CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bunuh Kawan Kerana Telefon Bimbit

6-11-2017 05:32 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3586| Komen: 15

Description: Seorang lelaki menikam rakan sekerja sehingga mati di rumah kongsi ICT, dekat Sipitang, malam tadi hanya kerana berang dituduh mencuri telefon bimbit.
Seorang lelaki menikam rakan sekerja sehingga mati di rumah kongsi ICT, dekat Sipitang, malam tadi hanya kerana berang dituduh mencuri telefon bimbit.


Memetik Harian Metro, dalam kejadian 11.30 malam itu, mangsa lelaki berusia 21 tahun disahkan meninggal dunia di Hospital Sipitang akibat kecederaan di perut.

Siasatan awal mendapati berlaku perselisihan faham dan pertengkaran antara mangsa dengan suspek, kata Ketua Polis Daerah Sipitang, Deputi Superintendan Sabarudin Rahmat.


Foto: Harian Metro

"Mangsa dikatakan mencari telefon bimbitnya di rumah suspek lalu berlaku pertengkaran sebelum suspek menikam mangsa di perut menggunakan pisau.


"Mangsa terjatuh dan tidak sedarkan diri lalu dibawa ke Hospital Sipitang dan didapati mangsa telah meninggal dunia," katanya.

Tambah Sabarudin, pihaknya menahan suspek pada jam 1.30 pagi tadi dan merampas pisau yang disyaki menjadi bahan bukti.

"Polis memberkas suspek dalam tempoh dua jam dan siasatan mendapati ketika kejadian mangsa dan suspek dikatakan mabuk.

"Suspek lelaki berusia 36 tahun direman bagi membantu siasatan," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - CARI

11

Bagus
13

Marah
6

Terkejut
19

Sedih
4

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (63 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote giyomi 6-11-2017 06:21 PM
sebab telepon pon nak berbunuh2an, klu duit ntah2 dikerat seribu. Manusia mental ramai sudah.
Quote Vokuro 6-11-2017 06:26 PM
selayak nya lah dek mabuk2...
sorry no al fatihah for you
Quote cocorex 6-11-2017 06:46 PM
Berbunuhan semata2 kerana seketul fon android?..xberbaloi dekk
Quote abangadek 6-11-2017 06:53 PM
marah betui setakat seketui henfon
Quote CiliPadiSedap 6-11-2017 06:58 PM
Vokuro: selayak nya lah dek mabuk2...sorry no al fatihah for you

Kaka vokuru tahu baca alfatihah ke? sy kagum dengan vokuru.. contoh anak dara akhir zaman
Quote Catpaw 6-11-2017 06:59 PM
Ingatkan budak2 gaduh talipon, tua suda rupanya   {:dot  {:hero
Quote akusukaq 6-11-2017 08:21 PM
sbb henfon dua dua hilang nyawa. satu dibunuh satu lagi dihukum bunuh. murah nya harga nyawa
Quote kakiselit 6-11-2017 08:26 PM
" Polis memberkas suspek dalam tempoh dua jam dan siasatan mendapati ketika kejadian mangsa dan suspek dikatakan mabuk. "

Mabuk PESTA ARAK OKTOBER SIPITANG tak abis lagi ker?  Amekaw...tak abes maboq ka kaw semua?
Quote SecretLuv 6-11-2017 08:35 PM
Hp jenama apa? Samsung ke iPhone?
Quote batmana 6-11-2017 08:59 PM
kene buat pesta arak byk2
barula takde kejadian bunuh cmni

Quote husie91 6-11-2017 10:28 PM
so tepon tu jumpa ke idakk
Quote Jorja 6-11-2017 10:37 PM
Orang mabuk dituduh mencuri tak hairan kalau membunuh..
Quote mizkajura 7-11-2017 10:47 AM
IPhone ke?{:nose{:nose{:nose
Quote chinta89 7-11-2017 11:45 AM
x pasal2 je
Quote yangsemb 17-12-2017 10:34 AM
This is so so absurd {:full

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 04:11 PM GMT+8 , Processed in 0.128476 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top