CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Resipi Rahsia Tulang Rusuk Panggang Simply Ribs Terbongkar

27-3-2018 02:59 PM| Diterbitkan: Cari-Hafizi| Dilihat: 9291| Komen: 5|Original author: Oleh: Apish Apijjie

Description: Suka masakan tulang rusuk atau ribs tapi selalu makan di luar kerana tidak tahu bagaimana nak menyediakannya? Jangan khuatir kali ini kami akan berkongsi kepada anda resipi menyediakan tulang rusuk ya ...
Suka masakan tulang rusuk atau ribs tapi selalu makan di luar kerana tidak tahu bagaimana nak menyediakannya? Jangan khuatir kali ini kami akan berkongsi kepada anda resipi menyediakan tulang rusuk yang enak.


Perkongsian ini dimuat naik oleh laman sesawang Butterkicap yang diperolehnya daripada salah sebuah restoran terkenal yang menyediakan hidangan daging rusuk halal iaitu Simply Ribs.

Foto - Butterkicap 
Bukan mudah untuk dapatkan resipi daripada sebuah restoran jadi jangan lepaskan peluang untuk mencubanya. Jom kita lihat apa bahannya dan bagaimana menyediakannya.

Bahan-Bahan
Untuk renehan

1kg tulang rusuk (short ribs)

2 liter air
1 sudu teh bawang putih cincang
1 sudu teh halia cincang
1/4 cawan gula perang
2 sudu besar garam
2 sudu besar cili boh
1 sudu besar lada hitam
 
Foto - Butterkicap 
Untuk sos

500g sos barbeku
1 sudu teh bawang putih cincang
2 sudu besar lada benggala, dipotong dadu
1/4 cawan air
1/4 sudu teh lada hitam
1/4 sudu teh stok ayam
2 sudu besar ketumbar cincang

Cara-Cara

Mereneh rusuk
1. Masukkan daging rusuk di dalam periuk bersama 2 liter air.

2. Masukkan bawang putih cincang, halia cincang, gula perang, garam, cili boh dan lada hitam lalu reneh selama tiga jam.
 

Menyediakan sos
1. Masukkan sedikit minyak ke dalam kuali

2. Masukkan bawang putih cincang dan lada benggala lalu tumis sehingga bawang putih menjadi sedikit keperangan.

3. Masukkan 500g sos barbeku dan 32g air untuk cairkan sedikit sos barbeku yang dimasukkan.

4. Masukkan lada hitam, stok ayam dan daun ketumbar cincang dan gaul rata agar semua bahan disatukan dengan sebati lalu padamkan api apabila siap dan ketepikan sos.

Memanggang rusuk

Foto - Butterkicap 
1. Panaskan pemanggang dengan api besar dan sapu sedikit minyak di atas pemanggang agar daging rusuk tidak melekat.

2. Apabila minyak di atas pemanggang sudah mendesir, letakkan daging rusuk.

3. Alihkan tulang rusuk selepas terdapat kesan panggang di atas daging rusuk.

4. Sapukan bahagian sudah dipanggang dengan sos barbeku yang disediakan.

5. Angkat daging rusuk dari pemanggang dan padamkan api dan siap dihidang.

Jadi apa tunggu lagi marilah kita mencuba resepi ini dan lihat bagaimana hasilnya. Buat sendiri lebih pasti puas sebab boleh makan beberapa kali. -CARI
18

Bagus
11

Marah
11

Terkejut
8

Sedih
12

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (71 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alaa 27-3-2018 03:25 PM
sadapnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Quote GigaMom 27-3-2018 04:03 PM
Nmpk senang
Nk cuba
Quote swimswim 27-3-2018 11:20 PM
Ritu my sis belanja mkn tony romas ribs..tp aku rasa biasa je. Mgkn kalau ambik lamb ribs lagi lembut dan berperisa
Quote de_ikea 28-3-2018 12:14 AM
swimswim: Ritu my sis belanja mkn tony romas ribs..tp aku rasa biasa je. Mgkn kalau ambik lamb ribs lagi lembut dan berperisa

Lamb ribs masih x de lg di tonyromas kan?
Quote syue86 28-3-2018 09:52 AM
kalau nk short ribs mentah ni request je kat bahagian daging tu ek?brp ek selalu harga?

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 02:12 PM GMT+8 , Processed in 0.153729 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top