CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Anak Generasi Kini Makin Tenat, Baca Luahan Guru Ini

20-9-2017 11:05 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3969| Komen: 7|Original author: Oleh: Maly Rosli

Description: Parah, tenat! Itulah perkataan yang boleh menggambarkan anak-anak muda kita kini.
Parah, tenat! Itulah perkataan yang boleh menggambarkan anak-anak muda kita kini.

Lihat sahajalah kes bakar pusat tahfiz baru-baru ini. Dalangnya ialah tujuh remaja yang bersekongkol merancang jenayah terbabit. Akibatnya? 23 anak-anak tahfiz terkorban!


Anak-anak muda kita dahulu 'jahat' juga, malah tak dinafikan pasti ada memendam rasa tak puas hati. Namun, tidaklah sedahsyat ini cara mereka membalas dendam.

Paling sedih, mereka sudah terpengaruh dengan najis dadah di usia muda lagi. Lebih sakit, ibu bapa kini turut campur tangan jika cikgu mengusik anak manja mereka di sekolah kerana kedegilan sendiri.

Seorang guru terpanggil untuk berkongsi pengalamannya ditukar sekolah selepas aduan polis dibuat gara-gara merotan seorang muridnya suatu ketika dahulu.

Jom baca luahan hatinya yang dikongsikan seorang pengguna Facebook, Mansor Othman.





Rata-rata netizen setuju bahawa anak muda generasi kini kian 'mereput' dengan sikap mereka yang mahu dilayan bak tuan besar.

"'Cikgu, rotan dan pukullah anak saya kalau dia betul buat salah, jangan mati atau patah riuk sudahlah'. Itulah kata-kata ayah saya pada cikgu, telan air liur saya dengar dulu. Sekarang, walau belum berjaya, tapi sekurang-kurangnya jadi 'manusia'.

"Ada juga komen nak cerita tentang New Zealand konon maju sebab tak merotan. Saya dulu ni duduk NZ bertahun. Kenapa tak cerita budak umur 16 tahun boleh maki dan saman mak bapak kalau halang dia tidur dengan kekasih di dalam bilik di rumah sendiri? Itu maju ke? 

"Tak payah ikut orang luar, cara orang tua kita didik dulu dah betul dah," antara komen netizen.


Foto: FB Siakap Keli

Kalau sayang anak ditangan-tangankan, tapi janganlah dibalun sehingga meninggalkan kesan seumur hidup. Cukuplah sekadar memberi peringatan dan pengajaran buat anak-anak.

Ini sekadar pendangan penulis, terserah kepada pembaca untuk menilai dan menyatakan pandangan sendiri. - CARI
13

Bagus
7

Marah
4

Terkejut
8

Sedih
10

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (57 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bijigetah 20-9-2017 11:42 AM
acuan system pendidikan sekular ada juga tempangnya..
Quote Artemesiaa 20-9-2017 11:50 AM
Pendidikan bermula dari rumah
Quote AbukRokok 20-9-2017 11:59 AM
bijigetah replied at 20-9-2017 11:42 AM
acuan system pendidikan sekular ada juga tempangnya..

pendidikan dulu lagi sekular....elok je

Quote sis_yus 20-9-2017 12:08 PM
pernah berlaku kat sekolah anak.. cikgu tu  sebelum ni bukannya garang sangat tapi ntah camne ada satu kes cikgu tu x dapat tahan sabar kes ada sekumpulan budak laki n pompuan wat hal.. jadi cikgu tu pun tamparlah budak2 tu..

mungkin yang pompuan tu kulit cerah nampaklah kesan jari.. jadi ibu dia pun wat report polis.. yang lain x report pun.. last cikgu tu terpaksa di pindahkan ke sekolah terpencil... huhuhu...

dah kita hantar anak2 pegi skolah.. memang kita mengharapkan cikgu2 beri tunjuk ajar.. klau dorang buat silap rotanlah atau bagilah apa2 hukuman yang x memudaratkan..

Quote buragazz 20-9-2017 01:36 PM
Sekolah aku dulu.. setakat pelempang rotan ni biasa je dik.. cikgu terbang hantuk kepala cam dalam wrestling depan mata aku masa tu dah la baru 1st week masuk.. baru ada akal..

Budak2 ni pulak kantoi jual rokok warden jumpa buku hutang rokok.. mendapat la.. alhamdulillah takde pulak yang mati lagi..
Quote tanak-balik 20-9-2017 02:13 PM
aku dlu kena rotan kiri kanan tangan sampai lebam2 nk pegang pensel pun ssh..mak aku siao tanya da tambah rotan ke badan ke hape??
Alhamdulillah.. jd manusia sampai skg..
Quote lolita737 20-9-2017 02:41 PM
jgn kata cikgu..saya yg tgk anak2 jiran punya perangai  pun xberani nak tegur..silap2 saya pulak yg kena dgn mak bapak diaorg..budak2 sekarang xboleh dijangka apa yg diaorg akan buat..

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:46 PM GMT+8 , Processed in 0.174612 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top