CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rakaman Hantu Duduk Bersila Di Bukit Tunku, Mendapat Liputan Media UK

16-5-2017 05:31 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 15305| Komen: 69

Description: Kejadian seram itu berlaku ketika kereta melalui selekoh itu, entiti berkenaan dilihat dengan jelas sedang menyilangkan kaki seperti kedudukan bersila sehingga membuatkan pemandu dan penumpang kereta ...
Kejadian terserempak hantu atau lembaga putih yang melayang di udara di beberapa lebuhraya khususnya di Lebuhraya Karak sememangnya pengalaman yang biasa dihadapi  buat mereka yang biasa melalui kawasan tersebut pada waktu tengah malam.


Terbaru, bertempat di kawasan berhampiran Taman Tasik Perdana dan Bukit Tunku, Kuala Lumpur, satu entiti paranormal kelihatan sedang duduk di tengah jalan raya berjaya dirakam oleh kamera papan pemuka pada waktu malam. 

Memetik laporan Mstar, kejadian seram itu berlaku ketika kereta melalui selekoh itu, entiti berkenaan dilihat dengan jelas sedang menyilangkan kaki seperti kedudukan bersila sehingga membuatkan pemandu dan penumpang kereta terbabit menjadi panik.

Memetik kenyataan Aswan Yap di laman Facebooknya berkata, ketika kejadian, dia dan rakannya dalam keadaan panik dan cuba hentikan kereta, tetapi semua lampu amaran menyala dan kamera litar tertutup yang dipasang di depan kereta mula menunjukkan masalah.

"Jika anda mengatakan yang di atas jalan itu adalah kucing atau sampah atau apa sahaja, saya benar-benar berharap anda tidak memiliki lesen kereta."

Sementara itu, portal berita popular di United Kingdom, Mirror tidak ketinggalan melaporkan mengenai kejadian menyeramkan itu.

Lapor Mirror, pemandu tersebut segera memberhentikan kereta dan berkata kejadian itu sungguh menyeramkan.

Kemudian, penumpang kereta tersebut juga kedengaran mengiyakan kata-kata pemandu itu.

Tanpa berfikir panjang, Aswan mengundurkan kereta untuk melarikan diri daripada entiti yang disangka hantu itu.

Setakat pukul 4 petang tadi, rakaman tersebut sejak dikongsi di laman Youtube sudah ditonton sebanyak 363,449 kali sejak dimuat naik pada 7 Mei lalu.- CARI

15

Bagus
8

Marah
6

Terkejut
12

Sedih
9

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (64 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Caranthir 8-5-2017 03:46 PM
Dah agak dah mesti masuk sini nyer... laju je portal viral cedok..
Quote harrypoter 8-5-2017 03:51 PM
betulke hantu?
video takleh buka lak kat opis ni
Quote Penglipurtales 8-5-2017 03:51 PM
Haha.. video nmpk hantu pendek.je. pastu yg lain lain tu ape?
Quote myakayina 8-5-2017 04:07 PM
org tu..tunggu masa nak rompak kot..
Quote Felycya 8-5-2017 04:28 PM
myakayina replied at 8-5-2017 03:07 PM
org tu..tunggu masa nak rompak kot..

Kalau betul lh orang kn..
Buatnye orang bawak keta laju xsempat nk brek terus langgar...
Dia pulak yg jadi hantu bergentayangan kt situ...
Nk sangat jadi hantu kn.  
Quote myakayina 8-5-2017 04:40 PM
Felycya replied at 8-5-2017 04:28 PM
Kalau betul lh orang kn..
Buatnye orang bawak keta laju xsempat nk brek terus langgar...
Dia pul ...

kann..gigih nau nak merompak..hamek ko..  tapi tula..elok pulak dia diam je kat tengah jalan tu kan.. ke org gila lari rumah..
Quote Felycya 8-5-2017 05:03 PM
myakayina replied at 8-5-2017 03:40 PM
kann..gigih nau nak merompak..hamek ko..  tapi tula..elok pulak dia diam je kat tengah jalan  ...

Ada kemungkinan jugak tu...
Quote kronix 8-5-2017 05:09 PM
Merompak tu. Xde nye hantu nak duduk bawah   lampu. nak duduk dalam gelap x berani, nanti orang x nampak terus kena sondol
Quote myakayina 8-5-2017 05:10 PM
harrypoter replied at 8-5-2017 03:51 PM
betulke hantu?
video takleh buka lak kat opis ni

takyah tengok la dik harry..pendek je durasi yg ada hantu..tu pun ntah ye ntah betul hantu..
Quote EvieWanKenobi 8-5-2017 05:21 PM
cam tak betul je..
Quote WhiskeyScotch 8-5-2017 05:23 PM
Laaa kenapa reverse.? Sepatutnya terus je la. Nak tengok muka hantu yang duduk tu. Tak bestlah macam ni. Patut terus je tak yah reverse kereta tu.
Quote awaynepian 8-5-2017 06:15 PM
WhiskeyScotch replied at 8-5-2017 05:23 PM
Laaa kenapa reverse.? Sepatutnya terus je la. Nak tengok muka hantu yang duduk tu. Tak bestlah macam ...

Dia reverse sbb dah cuak kot..mesti dlm kepala..alamak hantu
Quote lindarafee 8-5-2017 08:57 PM
pernah lalu jalan ni malam jumaat. memang seram
Quote batman_2007 8-5-2017 10:08 PM
Jalan sini mmg seram selalu..
Quote WhiskeyScotch 8-5-2017 10:46 PM
awaynepian replied at 8-5-2017 10:15 AM
Dia reverse sbb dah cuak kot..mesti dlm kepala..alamak hantu

Tula I sangat kecewa bila dia reverse kereta tu. I harap akan ada penampakan yang jelas kalau dia pilih untuk jalan terus. I tengok sampai habis video tu dgn harapan hantu tersebut kejar kereta tu waktu tengah reverse. Baru thrill kan? Setakat penampakan tak sampai seminit kecewa tau.
Quote zztop63 8-5-2017 11:38 PM
prank je tu...
Quote noraidil_06 9-5-2017 12:55 AM
weh minit ke brp? x nmpk apa2 pun
Quote noraidil_06 9-5-2017 12:57 AM
where got hantu? 4-5 kalu dh ulang ni
Quote Teemah88 9-5-2017 07:12 AM
Edited by Teemah88 at 9-5-2017 07:22 AM
noraidil_06 replied at 9-5-2017 12:57 AM
where got hantu? 4-5 kalu dh ulang ni


Minit 0.10-0.12, sebelum dia reverse balik

Lihat semua komen(69)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:23 AM GMT+8 , Processed in 0.082430 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top