CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ammar Titan Berdepan Hukuman Penjara, Denda

7-6-2017 10:07 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 15701| Komen: 131

Description: Mahkamah Majistret Sibu mendakwa Azizul Ammar, 30, kerana menghina Watson Nyambek atas tuduhan mempersendakan mendiang bapa bekas jaguh pecut negara itu.
Mahkamah Majistret Sibu mendakwa Azizul Ammar, 30, kerana menghina Watson Nyambek atas tuduhan mempersendakan mendiang bapa bekas jaguh pecut negara itu.


Foto: mStar Online

Memetik mStar Online, bekas pengacara program Sukan Tak Sentral terbabit didakwa di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana menghina dengan niat disengajakan untuk mencetuskan gangguan keamanan.

Selain Azizul Ammar Abu Hassan atau lebih dikenali sebagai Ammar Titan, penerbit program Abdul Ghani Mohd Mokhtar, 41, turut didakwa atas kesalahan sama.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum dua tahun, denda, atau kedua-duanya.

Kedua-dua tertuduh dibebaskan Majistret Saiful Sayoti dengan masing-masing dikenakan ikat jamin RM3,500 bersama seorang penjamin.

Terdahulu, Azizul didakwa menyamakan nama Watson Nyambek dengan bunyi seekor kambing ketika program berkenaan disiarkan di TV3.


Foto: Twitter Azizul Ammar

Tertuduh diarahkan hadir ke mahkamah untuk pra perbicaraan pada 4 Julai ini. - CARI

22

Bagus
29

Marah
20

Terkejut
33

Sedih
28

Lawak
21

Bosan

Friends Rank (153 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tongkatwaran75 6-6-2017 03:45 PM


The two accused (seated) awaiting bail.
Quote EJALTI 6-6-2017 03:46 PM
Buat lawak low class lagik...
Quote myakayina 6-6-2017 03:47 PM
laa..ingat dah settle kes ni.. kena dakwa jgk la yer..bertabahlah..
Quote dinopower 6-6-2017 03:49 PM
EJALTI replied at 6-6-2017 03:46 PM
Buat lawak low class lagik...

marsha tak kena... wpun marsha dok gelak2 je
Quote dinopower 6-6-2017 03:50 PM
myakayina replied at 6-6-2017 03:47 PM
laa..ingat dah settle kes ni.. kena dakwa jgk la yer..bertabahlah..

dah tuan punya bdn nak saman... wpun dah mintak maaf.... untung2 dpt duit
Quote vanillaninja 6-6-2017 03:50 PM
Mesti serabut host and producer ni. Nak beraya pun tak tenang. Their families pun tak pasal2 affected jugak.
Quote myakayina 6-6-2017 03:52 PM
vanillaninja replied at 6-6-2017 03:50 PM
Mesti serabut host and producer ni. Nak beraya pun tak tenang. Their families pun tak pasal2 affecte ...

mau tak serabut.. klu kena saman nak membayar lagi..
Quote myakayina 6-6-2017 03:53 PM
dinopower replied at 6-6-2017 03:50 PM
dah tuan punya bdn nak saman... wpun dah mintak maaf.... untung2 dpt duit

konpem menang punya..dah sah2 si pengacara buat memek muka tu masa sebut nama apaknya.. nak kata melawak pun org tak gelak, menyampah lagi ada lah..marsha je yg gelak kot..
Quote dinopower 6-6-2017 03:56 PM
myakayina replied at 6-6-2017 03:53 PM
konpem menang punya..dah sah2 si pengacara buat memek muka tu masa sebut nama apaknya.. nak kata m ...

tak semestinya menang weh....
tu melibat producer segala.... sbb rcgn tu bkn live... suppose producer n team lebih alert
Quote johnazizul 6-6-2017 03:57 PM
Dulu masa bintang mencari bintang, claim kumpulan titan tu bawa lawak berotak... siap letak jari kat kepala lagi sign berfikir...

Mungkin lepas program tu, otak dah dikembalikan kat sabri yunus... tu yg suka buat lawak bodoh xreti fikir panjang...
Quote chiquititamichi 6-6-2017 03:57 PM
mendapatkah cash kan..segala pelawak menang rajalawak ko nak jadikan pengacara.....spm nan hado ....bahasa melayu  gagal.....
org yg gigih belajar masscom smpai degree pun payah nak dpt job.padan muko......
Quote idakamaruddin 6-6-2017 03:58 PM
dinopower replied at 6-6-2017 03:49 PM
marsha tak kena... wpun marsha dok gelak2 je

abdul ghani tu sape?

producer ke?
Quote saladin780 6-6-2017 03:59 PM
dinopower replied at 6-6-2017 03:49 PM
marsha tak kena... wpun marsha dok gelak2 je

kesian plak marsha klu tgk kat video tu..nmpak sgt dia pun terkejut dgn lawak si beruk nih
Quote cha-cha 6-6-2017 04:13 PM
Lol Ammar. Mengembek lah lagi sampai mampos
Quote imransulaiman 6-6-2017 04:13 PM
saladin780 replied at 6-6-2017 03:59 PM
kesian plak marsha klu tgk kat video tu..nmpak sgt dia pun terkejut dgn lawak si beruk nih

Marsha macam gelak terpaksa. Mungkin sebab dia tak tau nak buat apa  
Quote Modngengade 6-6-2017 04:16 PM
kat malaysia kau jgn buat lawak sembarangan....

lainlah kalau kat usa sana, kau lawak mencarut dan kutuk president pun x der saper nk hairan
Quote mizzmimi 6-6-2017 04:24 PM
Buat lagik lawak bodoh..
Quote JeepersCreepers 6-6-2017 04:27 PM
Tak tau pon psl akta ni...Section 504 of the Penal Code:
Whoever intentionally insults, and thereby gives provocation to any person, intending or knowing it to be likely that such provocation will cause him to break the public peace, or to commit any other offence, shall be punished with imprisonment for a term which may extend to two years or with fine or with both.
Quote cmf_premierleag 6-6-2017 04:28 PM
myakayina replied at 6-6-2017 03:47 PM
laa..ingat dah settle kes ni.. kena dakwa jgk la yer..bertabahlah..

yg hari tu mmg watson kata dia TAKKAN maafkan
padan muka host tv3
selamba permainkan nama mendiang

Lihat semua komen(131)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:09 PM GMT+8 , Processed in 0.322292 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top