CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gempa Bumi 7.1 Magnitud Gegar Mexico, Setakat Ini 138 Orang Terbunuh

20-9-2017 11:30 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 1629| Komen: 0

Description: Gempa bumi kuat berukuran 7.1 magnitud yang melanda Selatan Mexico pada 1 tengahari kelmarin waktu tempatan (12 tengah malam waktu Malaysia) turut dirasai di ibu negara Mexico.

sumber : www.theguardian.com

sumber : https://www.nytimes.com/

Gempa bumi kuat berukuran 7.1 magnitud yang melanda Selatan Mexico pada 1 tengahari kelmarin waktu tempatan (12 tengah malam waktu Malaysia) turut dirasai di ibu negara Mexico. 

Memetik laporan The New York Times, ketika kejadian, rakaman visual yang diambil oleh penduduk jelas kelihatan beberapa buah bangunan runtuh dalam sekelip mata dan menyebabkan penduduk bertempiaran lari ke kawasan terbuka untuk kali kedua dalam masa dua minggu. 




Dilaporkan setakat ini jumlah kematian adalah 138 orang termasuk sekurang-kurangnya 50 di wilayah Morelos sahaja, yang hampir dengan titik gempa.

Angka kematian dijangka meningkat kerana kerja mencari dan menyelamat mangsa yang dikhuatiri tertimbus di bawah runtuhan bangunan giat dijalankan.

Menurut presidennya, Enrique Peña Nieto, sebanyak 27 bangunan runtuh di sekitar ibu negara Mexico termasuk sekurang-kurangnya dua buah sekolah, menghempap beberapa buah kereta dan memerangkap mangsa.

Gempa yang berlaku hanya beberapa jam selepas latihan kecemasan selesai di seluruh Mexico bersempena ulang tahun gempa bumi besar 1985, sekaligus mengembalikan kenangan pahit buat mereka yang melaluinya dahulu.

Untuk rekod, seramai 10,000 orang terbunuh dalam gempa bumi 8 magnitud yang berlaku pada tahun 1985.- CARI





Bagus

Marah
2

Terkejut

Sedih
2

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:44 AM GMT+8 , Processed in 0.048859 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top