CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Langgarlah, Ini Kereta 'Gomen' Tau!" - Wanita Bongkak Ini Tak Bagi Masuk Lorong

17-5-2017 10:38 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 19857| Komen: 132|Original author: Oleh: Maly Rosli

Description: Amboi, makin ramai yang nak tunjuk samseng di jalanan sekarang ni. Makin teruk perangai segelintir pemandu di Malaysia tanpa mengira jantina, bangsa dan umur, semua sama 'naik'.
Amboi, makin ramai yang nak tunjuk samseng di jalanan sekarang ni. Makin teruk perangai segelintir pemandu di Malaysia tanpa mengira jantina, bangsa dan umur, semua sama 'naik'.


Seorang lelaki, Ashizi Ikram baru-baru ini memuat naik sebuah status rasa kesalnya terhadap sikap 'kurang ajar' dua wanita yang tidak semenggah di jalan raya.



"Petang tadi terjumpa dua perempuan sombong dan bongkak tak kena gaya atas jalan raya, bawa kereta kerajaan jenama Proton Perdana. 

"Bila nak masuk depan kereta, mereka tak beri laluan, malah kereta saya dihimpit-himpit supaya tidak dapat masuk.

"Jalan tiga lorong menuju dua lorong, memang kena masuk juga," tulisnya.




Bagaimanapun, yang membuatkan Ashizi 'menyirap' adalah tindakan wanita itu menangkap gambarnya sambil mengeluarkan kata-kata menyakitkan hati.

"Langgarlah, ini kereta gomen tau," katanya.


Sungguh bongkak wanita itu apabila dia sedikitpun tidak kisah apabila dikata sombong.

"Suka hati akulah. Aku ada pangkat, kau pangkat apa?" katanya.


Ashizi memilih untuk tidak 'membuka aib' wanita itu walaupun dia memiliki video bukti kesalahan jalan raya dilakukan wanita terbabit.

"Aku dah hantar gambar dia ke pihak yang sepatutnya sebab aku tiada niat nak aibkan orang. Biar dia dikenakan tindakan mengikut saluran betul," katanya.

Sementara itu, Ashizi sempat menasihati netizen supaya hidup janganlah 'menongkat langit' walaupun ada pangkat atau gaji besar. Jangan ada 'double standard' untuk hormat orang.



Dalam masa sama, netizen turut memuji tindakan Ashizi kerana tidak mendedahkan semua keburukan wanita terbabit.

"Baguslah, tak guna kita dedah kan semua keburukan orang. Nanti Allah dedahkan keburukan kita pula.

"Ingat, dunia hanya pinjaman. Biar miskin harta, jangan miskin budi bahasa. Biar buruk wajah, jangan buruk tingkah laku," komen netizen.


Foto: FB Ashizi Ikram

Betullah apa yang dikatakan Ashizi itu. Semua yang kita ada hari ini boleh 'ditarik' bila-bila masa sahaja. Tak bawa ke mana pun pangkat harta itu semua. Sama-samalah kita renungkan, ya? - CARI
26

Bagus
28

Marah
28

Terkejut
20

Sedih
39

Lawak
23

Bosan

Friends Rank (164 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote idakamaruddin 17-5-2017 10:43 AM
acik kepam gomen bertudung paritdah lettueeewww
Quote zameyla 17-5-2017 10:54 AM
eee...eksyennya...
Ada jgk org yang bangga bgtau ada pangkat2 ni ekk....
Quote seri_mawr 17-5-2017 11:08 AM
pangkat dlm keje gomen pun nak kecoh....

Quote harrypoter 17-5-2017 11:13 AM
tengok muka makcik ni pun dah tau jenis org mcmna...
Quote MarryPottet 17-5-2017 11:16 AM
tengok lengan pon dah tahu, ni mesti acik obese yg menyumbang kepada statistik putrajaya mengungguli carta bilangan acik obese teramai di msia
dahlah gundu, bermulut puaka plak tu
isteri tak menjadi siapalah agaknya ni
takziah buat suaminya
Quote cikanggun 17-5-2017 11:19 AM
seri_mawr replied at 17-5-2017 11:08 AM
pangkat dlm keje gomen pun nak kecoh....

Pangkat keje gomen ni xde laa hebat sgt kan? Pangkat jer laa gah kemain... gaji biasa2 jer... taraf senior exec private co jer...

Tp takde adab tu yg org menyampah... pangkat tu pon bkn bleh bwk mati...
Quote seri_mawr 17-5-2017 11:21 AM
cikanggun replied at 17-5-2017 11:19 AM
Pangkat keje gomen ni xde laa hebat sgt kan? Pangkat jer laa gah kemain... gaji biasa2 jer... tara ...

sbb dia berpangkat tu dia berlagak n tak beradab.....

ni nak bg tahu .........klu pangkat keje gomen tak yah nak eksen sgt....
Quote WajibulGhunah 17-5-2017 11:32 AM
Kete gomen x gomen
Kalau aku yg kena dan time tu aku bwk wira lama bapak aku yang dah sopak tu
Mmg kereta dia pun bakalan sopak sama
Langgar je pedulik apa aku
*stakat ni pnh langgar side mirror kete org yg sibok nk menyelit kt depan kete aku
Quote nisako 17-5-2017 11:36 AM
hmmmmmm byk org gila skrg ni
Quote Ayda89 17-5-2017 11:37 AM
Bagi jari tengah je tapi jangan lupa cover sikit huhu
Quote mawarmatahari 17-5-2017 11:37 AM
acik kepam gomen je pun..pangkat ape yg besar sgt tu..setakat gaji less than 10k permonth...sila meninggal..
Quote BebeQ 17-5-2017 11:39 AM
aku tunggu kenalan acik gomen ni mengaku kenalan.

nak juga tahu dari bahagian/kementerian mana.
Quote palmolive 17-5-2017 11:41 AM
kalo ada pangkat takder la bawak sendiri kereta..mesti ada driver..agak2 la
dia cakap pangkat ke pan***???
Quote Cuppy 17-5-2017 11:45 AM
seri_mawr replied at 17-5-2017 11:08 AM
pangkat dlm keje gomen pun nak kecoh....

Keje government je pon. Kalau keje bagus, takpelah. Kecoh....   
Quote CrowneGlory 17-5-2017 11:45 AM
walau samar2 ttp nmpk betapa gemuknya mereka menambah statistik org putrajaya gemuk2
Quote EncikRhoma 17-5-2017 11:52 AM
kata buang masa cerita pasal orang lain tapi tulis jugak. Irony sangat. Netizen pun gigih melayan status2 delusional merempan macam ni. Lepas tu hujung-hujung cerita dia macam lain
Quote vanillaninja 17-5-2017 11:57 AM
Pangkat apa tinggi sangat tu acik?
Quote Artemesiaa 17-5-2017 12:03 PM
Kecoh le pasal pangkat bagai nak tgakut2 kan orang.  Bab pangkat ni hanya diguna pakai bila dalam pejabat atau time business meeting je.  Bab masa lain sama je tarafnya macam orang lain.
Quote ffbeauties 17-5-2017 12:09 PM
Aku memang da lama menyampah dengan pokcit buncit dan acik kepam gomen. Ada pangkat walau setitik dr gred 22 pon rasa bangga diri dah.
Tu la makan banyak sgt duit haram.
Time keje ngular, cukup bulan telan gaji haram.

Lihat semua komen(132)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:16 PM GMT+8 , Processed in 0.059248 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top