CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nassier Wahab Kecil Hati Dituduh Buat Haji Guna Duit Haram

25-10-2017 01:26 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7965| Komen: 26|Original author: Oleh: Maly Rosli

Description: "Astaghfirullah, tergamak mereka menuduh saya guna duit haram hasil menipu orang ramai untuk buat Haji."
"Astaghfirullah, tergamak mereka menuduh saya guna duit haram 
hasil menipu orang ramai untuk buat Haji."


Terkilan Datuk Nassier Wahab apabila ada suara sumbang menuduhnya mengerjakan ibadah haji pada hujung bulan lalu menggunakan sumber haram.



Masakan tidak dituduh begitu apabila namanya terpalit kontroversi membabitkan usahawan dan pelakon Datuk Boy Iman berhubung isu penipuan DBI, baru-baru ini.


"Ya Allah, kecil hati saya apabila dituduh sedemikian rupa. Sedangkan saya gunakan duit simpanan sendiri.

"Kalau ikutkan duit simpanan saya sepanjang menjadi penghibur sudah lebih daripada cukup," katanya kepada mStar Online.



Bukan sahaja sumber kewangan dipertikaikan, malah penganugerahan darjah kebesaran bergelar Datuk yang diterimanya juga tidak disenangi segelintir pihak.

"Selama 30 tahun saya berkecimpung dalam industri seni, ini merupakan penghargaan tertinggi yang diberi oleh Istana Pahang.

"Apabila ada yang mempertikaikan tentang darjah kebesaran yang diberi, mereka seolah-olah tidak menghormati institusi diraja. Sedangkan dalam hal ini, istana menghargai sumbangan anak seni.

"Saya bukan sahaja mempunyai hubungan yang baik dengan istana Pahang, malah sering diundang membuat persembahan di istana termasuklah istana Brunei," katanya.

Awal tahun ini, Nassier dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang.


Foto: IG Nassier Wahab

Hisy, siapa yang jahat mulut sangat cakap Nassier guna duit haram buat Haji tu? Pun begitu, diharap Nassier bercakap benarlah mengenai isu berkenaan. - CARI
24

Bagus
20

Marah
21

Terkejut
18

Sedih
25

Lawak
28

Bosan

Friends Rank (136 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mieymiey 25-10-2017 02:18 PM
Hisy, siapa yang jahat mulut sangat cakap Nassier guna duit haram buat Haji tu? Pun begitu, diharap Nassier bercakap benarlah mengenai isu berkenaan



Amboi, ni siapa yang mulut jahat sebenarnya?
Quote samasam90 25-10-2017 02:21 PM
mieymiey replied at 25-10-2017 06:18 AM
Amboi, ni siapa yang mulut jahat sebenarnya?

hahahha, khuensssss.. over nau2 reputz cari
Quote kikuri 25-10-2017 02:22 PM
tu lah sape suh kawan ngan boi reman... kan dah orang tak caya
Quote mieymiey 25-10-2017 02:22 PM
samasam90 replied at 25-10-2017 02:21 PM
hahahha, khuensssss.. over nau2 reputz cari

Nak kata orang jahat mulut konon, padahal dia lettewwwww yang busuk hati
Quote Red11y 25-10-2017 02:23 PM
kerana boy iman setitik, habis rosak nasir W sebelanga...
kesiannya pd beliau
Quote -electrifying- 25-10-2017 03:03 PM
kesian beliau, tersilap berkwn
Quote Dee^Kay 25-10-2017 03:12 PM
part sering diundang ke Istana Brunei tu betul sebab Nassier Wahab adalah penyanyi favourite RI. Bday Celebration RI yg ke 71 tahun hari tu pun Nassier ada buat persembahan kat Istana.
Quote shailyvelera 25-10-2017 03:37 PM
Dee^Kay replied at 25-10-2017 03:12 PM
part sering diundang ke Istana Brunei tu betul sebab Nassier Wahab adalah penyanyi favourite RI. Bda ...

kompom2 bayar tinggi tu.......

tapi sebab boi iman terus org pandang serong...bertabahlah
Quote sepertiitu 25-10-2017 04:11 PM
hanya kerana boy reman, habis nama beliau sama busuk
Quote Aduradura 25-10-2017 04:12 PM
Kesian nasir wahab....heolls ni ok je, just tersilap langkah je...mende dah nk jadi khennn.....move forward je la bang nasirr
Quote MH3707 25-10-2017 04:50 PM
mmg pun kau pakai duit haram hasil menipu duit deposit org beli rumah fake
Quote MH3707 25-10-2017 04:51 PM
sepertiitu replied at 25-10-2017 08:11 AM
hanya kerana boy reman, habis nama beliau sama busuk

org tak hentam kot kalau dia diam je pasal isu si iman tu...ni sibuk nak kuar statement side si sundal gemok pendek tu...rasakan lah...padan muka
Quote damian_lee 25-10-2017 06:30 PM
Boy Iman xdpt diwarisi
Dari seorang hamba yg bertakwa
Quote kiambang 25-10-2017 06:44 PM
Dugaan lepas balik haji . Moga bang nasser tabah ....
Quote ariellin 25-10-2017 07:15 PM
Aku tgk dia nyanyi kat tv dr aku kecik smpai umur aku early 40 tp muka dia menten muda jeee
Quote martiena 25-10-2017 07:22 PM
kikuri replied at 25-10-2017 02:22 PM
tu lah sape suh kawan ngan boi reman... kan dah orang tak caya

dah tukar nama ehh.......
boy reman ......hahaha
Quote mommymonster82 25-10-2017 08:00 PM
Nasibla bang naseer..lepas dilantik jd duta je apa ntah syarikat tu.. ko pon gi haji.. amik pakej bukn murah plak tu..mnlah org xberkata2..pastu ko pon sibuk nk komen isu tu..baik ko diam2 xde kena kecam
Quote amiekz86 25-10-2017 08:10 PM
sabar haji......ada hkmah semua ni
Quote kiah_mai_pulak 25-10-2017 09:29 PM
Anggap je lah sbg kifarah lepas balik aji tokjisir oiii. Mendapatlah hadap sgt ngn boy belon

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:13 AM GMT+8 , Processed in 0.055131 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top