CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kereta Remuk Dihempap Kren:Projek Lrt Perlu Dihentikan-Pic Post 5#!

19-8-2013 10:22 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8783| Komen: 53

Description: Kuala Lumpur - Sebuah Kereta Yang Diletakkan Di Tepi Jalan Di Usj2/3 Subang Jaya, Berdekatan Pusat Membeli-Belah Summit Dekat Sini, Remuk Selepas Dihempap Kren Yang Diguna Dalam Pembinaan Landasan Lrt ...
17/08/2013 10:49pm


KUALA LUMPUR - Sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan di USJ2/3 Subang Jaya, berdekatan pusat membeli-belah Summit dekat sini, remuk selepas dihempap kren yang diguna dalam pembinaan landasan LRT hari ini.


Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd. Sani Harul berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.


"Kita difahamkan oleh syarikat yang bertanggungjawab, bahawa 'handle' kren tersebut bengkok sebelum ia menghempap bumbung kereta itu yang remuk 90 peratus," katanya.


Sani menjelaskan, bomba menerima panggilan pukul 6.17 petang sebelum sebuah jentera dengan enam anggota tiba 30 minit kemudian.


Sementara itu, Syarikat Prasarana Negara berhad (Prasarana) dalam kenyataan, berkata, kren berkenaan dimiliki satu daripada kontraktor yang terbabit dalam Projek Penyambungan Laluan LRT (LEP) bagi laluan Kelana Jaya.


Pengarah Kumpulan Bahagian Pembangunan Projek, Zulkifli Mohd Yusoff berkata, Prasarana telah melancarkan siasatan berhubung kejadian dan akan menyerahkan laporan kepada Jabatan Keselamatan Pekerjaan dan Kesihatan, Kementerian Sumber Manusia sebaik siasatan selesai.


"Prasarana telah mengeluarkan arahan memberhentikan kerja serta-merta kepada kontraktor utama, TRC.


"Kami akan bekerjasama dengan semua pihak berkuasa berkaitan bagi mempermudahkan siasatan," katanya. - Bernama


7

Bagus
8

Marah
6

Terkejut
7

Sedih
7

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (40 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote azrain98 18-8-2013 01:15 AM
janji bukan proton...
Quote peYno 18-8-2013 07:26 AM
janji bukan toyota Almera

peyno.. pakar kereta
Quote Al-Patih 18-8-2013 08:19 AM
"Kami akan bekerjasama dengan semua pihak berkuasa berkaitan bagi mempermudahkan siasatan," katanya. - Bernama


siasatan ..disebut2 ...pampasan pemilik kenderaan ...tak ada satu perkataan ...
Quote tongkatwaran75 18-8-2013 02:55 PM


Sebuah kenderaan remuk akibat dihempap oleh sebuah kren yang tumbang dalam kejadian di hadapan The Summit Subang Jaya, 17 Ogos lepas. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Anggota Majlis Keselamatan Jalan Raya Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye menggesa agar arahan henti kerja dikeluarkan kepada pihak kontraktor berikutan berlaku kejadian 'handle' kren terjatuh ke atas sebuah kereta di projek penyambungan LRT di USJ2/3 Subang Jaya dekat sini semalam.
   
Beliau berkata pihak berkuasa perlu mengeluarkan arahan itu sehingga diyakini semua langkah keselamatan diambil bagi memastikan insiden seperti itu tidak berulang, yang ia boleh dielakkan sekiranya langkah keselamatan yang baik telah dibuat terlebih dahulu.
   
Lebih baik projek itu ditangguh seketika daripada meneruskan kerja-kerja tidak selamat yang boleh membawa kepada kemalangan jiwa, katanya dalam satu kenyataan hari ini.
   
Dalam kejadian itu, sebuah kereta yang diletak di tepi jalan berhampiran projek itu remuk setelah dihempap kren kira-kira 6.17 petang.
   
Lee berkata tindakan tegas perlu diambil kepada pihak yang bertanggungjawab berhubung kejadian itu. - Bernama
Quote wanitajelita 18-8-2013 03:04 PM
aduhh kesiannya.. if jadi mcm ni boleh cover insurans ke? boleh tuntut ganti rugi kat kontraktor tak?
Quote courtney_xo 18-8-2013 03:29 PM
Ibarat ummah moden kata no pain no gain
Semoga tiada lg perkara2 sebegini berlaku..
Quote Vokuro 18-8-2013 03:31 PM
Ala ala setiap dua minggu ada kereta kena hempap train pembinaan lrt ini
Quote batmana 18-8-2013 03:32 PM
  kuat juge kete tu, aritu kren hempap kete potong terus jadi lemping..
Quote SulurBidar 18-8-2013 03:36 PM
Meh bagi aku siasat!

Kalau bagi aku lawat tapak, dlm masa 1 jam, aku boleh dapat detect salah pihak mana...


Aku yakin pasti ada yg skip lifting procedure..

Stupid!
Dumb ass!
Quote rayna_raynes 18-8-2013 03:43 PM
Tu mmg tpt letak kereta ke tepi jalan ada line kuning
Quote honda_jazz 18-8-2013 03:45 PM
saman jgn xsaman...
Quote ell768 18-8-2013 05:36 PM
Saman jer laaaa
Quote roblucci 18-8-2013 05:38 PM
kalau proton akan remuk lebih teruk bak kata @peYno
Quote tongkatwaran75 18-8-2013 05:44 PM
batmana posted on 18-8-2013 03:32 PM
kuat juge kete tu, aritu kren hempap kete potong terus jadi lemping..

korang nie agak2 la nak kutuk kete proton...
wlupun aku dh guna belasan kete...
yg mana tiada satu pun jenama proton....
tapi aku taknak bias...

kete tu tak jadi lempeng sbb...
bukan direct kena kren...
kren jatuh disambut kabel...
kendian jatuh kat kete...


Quote lee_sakura 18-8-2013 10:06 PM
ape nombr plat kete tu ye...hihiihiihihi
Quote shernazz 18-8-2013 10:09 PM
dolu lrt ni juga lah yang ade kes mati tu kan?
under SUNWAY kan?
MRT ade amek SUNWAY neh x sebagai sub kon depa?
Quote dino 18-8-2013 10:10 PM
roblucci posted on 18-8-2013 05:38 PM
kalau proton akan remuk lebih teruk bak kata @peYno

mmg leper la klau proton....
Quote dino 18-8-2013 10:11 PM
shernazz posted on 18-8-2013 10:09 PM
dolu lrt ni juga lah yang ade kes mati tu kan?
under SUNWAY kan?
MRT ade amek SUNWAY neh x sebagai ...

mrt gak nmpk proper skit..... update tu sentiasa ade kat laman web depa.... yg lrt mcm takde pun update ape2....
Quote noor2 18-8-2013 10:12 PM
dino posted on 18-8-2013 10:10 PM
mmg leper la klau proton....

tambah2 kalu viva kan

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:55 PM GMT+8 , Processed in 0.281392 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top