CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penceroboh Hampir Menikam Polis Tiba-Tiba Menangis & Ubah Fikiran

4-7-2017 03:39 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 3479| Komen: 23

Description: Baru-baru ini, seorang lelaki pertengahan umur difahamkan berada dalam keadaan terdesak bertindak memasuki sebuah balai polis di Bangkok dengan membawa sebilah pisau.


Baru-baru ini, seorang lelaki pertengahan umur difahamkan berada dalam keadaan terdesak bertindak memasuki sebuah balai polis di Bangkok dengan membawa sebilah pisau. 

Memetik laporan Bangkok Post, pegawai polis, Anirut Malee yang berada di balai pada ketika itu kelihatan tenang dan tidak menggunakan pistolnya untuk menangani situasi itu. 

Sebaliknya memilih untuk duduk di meja berhampiran dan mula bercakap sambil memujuk lelaki terbabit yang masih menghunus pisau ke arahnya untuk menyerahkan pisau itu. 

Tanpa disangka, lelaki itu menuruti arahan Anirut dan serta-merta menyerahkan senjata tersebut. 

Setelah pisau itu diserahkan, Anirut perlahan-lahan menghampiri lelaki itu dan memberikan pelukan kepada lelaki berusia lingkungan 45 tahun itu yang menangis teresak-esak.


Selepas berjaya memeluk dan menenangkannya, Anirut segera melemparkan pisau itu arah kanan. 

Manakala lelaki itu berulang kali memohon maaf kepada semua anggota polis yang berada di balai berkenaan. 

Melihat lelaki itu berada dalam keadaan tertekan, Anirut sekali lagi cuba menenangkan dan memberinya sebotol air mineral. 

Lelaki yang tidak dinamakan itu kemudian dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan kesihatan mental. 

Difahamkan, tiada sebarang dakwaan yang akan dikenakan terhadap lelaki terbabit. 

Video yang dimuat naik Newsner.com itu telah ditonton lebih 53 juta kali dan dikongsi sebanyak 1,193,042 kali oleh pengguna Facebook.- CARI



sumber : Facebook Newsner.com
sumber : Facebook Newsner.com

16

Bagus
17

Marah
24

Terkejut
21

Sedih
15

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (112 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote skinsandstars 4-7-2017 03:48 PM
Melucukan? Sedih la sebenarnya cerita ni. N it shows how good the policeman is, how empathy is important and needed. You pulak boleh tulis melucukan.
Quote pittjie 4-7-2017 04:04 PM
skinsandstars replied at 4-7-2017 03:48 PM
Melucukan? Sedih la sebenarnya cerita ni. N it shows how good the policeman is, how empathy is impor ...

kan. there must be a sad story behind it. i dont find it funny. and bravo mr police.
Quote ngee 4-7-2017 04:20 PM
lucu ke?no empathy la penulis nie
Quote susukambingbest 4-7-2017 04:27 PM
Sedih baca wlu belum tgok video lg
Quote adm7 4-7-2017 04:31 PM
Wartawan CARI ni mmg kebanyakannya stupid
Quote batmana 4-7-2017 04:33 PM
sedih la weii

psl pakcik ni main gitar cari mkn tepi jln, bekas pak guard
pstu gitar kna curi ke hilang, dia putus harapan,

last2 pi balai polis tu, dia buat cmtu psl nk mati aja
tapi polis tu bagus, dia tau cmne rupa air muka org terdesak, tu yg dia cool aja

siap offer bagi gitar baru kat dia.
Quote cmf_blingblings 4-7-2017 04:33 PM
polis Malaysia?????
Quote MH3709 4-7-2017 04:35 PM
susukambingbest replied at 4-7-2017 04:27 PM
Sedih baca wlu belum tgok video lg

yg ni baru lucu
Quote zorrro_03 4-7-2017 04:40 PM
batmana replied at 4-7-2017 04:33 PM
sedih la weii

psl pakcik ni main gitar cari mkn tepi jln, bekas pak guard

ini lah cerita berat sesetengah orang utk hidup.
Quote chinta89 4-7-2017 04:42 PM
ape yg lucu disini??i is rse kesian.. tentu dia ade prob sehingga btindak sedemikian ok.
Quote matchstick 4-7-2017 05:30 PM
mmg x lucu pun...

mengharukan mungkin
Quote Tehtarik2017 4-7-2017 10:12 PM
ngee replied at 4-7-2017 04:20 PM
lucu ke?no empathy la penulis nie

Kan...kesian pulak baca
Quote kucen_miang 4-7-2017 10:37 PM
cmf_blingblings replied at 4-7-2017 04:33 PM
polis Malaysia?????

Dah agak ada acik bimbo akan tanya soklan gini.
Quote mjla 4-7-2017 11:00 PM
Org patah kandar
Apa pun sanggup buat
Quote mjla 4-7-2017 11:00 PM
Org patah kandar
Apa pun sanggup buat
Quote skinsandstars 5-7-2017 01:14 AM
mjla replied at 4-7-2017 11:00 PM
Org patah kandar
Apa pun sanggup buat

Patah kandar tu apa uolzzzz?
Quote dani-rox 5-7-2017 01:54 AM
seorang lelaki pertengahan umur difahamkan berada dalam keadaan terdesak bertindak memasuki sebuah balai polis di Bangkok dengan membawa sebilah pisau


suicide by cop? kesian dia. nasib baik la polis kat situ cool dan bijak handle keadaan.
Quote miemiecha 5-7-2017 09:29 AM
ensem plak gayanya polis tu.. tapi mujru boleh d pjuk yek.. teringat yg kes polis mesia pujuk sorg laki yg pegang kaca pecah,.. xmau gari msk kete polis.. kagum!
Quote shiedafaizal 5-7-2017 10:29 AM
kesiannya.....bagus la polis tu ....

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 11:14 PM GMT+8 , Processed in 0.082263 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top