MOHD. DAMANHURI bersama isterinya, Zaiton Hassan semasa hadir di Mahkamah Tinggi Ipoh, Perak semalam. IPOH, 4 September – Mayat pemuda yang mati tersepit di celah palang besi tingkap dapur sebuah rumah di Taman Saz di sini 20 Julai lalu tidak akan dikebumikan dan dijangka terus berada di bilik mayat Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) sekurang-kurangnya dua minggu lagi.
Semalam, bapa kepada Allahyarham Sherul Aizam (gambar kecil), Mohd. Damanhuri Mohd. Fuat, 50, kekal dengan pendiriannya untuk tidak mengebumikan jenazah anaknya selagi bedah siasat kedua tidak dilakukan. Katanya, dia sedar tindakannya itu kurang disenangi banyak pihak termasuk Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dan masyarakat yang mahu jenazah Sherul Aizam segera dikebumikan.
|
awekcunbanget posted on 4-9-2013 07:28 AM
TT ni selagi ada berita kat ceruk hulu suma dia nak paste. mmg jenis manusia keje nak senang xyah pa ...
''Saya tidak mahu bila sudah dibacakan talkin, jenazahnya nanti dikorek semula. Itu lebih menyeksakan. Jadi lebih baik segala urusan dunia kita selesaikan dulu. Bila sudah dikebumi, saya tidak mahu usik lagi,'' katanya.
ADVERTISEMENT