CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Perogol Tetap Bersalah, Biarpun Mangsa Setuju Berkahwin Dengannya

8-8-2017 06:17 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 4634| Komen: 21

Description: Pesalah tidak akan dilindungi dan tetap akan dihukum atas kesalahan rogol yang dilakukannya biarpun mendapat persetujuan berkahwin dengan mangsa.

sumber: internet


Pesalah tidak akan dilindungi dan tetap akan dihukum atas kesalahan rogol yang dilakukannya biarpun mendapat persetujuan berkahwin dengan mangsa. 

Memetik laporan Malay Mail online, kenyataan itu dikeluarkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat susulan laporan berita semalam di mana menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata mangsa rogol yang berusia16 tahun itu berada dalam keadaan baik.

Menurut kenyataan kementerian itu, ini adalah jelas dalam kes seorang perogol yang berkahwin dengan mangsanya yang berusia 12 tahun pada tahun 2013, sedang menjalani hukuman penjara.

Ia juga menyebut kementerian mengambil pendirian bahawa perkahwinan kanak-kanak adalah tidak digalakkan dan mereka perlu diberi peluang mengembangkan potensi sepenuh tanpa cabaran mental dan fizikal yang datang dengan perkahwinan.


"Walau bagaimanapun, kementerian akur keputusan mangsa dan keluarga dalam meneruskan perkahwinan bagi pasangan berkenaan menurut lunas undang-undang sedia ada," kata kenyataan itu.

Akta Undang-Undang keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984 dan Enakmen Undang-undang Keluarga Islam di negeri-negeri memperuntukkan bahawa perkahwinan bawah umur 16 tahun dibenarkan dengan mendapat kelulusan Mahkamah Syariah.- CARI
15

Bagus
13

Marah
14

Terkejut
17

Sedih
18

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (95 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote L_Z 8-8-2017 06:20 PM
Kawan gua kawin dgn perogol a.k.a. sepupu jiran dia...kena kawin sebab nak tutup aib...masuk news utusan..bharian...in the end after 19thn kawin...cerai gak..ermm anak 4...
Quote CardiGans85 8-8-2017 06:27 PM
Yes..sy sokong kptsn kmenterian..lgpun mmg personal choice nk kawen dgn progol. Mak bapak terutamanya jgn la malu dgn anak yg jd mangsa rogol sbb rogol n zina sgt la berbeza.
Quote redapple10 8-8-2017 07:51 PM
Kalo tu personal choice dia, harap dia bahagia la.
Quote mokcikKSKB 8-8-2017 09:42 PM
Kalau yg bawah umur tu byk sgt kes kawen..since mmg dah suka sama suka kan.

Tp gilo ke apa nk kawen ngan perogol.hina kot perogol tu.x layak jd somi!
Quote Ubatdemam 9-8-2017 02:27 AM
Budak umur 12tahun ada akal ke dikahwinkan dgn perogol yang merempat dalam penjara 12tahun... otak ngalah org zaman batu punya pemikiran
Quote FanTasyCreaTioN 9-8-2017 02:38 AM
Perogol memang bersalah.

Apa yang nak d capai sebenar nya dalam perkhawinan tu bila perogol tu sendiri dalam penjara?


Quote iry26 9-8-2017 05:14 AM
ish tak boleh nk imagine tinggal serumah dgn perogol ngeri aihh
Quote krustykrab 9-8-2017 08:44 AM
mokcikKSKB replied at 8-8-2017 09:42 PM
Kalau yg bawah umur tu byk sgt kes kawen..since mmg dah suka sama suka kan.

Tp gilo ke apa nk kaw ...

ikut undang2 suka sama suka dgn budak bawah umo mmg dikira rogol jugak...dlm kes budak ni, kita pun tak tau dia suka sama suka ke atau kena paksa....hanya dia saja yg tau

Quote famri7 9-8-2017 08:49 AM
Kiranya kalau ko nk cikki tu ko pergi rogol jah..pastu nanti akan dikahwinkan secara automatik setelah kluar jail? Kiranya berakit2 dahulu, berenang2 kemudian ke sister?

Im in shock.
Quote mokcikKSKB 9-8-2017 10:14 AM
krustykrab replied at 9-8-2017 08:44 AM
ikut undang2 suka sama suka dgn budak bawah umo mmg dikira rogol jugak...dlm kes budak ni, kita pu ...

Tau...aku bg general opinion x termasuk kes budak ni. Kat kog laki aku ramai yg bwh umur dh terpeknen kena kawen ngan jantan x guna.kes suka sama suka.
Quote krustykrab 9-8-2017 12:07 PM
famri7 replied at 9-8-2017 08:49 AM
Kiranya kalau ko nk cikki tu ko pergi rogol jah..pastu nanti akan dikahwinkan secara automatik setel ...

sblm masuk jail dh dinikohkan la sisthur...
cikki terpaksa tahan 12 tahun, nak bergewe baru berdosa pulak, nak dating dgn balak hensem kampung sebelah pun dah berdosa...so kekiri kekanan, depan blkg tetap cikki yang rugi...unless cikki mintak cerai

Quote -electrifying- 9-8-2017 12:54 PM
famri7 replied at 9-8-2017 08:49 AM
Kiranya kalau ko nk cikki tu ko pergi rogol jah..pastu nanti akan dikahwinkan secara automatik setel ...

hahaha mcm hrm sis famri7
Quote manjalara_01 9-8-2017 02:08 PM
Edited by manjalara_01 at 9-8-2017 02:16 PM
L_Z replied at 8-8-2017 06:20 PM
Kawan gua kawin dgn perogol a.k.a. sepupu jiran dia...kena kawin sebab nak tutup aib...masuk news ut ...

tutup aib tp sanggup korbankan anak sndiri?...elok sgt...
mana x org sakit mental skrg makin meningkat...cause dipaksa hadap this kind of nonsense la..
i yg membaca ni pun rs nak sakit mental...ape lagi tuan punye badan..

p/s:..x sentap kat u..cume sentap sbb benda2 mcm ni berlaku dlm masyarakat kite...

Quote manjalara_01 9-8-2017 02:13 PM
Ubatdemam replied at 9-8-2017 02:27 AM
Budak umur 12tahun ada akal ke dikahwinkan dgn perogol yang merempat dalam penjara 12tahun... otak n ...

I agree..This is pathetic
Quote owsemguy 9-8-2017 03:46 PM
famri7 replied at 9-8-2017 08:49 AM
Kiranya kalau ko nk cikki tu ko pergi rogol jah..pastu nanti akan dikahwinkan secara automatik setel ...

mak ko pelacur sial sundal beranak tak bernikah mak ko anhjeng kurap itewww
Quote Ubatdemam 10-8-2017 12:51 AM
There is no such thinglah suka sama suka having sex dengan budak bawah umur. Otak tu cubalah bagi kerja keras sikit.. I couldn't believe it my ears kalau orang cakap macam tu.. budak tu tak cukup umur tak cukup akal.. ko ingat suka sama suka ke dirogol aka .. org tua memperalatkan the budak mempergunakan kekurangan budak tu.. perangai macam hanjeng.. takde suka sama suka.. budak tu di manipulated... bongok betullah
Quote aTiKah_aYuNi 10-8-2017 08:54 AM
ni gara2 drama melayu laa ni...

kawen dgn perogol sendiri, lps tu acah2 till jannah....
Quote L_Z 10-8-2017 04:55 PM
manjalara_01 replied at 9-8-2017 02:08 PM
tutup aib tp sanggup korbankan anak sndiri?...elok sgt...
mana x org sakit mental skrg makin meni ...

Ok ja..xkisah pon sapa sapa nak qoute atau nak marah kat cheq....bukan nya boleh berkudis atau luka atau mati sebab org nak qoute msg cheq...
Quote manjalara_01 10-8-2017 05:08 PM
Edited by manjalara_01 at 10-8-2017 05:09 PM
Ubatdemam replied at 10-8-2017 12:51 AM
There is no such thinglah suka sama suka having sex dengan budak bawah umur. Otak tu cubalah bagi ke ...

kan?
agenda pedo ni.....x suprise la satu hari nnt P for pedo akan dihumban dlm LGBT+P...& rakyat merhan akan terima tanpa protes..
70 tahun dulu...golongan LGBT ni x berani kluar almari...takut kena bunuh & sebagainye because it was against the law..
tp 70 tahun kemudian..LGBT dilindungi undang2 & boleh berkawin secara terbuka...

ade sape2 nak halang?..protes pun xde kesan..umat Kristian ke Islam ke "terima" je.....pope pun bersekongkol..sbb P is not for Pope but for Pedo....



Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:27 AM GMT+8 , Processed in 0.053917 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top