CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Guru Wanita Dalam Pantang Ditemui Mati Di Sisi Anak, Hati Suami Luluh

7-7-2017 11:04 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 11814| Komen: 90

Description: Luluh hati seorang suami apabila pulang dari kerja dan mendapati isterinya yang juga seorang guru dalam pantang kerana melahirkan anak, meninggal dunia di sisi dua anak yang masih kecil.

sumber : Berita Harian


Luluh hati seorang suami apabila pulang dari kerja dan mendapati isterinya yang juga seorang guru dalam pantang kerana melahirkan anak, meninggal dunia di sisi dua anak yang masih kecil.

Kejadian pilu itu berlaku di Taman Putri Kulai pada Selasa apabila suami guru berkenaan yang berusia 35 tahun pulang ke rumah pada jam 8.30 malam selepas selesai tugas sebagai pemandu lori.

Memetik laporan Utusan Online, Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Razak Md Said, berkata Siti Rohana Redzuan, 36, ditemui tidak bernyawa di atas katil manakala dua anak mereka yang berusia 48 hari dan 19 bulan berada di sisi.

Difahamkan guru wanita berkenaan sebelum itu berpantang di rumah ibu berhampiran taman itu sebelum pulang ke rumah sendiri beberapa hari lalu. 


Razak berkata pada hari kejadian, suami mangsa keluar bekerja kira-kira jam 6.30 pagi dan ketika itu arwah sedang tidur.

“Kira-kira jam 8.30 malam, ketika suaminya pulang ke rumah mendapati isterinya berada di atas katil dalam keadaan kaku dan pasukan perubatan Hospital Kulai yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia."

“Suami mangsa menyatakan isterinya dalam tempoh cuti selama lebih sebulan selepas melahirkan anak kedua."

Kisah guru berkenaan juga menjadi viral di media sosial. Razak berkata, proses bedah siasat yang dijalankan di Hospital Kulai, pagi semalam mendapati punca kematian mangsa disebabkan paru-paru berair dan masalah jantung.

Sementara itu, suami mangsa ketika ditemui di rumahnya petang tadi, enggan memberi sebarang ulasan kerana terlalu sedih.- CARI
7

Bagus
12

Marah
3

Terkejut
3

Sedih
10

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (36 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kuzaime 6-7-2017 06:03 PM
Innalillahiwainnalillahirojiun.. Ada baca kt Fb td. Sedihnya bila mengenangkan anak2 dia yg masih kecik. Tp td baca punca dia meninggal sbb pendarahan pd tmpat kena czer..wallahu'alam..
Quote aHoi83 6-7-2017 06:05 PM
Innalillahiwainnailaihirajiun
Quote Artemesiaa 6-7-2017 06:07 PM
Takziah buat keluarga beliau.  Banyak pulak citer duka lepas2 raya ni.
Quote matchstick 6-7-2017 06:19 PM
Innalillah...kesiannya nya babies tu dh bpa jam kelaparan agaknya
Quote lostnfaun 6-7-2017 07:01 PM
Sedap jer yg dok tulis sbb czer... Pastu pakat share... Ujung2 yg pnh czer suma takut trus
Quote Pink_Purple 6-7-2017 07:04 PM
sedihnya,

anak2 xtahu ibu dh meninggal
Quote Suchi 6-7-2017 07:23 PM
lostnfaun replied at 6-7-2017 07:01 PM
Sedap jer yg dok tulis sbb czer... Pastu pakat share... Ujung2 yg pnh czer suma takut trus

sbb paru2 n jantung kan?
Kes ni lebih kurang dulu terjadi kat cikgu gak.
Mati tetiba masa tgh tido ade baby kecik gak yg tu laki pjj duk sorang ngn ank kecik mujur kawan2 sekolah pi rumah dia sbb call tak angkat tak dtg sek plak tu.

Pastu ade kes yg kt indon pun lebih kurang sama yg tu lg dasat si ibu jatuh pitam ninggal n tgn dia pi hempap atas baby. Baby pun ninggal lemas.

Jiran kat kg iols pun ninggal dunia tetiba masa tido.baru abis pantang gak. Umur pun muda n ank2 kecik lg.
Kata jiran2 arwah masa dlm pntang pun tak leh nk pntang sgt sbb asik ulang alik p sepital ank dia jaundis sampai sbln.



Quote moonbug 6-7-2017 09:13 PM
Suchi replied at 6-7-2017 07:23 PM
sbb paru2 n jantung kan?
Kes ni lebih kurang dulu terjadi kat cikgu gak.
Mati tetiba masa tgh t ...

Kes2 ni semua punca kematian sbb stress ke atau pantang tak proper menyebabkan komplikasi dalaman ke mcm mana? Takut pulak dgr
Quote moonbug 6-7-2017 09:14 PM
Takziah buat family arwah. Semoga tabah membesarkan anak2 yg masih kecik
Quote kucen_miang 6-7-2017 09:19 PM
Innalillah.
Quote sayang_mulut 6-7-2017 09:24 PM
baru last few days bekas cikgu aku meninggal dalam kereta lepas round student nye hostel... sedih bace cite2 macam ni
Quote dani-rox 6-7-2017 09:51 PM
Adui... kesian anak2 yg ditinggalkan. Takziah.
Quote jerukkedondong 6-7-2017 09:54 PM
sayang_mulut replied at 6-7-2017 09:24 PM
baru last few days bekas cikgu aku meninggal dalam kereta lepas round student nye hostel... sedih ba ...

Guru besar SEMESTI tu ye...
Quote GhostWalking 6-7-2017 09:57 PM
Sedihnya Takziah...
Quote asfaz 6-7-2017 10:09 PM
Al Fatihah...takziah buat family arwah
Quote NekNgah 6-7-2017 10:26 PM
Takziah.  Sedihnya.  Sokongan amat diperlukan oleh bapak 2 anak kecil ini.
Quote sukacactus 6-7-2017 10:32 PM
Salam takziah
Alahai sedihnya baca
Agaknya ank2 pun tido je la dah mak xbangun2
Mujur la diaorg xapa2
Quote atiqah_bea 6-7-2017 10:33 PM
jerukkedondong replied at 6-7-2017 09:54 PM
Guru besar SEMESTI tu ye...

Kwn abah iols cikgu ni. Baru je jumpa dia februari lepas. Terkejut sgt bila tahu berita ni. Tp iols x tahu sebab kematian. X sempat nak tanya lelebih.
Quote mjla 6-7-2017 10:40 PM
Cian anak2
Kecik lg tu

Lihat semua komen(90)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:24 PM GMT+8 , Processed in 0.076920 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top