CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kate Middleton Hamil Lagi, George Dan Charlotte Bakal Dapat Adik

5-9-2017 01:10 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 6220| Komen: 48

Description: Berita baik buat kerabat diraja Britain dan juga seluruh negara tersebut apabila pasangan diraja kesayangan rakyat iaitu Putera William dan Kate Middleton dilaporkan bakal menimang cahaya mata ketiga.


sumber : www.hollywoodtake.com


Berita baik buat kerabat diraja Britain dan juga seluruh negara tersebut apabila pasangan diraja kesayangan rakyat iaitu Putera William dan Kate Middleton dilaporkan bakal menimang cahaya mata ketiga.

Perkara itu diumumkan lebih awal memandangkan Kate terpaksa membatalkan satu acara rasmi kerana mengalami alahan mengandung atau Hyperemesis Gravidarum seperti dua kandungannya sebelum ini.

Memetik laporan BBC, berita itu turut dikongsikan di Twitter rasmi istana, Kensington Palace yang sekaligus menarik perhatian pihak media dan netizen. 

Namun tidak dimaklumkan berapa usia kandungan Kate ketika ini, tetapi banyak akhbar tabloid meramalkan Kate bakal melahirkan anak ketiganya pada April tahun hadapan.


Pasangan diraja berkahwin pada tahun 2011 dan telah dikurniakan dua cahaya mata sebelum ini iaitu Putera George dan Puteri Charlotte.- CARI
8

Bagus
27

Marah
11

Terkejut
15

Sedih
15

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (91 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SecretLuv 5-9-2017 01:24 PM
Tahniah. Harap-harap Putera William akan berikan perhatian kepada anak ketiga dia nanti. Jangan asyik lebihkan Putera George je.
Quote paz 5-9-2017 01:37 PM
Tahniah semua.
Quote Atifan 5-9-2017 01:56 PM
Tahniah..tp kalau baca komen drp facebook, berapa rmai british komen ckp ngabihkan duit tax payer..diorang ckp, another mouth to feed? Berkira juga british ni dgn royalties... tgk mcm malaysia, tiap2 tahun mmg bajet untuk istana diperuntukkan. Xde taxpayer malaysian bising
Quote prettyuglybabe 5-9-2017 02:24 PM
gigihnya beranak ramai-ramai..
Quote supernaturalee 5-9-2017 02:27 PM
Atifan replied at 5-9-2017 01:56 PM
Tahniah..tp kalau baca komen drp facebook, berapa rmai british komen ckp ngabihkan duit tax payer..d ...
another mouth to feed?
seriously?
igtkn semua happy je klu benda2 baik di klgn royal family ni
nk plak waris lady d

btw dh 20 thn lady diana pergi


Quote nisako 5-9-2017 02:32 PM
wah tahniah la........................
Quote RatuDunia94 5-9-2017 02:43 PM
Hidup mewah.. Pembantu keliling pinggang.. Nk beranak 20 pon xde masalah..
Quote manjalara_01 5-9-2017 02:56 PM
Edited by manjalara_01 at 5-9-2017 02:57 PM
RatuDunia94 replied at 5-9-2017 02:43 PM
Hidup mewah.. Pembantu keliling pinggang.. Nk beranak 20 pon xde masalah..

kucing je yg sanggup branak 20 u alls

btw, allergic masa pregnancy tu mcm mana?
Quote slavehunter 5-9-2017 02:59 PM
Atifan replied at 5-9-2017 01:56 PM
Tahniah..tp kalau baca komen drp facebook, berapa rmai british komen ckp ngabihkan duit tax payer..d ...

Dorang rasa system beraja ni tak diperlukan lagi. Plus dengan perangai Queen dan Charles yang bitchy bukan berjiwa rakyat tu orang tak suka. Dan 70% british percaya they killed Diana.
Quote insulin 5-9-2017 03:02 PM
Tahniah. Mesti yang bakal lahir ni pun comel.
Quote lkick2113 5-9-2017 03:03 PM
prettyuglybabe replied at 5-9-2017 02:24 PM
gigihnya beranak ramai-ramai..

tang orang miskin kita cakap 'gigihnya beranak ramai-ramai'
tang orang kaya pun (keluarga diraja) kita cakap jugak 'gigihnya beranak ramai-ramai'

betul lah macam cerita dongeng 'lelaki tua, anaknya dan kaldai'






Quote fatehana 5-9-2017 03:10 PM
tahniah buat keluarga diraja ni
Quote munahjolie 5-9-2017 03:16 PM
Atifan replied at 5-9-2017 01:56 PM
Tahniah..tp kalau baca komen drp facebook, berapa rmai british komen ckp ngabihkan duit tax payer..d ...

Kat Malaysia royalties boleh jenjalan overseas, beli kereta mewah dan awek keliling pinggang. Tapi masyarakat still terhangguk2 cium tangan lagi kalau jumpa
Quote munahjolie 5-9-2017 03:19 PM
slavehunter replied at 5-9-2017 02:59 PM
Dorang rasa system beraja ni tak diperlukan lagi. Plus dengan perangai Queen dan Charles yang bitc ...

Betul tu. Most of them memang percaya dorang killed Diana sebab berani melawan dorang after Diana divorced Charles. Lepas tu ramai pula rakyat marhaen bersimpati dgn nasib Diana yang ada suami bermain kayu tiga. Queen rasa Diana ni a threat to the monarchy gitu. So tu yang tuduh Queen. Huhu
Quote Atifan 5-9-2017 03:22 PM
munahjolie replied at 5-9-2017 03:16 PM
Kat Malaysia royalties boleh jenjalan overseas, beli kereta mewah dan awek keliling pinggang. Tapi ...

Sultan kan ketua agama islam setiap negeri. Kena la mendaulatkan cium tgn hormat gitu
Quote prettyuglybabe 5-9-2017 03:29 PM
lkick2113 replied at 5-9-2017 03:03 PM
tang orang miskin kita cakap 'gigihnya beranak ramai-ramai'
tang orang kaya pun (keluarga diraja) ...

kalau betul kaya raya harta sendiri tak apa la..raja-raja dan kerabat most sapa yang tanggung?
Quote zaziot 5-9-2017 03:36 PM
drg ni harta xabis 7 keturunan..elok susun anak 2y gap..x mcm some org kita main belasah je..titibe peknen rapat bg alasan REZEKI..mana kan dtg rezekinye kalau keje takok tu je, xde usaha dilipatgandakan
Quote munahjolie 5-9-2017 03:37 PM
prettyuglybabe replied at 5-9-2017 03:29 PM
kalau betul kaya raya harta sendiri tak apa la..raja-raja dan kerabat most sapa yang tanggung?

Hahah. Betul tu. Munah rasa if royalties tu jenis yang bijak pandai and give back to the society tak ada lah rakyat rasa sakit hati sangat. Kalau jenis perabis duit je memanjang beli kereta sport sana sini pastu no acacemic background siapa tak sakit hati ?
Quote munahjolie 5-9-2017 03:39 PM
zaziot replied at 5-9-2017 03:36 PM
drg ni harta xabis 7 keturunan..elok susun anak 2y gap..x mcm some org kita main belasah je..titibe  ...

Tu lah. Penat nak dengar alasan rezeki rezeki rezeki... Beza orang educated pandai planning.

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 12:04 AM GMT+8 , Processed in 0.082510 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top