter, penuh ‘newsfeed’ dengan kenangan bersama Che Det, tidak kira gambar baru atau pun lama dan ini menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen, bersikap lalang kah mereka selama ini?

Antara artis yang mempersoalkannya ialah Nam Ron di Twitter. Dia geli hati melihat gelagat rakan-rakan seni yang seolah-olah berebut-rebut mahu menayangkan gambar bersama TM sedangkan dahulunya langsung tidak ada.

Foto : Twitter Nam Ron

Tweet tersebut mendapat reaksi yang pelbagai dan rata-rata bersetuju dengannya.

Dalam satu post yang berbeza pula, Rozita Che Wan mendedahkan kenapa dia dan rakan-rakan artis lain tidak boleh menunjukkan sokongan di media sosial. Ini kerana dia pernah meletakkan gambar Tun tapi telah dikacau oleh 'tangan-tangan berkuasa' menyebabkan dia membuang kembali post tersebut. 

Lagi pula  jika tidak dibenarkan keluar tv, menyebabkan rezeki keluarganya turut terkena tempias.

Foto : IG Rozita Che Wan

Rozita juga turut memberi pujian kepada rakan artis iaitu Ali Nadzwan dan Fatiya Latif yang terang-terangan menyokong Tun M dan langsung tidak kisah dikacau oleh pihak atasan. Dalam nada bergurau, Che Ta turut menulis yang selepas ini dia boleh letak gambar apa sahaja dengan tanda pagar #chedet.


Nampaknya demam pasca PRU akan mewarnai kita dalam seminggu dua ini. Moga hari yang mendatang memberikan lebih banyak manfaat kepada kita semua.
 - CARI 
2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
4

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jalfa 11-5-2018 11:14 AM

Lalang...nextttt
Quote caprut 11-5-2018 11:16 AM
lalang, kisah plak aku. ni klo perang korg la jdi barua. setan btol. sokong aishah, wardina, abby bgn dayanngku intan
Quote Budakmomok 11-5-2018 11:16 AM
Musim up gambar tun m.
Quote greantea 11-5-2018 11:32 AM
biar la diorg nak lalang ke rumput ke. biasa la sokongan diberi kepada y sedang berkuasa. esok kalo org lain lak y jd PM, up gambar dengan org tu pulak. x payah perli2 sgt la.
Quote kecimpret 11-5-2018 11:37 AM
Nam ron ni geng undirosak rasanya..sukati dorang laaa nak uplod gambo sape pun
Quote alesandra 11-5-2018 12:14 PM
kecimpret replied at 11-5-2018 11:37 AM
Nam ron ni geng undirosak rasanya..sukati dorang laaa nak uplod gambo sape pun

mandai je ko.aku ada follow twitter dia..takde pun penah nampak dia meroyan psl politik beriya-iya.
Quote apedehal 11-5-2018 12:18 PM
namron ni kalau berlakon menusuk jiwa..ala cheta pun bknnya heols petik nama sapa2 chuols pulak terasa lebih2
Quote tomaz 11-5-2018 12:20 PM
Beser la tu lalang. Zaman skrg kan duit jd tuhan. Yg ada duit kuasa confirm byk la pengikut nya. Mcm x pernah buat je keje jilat menjilat ni. Lawak pulak rasa tgk org meroyan psl lalang. Sian lalang
Quote tomaz 11-5-2018 12:22 PM
Yg pasti tokyid selamat kali ni. X sesia drama tampar menampar
Quote sky8gurl 11-5-2018 12:25 PM
tomaz replied at 11-5-2018 12:20 PM
Beser la tu lalang. Zaman skrg kan duit jd tuhan. Yg ada duit kuasa confirm byk la pengikut nya. Mcm ...

Itu namanya tak percaya dgn rezeki Allah, bertuhankan manusia. Takut manusia sekat rezeki! Agak2 kalau dajjal datang dgn tawarannye,  kena ikut dajal ke? I tak minat dgn org yg tak berpendirian
Quote tomaz 11-5-2018 12:32 PM
sky8gurl replied at 11-5-2018 12:25 PM
Itu namanya tak percaya dgn rezeki Allah, bertuhankan manusia. Takut manusia sekat rezeki! Agak2 k ...

Duit kuasa tula dajjal zaman skrg. Xde ilmu agama xde iman maka ada la yg ikut dajjal tu. X yah tggu kiamat pon. Skrg dah boleh tgk
Quote caritegar 11-5-2018 12:32 PM
Kwn fb boh gmbr najib with caption bersama bekas pm malaysia pon bukit aman call suruh delete gmbq tu...gmbq tu sehari ka dua hari s belum pru...so aku rasa che ta ada point di situ..bukan lalang, tp takut kena katup periuk nasi...
Quote riantika 11-5-2018 12:42 PM
greantea replied at 11-5-2018 11:32 AM
biar la diorg nak lalang ke rumput ke. biasa la sokongan diberi kepada y sedang berkuasa. esok kalo  ...

ya betul...lalang dan rumput ni perkara biasa zaman sekarang ni. semua ada kepentingan masing2...
Quote zeitabaei 11-5-2018 12:48 PM
Paling fake ctdk anak beranak.takut X dpt Cari makan byk tender gomen letewww
Quote angel.dust 11-5-2018 12:51 PM
dandan TunM menang artis tunjuk sokongan.
Quote lovelytouch 11-5-2018 12:52 PM
Setuju dgn Namron. Beriya sgt bbnu ka siapa ka up pasal tun m & politik padahal sblm ni korang buat dang je x kenai pun siapa tun apa benda tu politik. Rilek2 sudah nak beriya smpai kritik agong tu over. Yihhhh
Quote delia3003 11-5-2018 01:02 PM
Amboiiiii...semua gigih nak terobek

Sebelum ni tak boleh upload gambar sebab ada 'tangan2 kacau' konon. Alasan je tu. So, apa point gigih nak upload sekarang.


Lalang
Quote haiku 11-5-2018 01:04 PM
alesandra replied at 11-5-2018 12:14 PM
mandai je ko.aku ada follow twitter dia..takde pun penah nampak dia meroyan psl politik beriya-iya ...

Yup. Di luar socmed pun jenis yg open boleh sembang apa saja.
Quote haiku 11-5-2018 01:07 PM
Aku perasan golongan pelakon nampak yg lebih ke depan soal GE14 ni.
Golongan penyanyi nampak tenang sikit baik di socmed atapun di luar.

Lihat semua komen(72)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 01:45 PM GMT+8 , Processed in 0.389027 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top