CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nothing To Hide 2.0 : Peserta Bertindak Ganas "Serang" Tun Mahathir

14-8-2017 10:04 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 17509| Komen: 279

Description: Kekecohan bermula ketika sesi soal jawab bersama Tun Dr Mahathir Mohamad apabila seorang peserta mengajukan soalan berkenaan dengan tragedi Memali yang berlaku ketika beliau menjadi perdana menteri.

sumber : Malaysiakini

sumber : Malaysiakini

Kelmarin bertempat di Dewan Raja Muda Musa, Kompleks Belia & Kebudayaan, Shah Alam, Program Nothing to Hide 2.0 anjuran Pemuda BERSATU (ARMADA) bertukar ganas apabila beberapa individu menimbulkan kekecohan di dewan tempat berlangsungnya acara itu.

Kekecohan bermula ketika sesi soal jawab bersama Tun Dr Mahathir Mohamad apabila seorang peserta mengajukan soalan berkenaan dengan tragedi Memali yang berlaku ketika beliau menjadi perdana menteri.

Menurut laporan Free Malaysia Today, sekumpulan peserta yang tidak berpuas hati dengan penjelasan Tun Mahathir itu secara tiba-tiba membaling kasut, suar, kerusi dan botol air ke arah pentas di mana Dr Mahathir berada ketika itu.


Suar juga turut dibaling ke arah penonton yang lain, selain laungan “diamlah Kutty” turut kedengaran.

Bagaimanapun beberapa petugas keselamatan berjaya melindungi dan membawa keluar bekas perdana menteri itu dari Dewan Raja Muda Musa yang menjadi tempat acara itu berlangsung.

Keadaan semakin tidak terkawal apabila pihak penyokong PPBM bergaduh sesama sendiri.

Berikutan kekecohan tersebut, dua lelaki dipercayai terlibat dalam provokasi yang mencetuskan huru-hara berkenaan berjaya ditangkap oleh petugas keselamatan dan kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut. 



Malaysiakini melaporkan, Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Shafien Mamat mengesahkan tiga suspek yang ditahan itu termasuk dua pelajar kolej swasta dan seorang penganggur bagi membantu siasatan.

"Kita juga akan panggil pihak penganjur untuk bantuan siasatan."

Dalam pada itu, Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ketika ditemui berkata, bom asap dan beberapa objek lain turut dibaling ke arah Dr Mahathir oleh pihak tertentu untuk mencederakan beliau dan mensabotaj forum itu.

“Perkara ini sengaja dilakukan pihak tidak bertanggungjawab untuk mencederakan Tun Mahathir. Semua peralatan, kerusi, botol air, kasut, suar sengaja dibaling ke arah Tun Mahathir,” kata beliau.- CARI







16

Bagus
22

Marah
22

Terkejut
14

Sedih
26

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (114 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote GhostWalking 13-8-2017 06:15 PM
@scorpionkiki
Quote GhostWalking 13-8-2017 06:23 PM
Wei susah nau nak upload gambar.jilake betul
Quote NE_KO 13-8-2017 06:28 PM
GhostWalking replied at 13-8-2017 06:23 PM
Wei susah nau nak upload gambar.jilake betul

Bang ghost bagi link saya tepek kan
Quote NE_KO 13-8-2017 06:30 PM
https://mforum.cari.com.my/forum ... 054658&mobile=2

@spiderman80 boleh merge kan thread ni.terima kasih
Quote felinecat 13-8-2017 06:31 PM
kuajaqnya, nak berdiskusi, berdiskusi je la, xperlu membaling bagai
Quote NE_KO 13-8-2017 06:31 PM
Edited by NE_KO at 13-8-2017 06:32 PM

[youtube]qSvieG7gjCg[/youtube]
Quote NE_KO 13-8-2017 06:33 PM
settle bamghost
Quote GhostWalking 13-8-2017 06:39 PM
NE_KO replied at 13-8-2017 10:33 AM
settle bamghost

Thanks @NE_KO
Quote GhostWalking 13-8-2017 06:42 PM
Kojaq sangat sapa la budak2 yg buat tu
Quote finesse 13-8-2017 06:43 PM
Bodo babi..
@dodolgemok mohon maki pls..
Org nak berdiskusi, dia nak buat onar.
Quote NE_KO 13-8-2017 06:43 PM
GhostWalking replied at 13-8-2017 06:39 PM
Thanks @NE_KO

No problem bang.
Quote batmana 13-8-2017 06:45 PM
wei pe la dorg gaduh2 ni
ZN naik debat ngn murtad pn tkde baling kasut bagai

bckp aja xleh.
bodoh betul
Quote nobito 13-8-2017 06:46 PM
Semoga Mahathir trauma lepasni untuk mencapub di serata alam
Quote finesse 13-8-2017 06:47 PM
batmana replied at 13-8-2017 06:45 PM
wei pe la dorg gaduh2 ni
ZN naik debat ngn murtad pn tkde baling kasut bagai


Itu lah aku kata..
Manusia ni bila dah tak rasional mmg akan jd sial Bodo mcm ni.
Quote cHimo 13-8-2017 06:49 PM
Mesti ada laa yang suruh buat onar tuh tanpa bekap sapa berani buat onar..
Quote akusukaq 13-8-2017 06:49 PM
berite terkini hiburan sensasi.berdailog le lagi
Quote finesse 13-8-2017 06:51 PM
Bang Jamal tongok mana?? Mana??
Quote GhostWalking 13-8-2017 06:54 PM
Tapi armada hebat begitu pantas naik ke pentas mengepung Tun dari diapa2kan
Quote nobito 13-8-2017 06:55 PM
Edited by nobito at 13-8-2017 06:57 PM

PAS Selangor hari ni ada himpunan Fastaqim Selangor.

Celah bedah mana yg ungkit Peristiwa Mamali.....see...PH dan Umno perkudakan PAS

Lihat semua komen(279)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:48 AM GMT+8 , Processed in 0.248351 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top