CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Jerawat Hilang Dengan Gel Timun - Mudah Sungguh Buatnya

26-4-2018 01:57 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 6112| Komen: 24|Original author: Oleh: Azza Rai

Description: Jerawat hilang dengan gel timun - mudah sungguh buatnyaPernah tak segarkan mata dengan timun?Ya, letak hirisan timun pada sepasang mata yang letih.Petua ini memang popular sejak berzaman lagi dan terb ...


Pernah tak segarkan mata dengan timun?
Ya, letak hirisan timun pada sepasang mata yang letih.
Petua ini memang popular sejak berzaman lagi dan terbukti berkesan.

Namun, ada satu lagi petua yang tak ramai tahu. Timun yang kaya dengan Vitamin B dan C ini sebenarnya mampu menyegarkan tubuh, membantu buang toksin, merawat kulit yang rengsa, menggalakkan pertumbuhan rambut, hilang baut mulut dan membantu turunkan berat badan.

Wow! Dengan banyak manfaat ini, bagaimana nak membuatnya?

Seperti yang dikongsikan netizen ini, Nauf Safuan yang mendapat perkongsian sebanyak 5,833 di Facebook.

“Gel timun ini sangat sesuai untuk dapatkan kulit kilat kilat macam sebelum raya. Kalau ada jerawat yang berleluasa kat muka tu pun boleh cuba pakai gel timun ni. Dan paling best, gel timun ni boleh elak dari jerawat terus merebak. Pakai sebelah malam. Esok bangun pagi inshAllah jerawat akan segera kecut. Best kan?”

Selain itu, menurut Nauf , gel timun ini juga mampu menyelesaikan masalah pori besar, nanti pori akan mengecut dengan pemakaian konsisten.



GEL TIMUN
Bahan-bahan
- ½ biji timun
- Gel daun lidah buaya (yang di beli di drug store)  
- Penyagat

Cara penyediaan

1)    Sagat timun hingga habis

2)    Asingkan air timun  dengan hampas timun.

3) Ambil air timun, campur dengan lidah buaya.


4)    Masukkan ke dalam bekas. Simpan dalam peti ais sebelum guna

Gel timun ini boleh bertahan 2 minggu jika di simpan dalam peti sejuk. Pakai pada waktu pagi dan sebelum tidur. Kulit akan berseri dan lebih licin.

Bagaimana? Mudah kan membuatnya? Jom buat dan tampil berseri tanpa jerawat. - CARI 

Kredit : Nauf Safuan

15

Bagus
6

Marah
17

Terkejut
8

Sedih
13

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (68 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matchstick 26-4-2018 02:49 PM
Mcm mana rupa daun lidah boye yg dibeli di drug store tu
Quote chicozinn 26-4-2018 02:55 PM
camni haa contohnya..

https://guardian.com.my/index.php/guardian-aloe-vera-gel-250ml.html
Quote grizz 26-4-2018 03:00 PM
matchstick replied at 26-4-2018 02:49 PM
Mcm mana rupa daun lidah boye yg dibeli di drug store tu

alovera gel kot gamaknye..

Quote matchstick 26-4-2018 03:03 PM
chicozinn replied at 26-4-2018 02:55 PM
camni haa contohnya..

https://guardian.com.my/index.php/guardian-aloe-vera-gel-250ml.html

Ouh ini gel mmg besa jumpa. Ni dia tulis daun lidah boye tu yg pelik.daun tu nk cari kt pasar pun payah apatah lg di drug store
Quote nuralisa 26-4-2018 03:45 PM
gel aloe vera tu x penah nampak ...
masa buat facial baru perasan gel aloe vera ni dia tempek kat muka...
mmg besar .. tahan lama
Quote selyusi 26-4-2018 04:13 PM
any gel pun ok kan? pastu berapa lama tak tepek kat muka ni
Quote chicozinn 26-4-2018 04:20 PM
aloe vera dalam bahasa melayu tu lidah buaya la..adoyai..huhuhu
Quote chicozinn 26-4-2018 04:21 PM
matchstick replied at 26-4-2018 03:03 PM
Ouh ini gel mmg besa jumpa. Ni dia tulis daun lidah boye tu yg pelik.daun tu nk cari kt pasar pun  ...

tapi kalu dpat dari daun ori dia lagi bez..sbab meollss guna yg jenama guardian ni ble tgok bahan dia rupanya serbuk aloe vera..so xbrape fresh sangat la..tapi ok je xde lak rengsa bagai kat kulit..just nice lagi2 pas sunburn
Quote makton 26-4-2018 04:25 PM
Ni bahan2 dia kan??

GEL TIMUN
Bahan-bahan
- ½ biji timun
- Daun lidah buaya (yang di beli di drug store)  
- Penyagat

dia cakap DAUN. ada ke drugstore jual daun lidah buaya? gel lidah buaya aku tau laa
Quote CARI-MAMS 26-4-2018 06:23 PM
silap...Gel alovera..yg ada kat drugstore tu
Quote selyusi 26-4-2018 08:03 PM
kenapa reporter lain yang jawab... reporter pun ada MN ke?
Quote estrelle 26-4-2018 08:11 PM
Daun lidah boya ade 1 pasu kat luar umah i.beso2 daun dia.tapi i je yg sejenis tak rajin nak nempel kat muka.
Quote che-cikL 26-4-2018 08:22 PM
Oh kalu gini, ada gel aloe vera + timun, local product jenama Sutra. A’vera gel nama dia. Kalu tgk description dia, aloe vera, timun, kulit tembikai dan satu lagi apa ya, tea tree oil maybe.

Quote selyusi 26-4-2018 08:38 PM
che-cikL replied at 26-4-2018 08:22 PM
Oh kalu gini, ada gel aloe vera + timun, local product jenama Sutra. A’vera gel nama dia. Kalu tgk  ...

First time dengar ingredients kulit tembikai, kat mana jual ni
Quote che-cikL 26-4-2018 10:08 PM
selyusi replied at 26-4-2018 08:38 PM
First time dengar ingredients kulit tembikai, kat mana jual ni

Rasa stokis / agent Sutra ada ramai juga, IG depa blh kurang gini Sutra.Stokis.lokasi atau Sutra.Agent.lokasi.

Try sis search tu pakai lokasi sis. Atau try hashtag #averagel

Ari tu founder dia kata, he’s a chemist or something, kulit tembikai ada property yg blh tahan kepanasan. Kan tembikai walaupun tanam kat panas, isinya tetap sejuk dan manis. Jadi kulit tembikai tu bantu retain kelembapan kulit kita. Avera gel ni boleh sapu kat satu badan. Iols guna as moisturiser skrg ni.

Sorry everyone,hehehe tershare psl benda ni lak.
Quote selyusi 26-4-2018 10:15 PM
che-cikL replied at 26-4-2018 10:08 PM
Rasa stokis / agent Sutra ada ramai juga, IG depa blh kurang gini Sutra.Stokis.lokasi atau Sutra.A ...

Takpe chuols, tq share
Quote @chik 26-4-2018 11:36 PM
Menjadi ke...
Quote mieymiey 27-4-2018 09:05 AM
Memandangkan iols sejenis malas, iols cari yang instant jer la
Quote bintangct 27-4-2018 10:48 AM
chicozinn replied at 26-4-2018 04:21 PM
tapi kalu dpat dari daun ori dia lagi bez..sbab meollss guna yg jenama guardian ni ble tgok bahan  ...

Lgpon brand guardian ada paraban.. kalo bole cari yg more natural

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:17 PM GMT+8 , Processed in 0.079955 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top