CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Permainan Tekan Dada Diharamkan Serta-Merta- Mahdzir Khalid

17-10-2017 04:33 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 3289| Komen: 13|Original author: R2D2

Description: Kementerian Pendidikan mengharamkan permainan ‘mati lima saat’ atau “pass out challenge” di semua asrama dan sekolah berkuat kuasa serta merta.

sumber : internet


Kementerian Pendidikan mengharamkan permainan ‘mati lima saat’ atau “pass out challenge” di semua asrama dan sekolah berkuat kuasa serta merta.

Demikian respon menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid berhubung video tular yang menunjukkan pelajar asrama bermain “pass out challenge”, bergilir-gilir menekan dada rakan mereka baru-baru ini. 

Memetik laporan Bernama, Mahdzir berkata, kementerian akan memberikan arahan selanjutnya kepada pihak sekolah bagi memastikan cabaran tersebut tidak menjadi budaya di asrama dan sekolah.

“Pada saya, ini sesuatu permainan yang haram, tidak boleh dimainkan dan perlu diambil tindakan tegas kepada mereka yang berkenaan."

“Bagaimana jika pemain yang bermain benar-benar mati. Sebab itu kita perlu tegas dan ambil tindakan segera,” katanya. 

Tambah beliau, kementerian akan mengeluarkan arahan kepada guru hal ehwal murid dan warden asrama supaya tindakan tegas diambil terhadap pelajar yang bermain permainan tersebut.

Mahdzir ditemui selepas merasmikan Seminar Kaunseling Antarabangsa Malindo Kelima di Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam kelmarin.- CARI

5

Bagus
3

Marah
3

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (16 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ice_sky92 16-10-2017 03:26 PM
Takde game lain nak main ke dik....
Quote harrypoter 16-10-2017 03:29 PM
kejadian tu kat yindon kan, kt msia pun ader ke org giler buat camtu
Quote xy_daen 16-10-2017 05:40 PM
Pernah cuba zaman2 remaja dulu2..
Quote chinta89 17-10-2017 04:38 PM
teringat novel RAM

Novel Raudhah. Mati dan hidup balik. 5-7 saat x bernafas sedar2 je lps tu dia jd org baik
Quote kroit92 17-10-2017 07:29 PM
adui.. dah, tak nak complain budak2 main fidget spinner lagi dah. elok main benda alah tu daripada main tekan2 nafas ni.. mati kang
Quote rukia2 17-10-2017 08:18 PM
Ooo.. Ni yg dga kt radio td... Ingatkn mnde r pass out 5 saat tu.. Gilo ah.. Ni tringin nk mati hidup semula r kononnye nih
Quote makita 17-10-2017 08:52 PM
5 saat tu sempat jumpa mungkar nangkir tak
Quote moonbug 17-10-2017 09:03 PM
Pelik2 budak sekarang ni. Tak boleh ke kome pegi main galah panjang, baling selipar, rounders je mcm kami dulu? badan sihat, otak cerdas
Quote skinskin 17-10-2017 09:38 PM
xde permainan lain lagi ke ko nak main dik.. kang arwah terus kang
Quote honeybee1802 17-10-2017 10:21 PM
skinskin replied at 17-10-2017 09:38 PM
xde permainan lain lagi ke ko nak main dik.. kang arwah terus kang

Lebih kurang gini jgk rs tok mentri tu ckp semlm....takde keje bebdk neh...apa ka bodo nak main2 mati...kang kojol terus baiii...tak sempat nak carik gelpren
Quote reddots 17-10-2017 10:35 PM
Kat indon dh lama games ni viral. Dh ada yg mati pun.  Rasa nya games ni viral lepas bucket challenge .
Quote notyghosty 19-10-2017 11:00 AM
bnda merepek2 budak2 ni nk main... pegi lah main tenteng ke, konda kondi ke, sorok2 ke, makmak ke... hahahha
Quote misscendol 1-11-2017 03:58 PM
Macam2 laaaahhhh

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:05 PM GMT+8 , Processed in 0.064578 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top