CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Berang Tayar Kereta Dikunci, Pemandu Grab Ajak Penguat Kuasa DBKL Bertumbuk

27-9-2017 12:15 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 1447| Komen: 2

Description: Semalam, tular pula sebuah video menunjukkan seorang lelaki yang berlagak samseng memaki dan menggertak penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, DBKL.


sumber : sedutan video 


Awal bulan ini, tular video mengenai seorang wanita memaki hamun dan mengancam seorang penguat kuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dengan batang kunci stereng kerana mengunci tayar keretanya yang diletakkan di parkir orang kelainan upaya (OKU) di Jalan Puteri, Bandar Puteri Puchong.

Semalam, tular pula sebuah video menunjukkan seorang lelaki yang berlagak samseng memaki dan menggertak penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, DBKL. 

Lelaki itu tidak berpuas hati dan mengamuk kerana tayar keretanya telah di kunci oleh penguat kuasa kerana parkir di kawasan larangan. 

Malah dalam video berdurasi empat minit itu juga menunjukkan lelaki itu mengambil sebatang kayu dari keretanya dan  turut mencabar anggota berkenaan membuka pakaian seragamnya untuk bertumbuk di lokasi kejadian. 


Sebelum meninggalkan tempat kejadian, dia sempat menunjukkan isyarat jari sambil berkata: “You tunggu.”

Bagaimanapun, memetik laporan Bernama, lelaki tersebut yang juga merupakan seorang pemandu Grab telah ditahan polis dan perkara itu turut disahkan oleh Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Chong Kok Sin. 

ACP Chong berkata, lelaki berusia 38 tahun itu dibawa ke balai polis daerah itu pada jam 6.30 petang kelmarin, selepas seorang daripada penguat kuasa DBKL itu membuat laporan di Balai Polis Daerah Sentul Isnin lalu.

"Penguat kuasa terbabit dan saksi akan dipanggil untuk memberi keterangan."

Kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan Seksyen 506 akta sama kerana melakukan ugutan jenayah, tambah ACP Chong.- CARI


28

Bagus
20

Marah
20

Terkejut
23

Sedih
31

Lawak
23

Bosan

Friends Rank (145 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote nlnJa 28-9-2017 09:42 AM
Gertak jah lebih pegang kayu konon try la hentak kalau berani
Quote romeor 28-9-2017 12:11 AM
Nasib la pompuan tu halang kalau tak adoiii... jahat betul

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 09:08 AM GMT+8 , Processed in 0.036841 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top