CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelaksanaan Cukai Pelancongan Ditangguh Pula Sehingga 1 Ogos

27-6-2017 02:13 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 2632| Komen: 15

Description: Cukai pelancongan yang dijadual dikuatkuasakan mulai 1 Julai ini akan ditangguhkan sehingga 1 Ogos memandangkan sistem terbabit belum siap sepenuhnya.

sumber : https://viral.arif.my/


Cukai pelancongan yang dijadual dikuatkuasakan mulai 1 Julai ini akan ditangguhkan sehingga 1 Ogos memandangkan sistem terbabit belum siap sepenuhnya.

Memetik laporan Sin Chew Daily, Menteri pelancongan dan kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz menjelaskan di bawah pelaksanaan dasar baru itu, semua pelancong asing akan dikenakan cukai pelancongan. 

Tetapi warganegara Malaysia yang tinggal di hotel 3 bintang dan ke bawah tidak perlu membayar cukai pelancongan.

Jabatan Kastam Diraja Malaysia akan bertanggungjawab mengutip cukai baru itu, tambahnya.

“Kami rancang mula kutip cukai ini pada 1 Julai, tetapi sekarang ia belum siap lagi, jadi ia ditangguhkan sehingga 1 Ogos."

“Sudah tentu ini ialah sasaran kami, sama ada ia boleh dilaksanakan secara lancar bergantung kepada persiapan Jabatan Kastam.” 

Nazri yang juga ahli Parlimen Padang Rengas berkata, cukai pelancongan terbahagi kepada 4 kategori iaitu RM20 untuk penginapan semalam di hotel 5 bintang, RM10 hotel 4 bintang, RM5 hotel 3 bintang serta RM2.50 bagi hotel 2 bintang dan ke bawah.

Pada 8 Jun lalu, Nazri mengumumkan cukai pelancongan yang dikenakan pada kadar RM2.50 hingga RM20 untuk penginapan semalaman akan mula dikuatkuasakan 1 Julai ini.- CARI


28

Bagus
24

Marah
18

Terkejut
14

Sedih
21

Lawak
20

Bosan

Friends Rank (125 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 27-6-2017 04:29 PM
Tidur dalam kereta je jimat sikit..
Quote imransulaiman 27-6-2017 04:43 PM
Boleh tak lain kali kalau berita diiringi gambar menteri yang macam ni di-blur-kan?

Aku lebih sanggup tengok gambar penjenayah pprt daripada ni :
Quote dodolgemok 27-6-2017 04:50 PM
Tangguh tangguh tangguh ujong2 cancel lepastu mengaku hero rakyat. Puak2 jilake cmni lah cacai sayang sujud sembah. @whitemagic @bioessence @shamsadis    
Quote armin 27-6-2017 06:53 PM
So gst ada sekali tak dlm bil hotel? Kalau gst + cukai hotel dah berapa byk pulak cukai saja.
Quote armin 27-6-2017 06:53 PM
So gst ada sekali tak dlm bil hotel? Kalau gst + cukai hotel dah berapa byk pulak cukai saja.
Quote sabbath_shalom 27-6-2017 07:18 PM
RRU Cukai Pelancongan ni la yg ahli parlimen terkelu lidah untuk cakap 'Tak Setuju' kan.

Time RUU355 bukan main laju masing2 sebut 'Tak Setuju'

Elohim Maha Kuasa kankannnn
Quote Zasss777 27-6-2017 08:40 PM
Tangguh terus je lah!
Quote Bipolajourney 27-6-2017 09:59 PM
Dok umah je jangan bercuti. Duit tak habis lagi jimat ada
Quote xtahumenahu 27-6-2017 10:13 PM
Lps menang pilihanraya mungkin
Quote MekArchana 27-6-2017 11:33 PM
Bukan main lagi nak laksanakan cukai  tapi sistem belum siap. Bengongnya menteri Malaysia ni.

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 12:48 PM GMT+8 , Processed in 0.087681 second(s), 55 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top