CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Nasib Baik Babi Saya Tak Lari"- Pemandu Lori Terbabas

9-10-2017 05:37 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 11463| Komen: 81|Original author: kentel

Description: Pagi tadi, pengguna Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) gempar apabila 14 ekor babi didapati berkeliaran di laluan itu di sekitar Kilometer 198 arah utara, Alor Gajah.

sumber : Berita Harian


Pagi tadi, pengguna Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) gempar apabila 14 ekor babi didapati berkeliaran di laluan itu di sekitar Kilometer 198 arah utara, Alor Gajah.

Memetik laporan Harian Metro, haiwan berkenaan terlepas ke atas jalan selepas lori yang membawanya terbabit dalam kemalangan dan terbalik di lokasi tersebut kira-kira jam 7.30 pagi.

Dalam kemalangan itu, lori membawa babi yang dalam perjalanan dari Kluang, Johor ke Senawang, Negeri Sembilan itu dipercayai dilanggar oleh sebuah PROTON Gen2 dari arah belakang sebelum kedua-dua kenderaan itu terbabas di bahu jalan.

Pemandu lori itu yang dikenali sebagai Tee Yu Peng berusia 58 tahun berkata dia memandu di lorong paling kiri ditemani isteri, Tan Bee Chin dalam perjalanan membawa ternakan berkenaan ke Senawang.


"Saya pandu perlahan 70 kilometer sejam sebelum tiba-tiba lori bergegar seakan sesuatu menyondol dari belakang hinggakan terbabas dan melanggar besi penghadang kiri jalan dan masuk ke dalam longkang."

"Apabila masuk ke dalam longkang, saya pusing stereng ke kanan dan ketika itu, Proton Gen2 terbabit menghimpit ke arah saya menyebabkan lori saya dan kereta itu terbabas ke lereng bukit di bahu jalan dan lori saya terbalik."

Kata Yu Peng, akibat kemalangan itu dia cedera di bahu, manakala isterinya hanya cedera ringan di kepala.


sumber : Berita Harian
sumber : Harian Metro

Difahamkan, pemilik lori babi berjaya menangkap semula haiwan ternakannya sebelum memasukkannya ke dalam sebuah lagi lori pada jam 10.30 pagi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah yang mengesahkan kejadian itu berkata penuntut sebuah kolej yang juga pemandu PROTON Gen2, Muhamad Dhiaulhaq Xulkifli yang berusia 18 tahun cedera di kepala, manakala dua sahabatnya tidak mengalami kecederaan dalam kejadian itu.

Tambah Superintendan A Asmadi Abdul Aziz, kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.- CARI





14

Bagus
4

Marah
3

Terkejut
8

Sedih
4

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (42 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 9-10-2017 12:51 PM
Kulit cina tokei dgn babi sama warna
Quote aTiKah_aYuNi 9-10-2017 12:53 PM
bukan ke lori bwk binatang ni jalan malam aje????
Quote memeque10 9-10-2017 12:58 PM
mod..sila potong 100 kredit tt dan transfer kat kawe...personal attack
Quote Siput_Sawah 9-10-2017 12:58 PM
kekeke.........................tak blh dibayang kan macam mana babi babi tu belari lari kat hway tu..mesti cute
Quote minguk 9-10-2017 12:59 PM
urghhh besarnya babi!
Quote nisako 9-10-2017 01:11 PM
tu dia.........................
Quote kikuri 9-10-2017 01:50 PM
ade tak babi yang mati
Quote naina 9-10-2017 01:52 PM
Besarnya vavi tuu
Walaupon ia seekor vavi.. Iols tetap kesian
Quote haruslah 9-10-2017 01:57 PM
xde yg nak kutip ke?

slalu berebut kutip

btw, kenapa ade nama forumer kat tajuk?
Quote Vokuro 9-10-2017 02:01 PM
teringin nak makan bacon
Quote chinta89 9-10-2017 02:07 PM
yg  ni sure xde sape nk tlg tangkap/ambik curi..

kalau lori ikan, udang etc, maka berbondong2 pakat kutip. bukan bg kat tauke lori balik tp ambik utk diri sendiri.
Quote kucen_miang 9-10-2017 02:25 PM



Quote akuMNdia 9-10-2017 02:26 PM

semua selamat katanyer
Quote akuMNdia 9-10-2017 02:27 PM
chinta89 replied at 9-10-2017 02:07 PM
yg  ni sure xde sape nk tlg tangkap/ambik curi..

kalau lori ikan, udang etc, maka berbondong2 pak ...

kalau menatang sebesar udang tak mustahil ramai yg berebut nak bawak balik..

Quote teen_angelJB 9-10-2017 02:29 PM
Biasanye bwk khinzir yg sudah dilapah..
Kalau mlm2 tersaing ngn lori bwk benda alah ni.. Rs dull je idup ku sebb terbyg2 idungnye yg terjulur keluar dr celahan lori..
Quote chinta89 9-10-2017 02:34 PM
akuMNdia replied at 9-10-2017 02:27 PM
kalau menatang sebesar udang tak mustahil ramai yg berebut nak bawak balik..

opkos ramai berhenti kereta nk bawak balik.

aku sarankan ape2 yg jatuh dari lori/lori terbalik. kena tulis siap2 : "AWAS, MAKANAN UNTUK BABI"

rasanya baru lah org x nk ambik kalau makanan2 tu utk babi.
Quote Amina_Mirza 9-10-2017 02:40 PM
Kesian babi. Dikecam walaupun bukan salah theyols. Peppa pig aje yang disukai ramai.
Quote hyldia 9-10-2017 02:46 PM
rugi besar laa tokey khinzir apabila khinzir2 itu berjaya melarikan diri
Quote matchstick 9-10-2017 02:47 PM
Yg ni drebar lori x halalkan ke sape2 lalu situ nk kutip bwk balik

Lihat semua komen(81)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 12:52 PM GMT+8 , Processed in 0.081375 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top