CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Menakutkan! Aisberg Terbesar Dalam Sejarah Dilaporkan Semakin Terpisah Dari Antartika

14-7-2017 11:29 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 5505| Komen: 25|Original author: EJALTI

Description: Baru-baru ini, sebuah bongkah ais yang terbesar dalam sejarah dilaporkan sudah meretak dan terpisah dari Antartika dan menggugat keselamatan kapal-kapal di sekitar benua itu. LONDON: Salah satu ...

sumber : mStar


Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan saintis di Universiti Swansea dan British Antartic Survey baru-baru ini, sebuah bongkah ais yang terbesar dalam sejarah dilaporkan sudah meretak dan terpisah dari Antartika dan menggugat keselamatan kapal-kapal di sekitar benua itu.

Memetik laporan mStar, bongkah ais seberat satu trilion tan dan berukuran 5,800km persegi itu terpisah dari rak ais Larsen C di Antartika di antara 10 dan 12 Julai, kata saintis terbabit.

Difahamkan, bongkah ais tersebut berada dalam keadaan hampir pecah untuk beberapa bulan.

Sehubungan itu, saintis memantau corak pergerakan pada rak ais menggunakan satelit Agensi Angkasa Eropah sepanjang musim sejuk di Antartika.

Manakala menurut Profesor di Universiti Swansea dan penyiasat utama Projek MIDAS, Adrian Luckman yang telah memantau pergerakan rak ais selama bertahun-tahun, bongkah ais itu adalah antara yang terbesar direkodkan dan perkembangan masa depan adalah sukar untuk diramal.

“Ia mungkin kekal dalam satu bahagian, tetapi lebih cenderung untuk pecah menjadi serpihan."

“Beberapa ais mungkin kekal di kawasan tersebut untuk beberapa dekad, manakala bahagian-bahagian gunung ais mungkin hanyut ke utara mencari perairan yang lebih panas,”  tambahnya.

Jadi, pecahan ais ini menambah risiko kepada kapal-kapal di sekitar benua tersebut.

Walaupun semenanjung itu berada di luar laluan perdagangan utama tetapi ia adalah destinasi utama bagi kapal pesiar yang melawat dari Amerika Selatan.- CARI
23

Bagus
20

Marah
29

Terkejut
18

Sedih
32

Lawak
22

Bosan

Friends Rank (144 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sabbath_shalom 13-7-2017 02:54 PM
Haleluyah...Jakarta dan Bangkok bakal tenggelam
Quote zorrro_03 13-7-2017 03:11 PM
1 trilion tan?  waaa kalau jual kaya ni.....
Quote tupaiterbang 13-7-2017 03:26 PM
tokeh abc dan cendol jangan ketinggalan
Quote idakamaruddin 13-7-2017 03:31 PM
cane dia bole tau berat dia 1 trilion tan?

penah ditimbang kati ke cane?

Quote Minami2013 13-7-2017 03:35 PM
idakamaruddin replied at 13-7-2017 03:31 PM
cane dia bole tau berat dia 1 trilion tan?

penah ditimbang kati ke cane?

Biase guna ilmu fizik nk estimate berat tu kot...
Quote dubuk 13-7-2017 03:36 PM
سبحان الله
Quote white_musk 13-7-2017 03:43 PM
idakamaruddin replied at 13-7-2017 03:31 PM
cane dia bole tau berat dia 1 trilion tan?

penah ditimbang kati ke cane?

Dosa pahala pun mudah dihitung inikan pula bongkah ais  
Quote -electrifying- 13-7-2017 03:45 PM
fuh berat gle
Quote Muntz 13-7-2017 04:59 PM
Kalau dicairkan tu boleh bagi byk freshwater ke kawasan2 yg memerlukan.
Quote abangadek 13-7-2017 05:52 PM
besauuuuu
Quote madamjaja 13-7-2017 05:56 PM
subhanallah..
Quote Artemesiaa 13-7-2017 05:59 PM
Global warming ais mencair
Quote bangcak 13-7-2017 07:13 PM
syarikat 1mdb mungkin dpt kontrak menunda iceberg itu ke saudi.
Quote hanakikan 13-7-2017 07:14 PM
UAE hari tu kata nak import iceberg. tak nak beli ke iceberg ni?
Quote ShiningStars 13-7-2017 09:15 PM
Cuaca dunia makin panas
Quote mjla 13-7-2017 09:19 PM
Tunggu lg sebulan mau tonggolam singapork
Quote makton 14-7-2017 07:40 AM
Minami2013 replied at 13-7-2017 03:35 PM
Biase guna ilmu fizik nk estimate berat tu kot...

yup.. kena guna fizik.
Quote dcruins 14-7-2017 08:12 AM
Venice,Miami makin nak tenggelam....
Quote Simunggu 14-7-2017 09:04 AM
petanda PRU14 tak lama lagi...

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:07 AM GMT+8 , Processed in 0.057300 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top