CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Rindu Nak Kena Marah Dengan Dia."

8-8-2017 03:22 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 7989| Komen: 59

"Sementara masih ada kesempatan, saya akan ikhtiarkan apa saja cara untuk mengubati penyakitnya sehingga sembuh," 

Harian Metro melaporkan, demikianlah luahan kesayangan seorang suami yang masih menaruh harapan yang tinggi dalam usaha mengubati isterinya Noor Fatiha Mohd Sa'ad, 30, yang kini sedang menderita kanser limfoma tahap empat.



sumber : sedutan video 

Menceritakan kembali waktu Noor Fatiha disahkan menghidap kanser itu, Mohd Yusof Mohd Hashim, 31 berkata bahawa isterinya mengadu mengalami sakit hidung ketika mengandung 5 bulan anak kedua pada pertengahan tahun lalu.

Daripada enam sesi rawatan kimoterapi, isterinya hanya sempat menjalani tiga kali rawatan sahaja di Hospital Ampang kerana menurut doktor rawatan seterusnya terlalu berisiko dan menasihati keluarga untuk membawanya pulang ke kampung, tambahnya.


Mohd Yusof yang juga seorang pemandu berkata, dia tidak sanggup melihat keadaan isterinya itu dan akan meluangkan masa kira-kira 15 minit saja setiap kali bertemu.

Difahamkan, kini Noor Fatiha terlantar di rumah ibu bapanya di Raub, Pahang kerana sudah hilang keupayaan untuk berjalan dan pendengarannya juga merosot selepas sel kanser merebak ke hati dan serviks.

"Saya rindukan suasana bersamanya di rumah sewa kami di Bandar Sri Damansara. Rindu nak kena marah dengan dia. Setiap saat ketika kami tinggal bersama-sama sebagai satu keluarga dahulu cukup membahagiakan."

Kehidupan Mohd Yusof semakin sukar sejak Julai lalu apabila bukan saja terpaksa berpisah dengan isteri dan anak kedua, tetapi juga anak pertama, Nur Adrianna Aisyah Mohd Yusof, 2, yang berada bersama isteri dan keluarga mentua manakala dia meneruskan kehidupan mencari rezeki di Kuala Lumpur.

"Doktor maklumkan pada masa itu, isteri saya boleh hidup kira-kira sebulan saja. Sekarang sudah melepasi tempoh itu dan saya harap dia akan sembuh satu hari nanti."- CARI


17

Bagus
14

Marah
19

Terkejut
11

Sedih
12

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (79 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote afie_m 8-8-2017 03:24 PM
huhuhu....sedihnya
Quote raradhia 8-8-2017 03:27 PM
ya allah sedihnya, tabah laa
Quote mamarock 8-8-2017 03:29 PM
Semoga tabah menghadapi dugaan.
Quote minguk 8-8-2017 03:43 PM
semakin ramai yang menhidap kanser sekarang.. bahaya betul..
Quote Minami2013 8-8-2017 03:45 PM
Ya Allah... mudahkan la urusan die...
Quote chinta89 8-8-2017 03:45 PM
mata ak berair mse baca ni...
Quote kamil8891 8-8-2017 03:52 PM
pemakanan ,, cuaca persekitaran ....sekarang zaman kite makanan byk jugak mengandungi bahan kimia... tp sedap je makan... risau je kan...DR ALAN GREENBERG, MD pernah cakap " hampir semua ubat adalah beracun dan direka hanya merawat gejala dan bukanlah menyembuhkan sesiapa "
Quote kamil8891 8-8-2017 03:55 PM
dr alan greenberg... fakta tentang ubat
Quote kamil8891 8-8-2017 03:56 PM
UBAT-UBATAN MODEN HANYA KAJIAN SAINTIS.... BUKAN UNTUK KESEMBUHAN TETAPI HANYA SEBAGAI UJIAN
Quote kentel 8-8-2017 03:58 PM
kawan ai baru lepas sembuh lymphoma stage 1 cancer...harapnya dia berterusan sembuh...itu pun dia ambik masa setahun utk smua chemo, radio, CT....
Quote myakayina 8-8-2017 04:02 PM
sedihnya..
Quote cmf_blingblings 8-8-2017 04:08 PM
Dalam keadaan yg semakin parah ni redha ajalah dgn apa yg bakal berlaku.
Quote miemiecha 8-8-2017 04:08 PM
takziah...
Quote matamata 8-8-2017 04:09 PM
tu nama dia marah sayang....tak salah aku dlm 10 th lepas pun ada kes mcm ni....tp isteri yg rindu nak kena marah suami lepas suami dia meninggal....dia cerita kat radio...
Quote prettyuglybabe 8-8-2017 04:14 PM
takziah..


Quote simatakucing 8-8-2017 04:25 PM
Aduhai pilunya,semoga tabah dengan ujian ini
Quote spenderterselit 8-8-2017 04:57 PM
Takziah
Besar dugaan dia
Quote kimchipedas 8-8-2017 06:10 PM
Takziah..seksa sgt tgk keadaan isteri dia
Quote jerukkedondong 8-8-2017 06:13 PM
Sedihnya
Ank2 kecik tu lg kesian....

Lihat semua komen(59)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-10-2024 02:15 AM GMT+8 , Processed in 0.073645 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top