CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tun M: Peningkatan Kes Bunuh Harga Bagi Kebebasan

16-8-2013 10:29 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10305| Komen: 103




KUALA LUMPUR - Pembunuhan di jalanan menggunakan senjata api yang meningkat kebelakangan ini adalah harga bagi kebebasan yang perlu dibayar oleh setiap warganegara, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata dalam suasana lebih liberal sekarang, sukar bagi pihak berkuasa untuk mengatasi keganasan seperti itu dan mereka hanya boleh mengambil tindakan setelah ia berlaku.

"Rakyat Malaysia amat baik dan mereka tidak suka membunuh satu sama lain...kecuali sekarang apabila pembunuhan agak lebih kerap berlaku setiap hari, ada orang yang kena tembak...itulah harga bagi kebebasan," katanya.

Sejak April hingga bulan lepas, 23 kes tembakan di jalanan dilaporkan berlaku di seluruh negara, termasuk yang melibatkan individu berprofil tinggi.

Dr Mahathir berkata demikian kepada pemberita selepas berucap pada Perhimpunan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Membantu Palestin di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

Perhimpunan itu disertai sembilan NGO - Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPF), Aman Malaysia, Aqsa Syarif, Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia, Islamic Relief, Kelab Putera 1Malaysia, Mercy Malaysia, Malaysian Relief Agency dan Viva Palestina.

Dr Mahathir adalah presiden PGPF. - Bernama


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pakwetizzaqyah 16-8-2013 09:23 AM
apa yang TUN cakap tu betol...zaman dia dulu mana ada tembak2... yang ada kes ADUN kena kerat dah tu tanam..dan itu pun satu kes saje
Quote shi_jewel 16-8-2013 09:25 AM
ade baiknya diwujudkan ISA balik...supaya semua rakyat tidak bertindak sesuka hati...
Quote DTECCONAN 16-8-2013 09:26 AM
pakwetizzaqyah posted on 16-8-2013 09:23 AM
apa yang TUN cakap tu betol...zaman dia dulu mana ada tembak2... yang ada kes ADUN kena kerat dah tu ...

ada la, yg kes Adun MIC Lunas kena tembak
Quote pakwetizzaqyah 16-8-2013 09:29 AM
shi_jewel posted on 16-8-2013 09:25 AM
ade baiknya diwujudkan ISA balik...supaya semua rakyat tidak bertindak sesuka hati...

hahahahahaha..ini yang lawak.... yang meliwat pun kena ISA... yang menggayah pun kena ISA... yang mnculik kena ISA... yang bawak dadah pun kena ISA...yang membunuh merogol pun ISA.... Akta Kanun Keseksaan campak keluar... Akta Penculikan campak keluar.. Akta Dadah Berbahaya campak keluar...

sah2 kene tipu ngn TUN keleng.. kah kah kah
Quote bit 16-8-2013 09:32 AM
Raya- raya ni pergi melawat kawan-kawan, ada yg kerja polis, tanya diorang kenapa banyak kes tembak, dia jawab dari dulu pun banyak jugak, cuma tak di'highlight' dalam paper jer.

Macam kes buang bayi jugak, hari-hari pun banyak tapi tak banyak yg masuk paper.
Quote Pikir 16-8-2013 09:35 AM
apa kaitan antara kebebasan dengan peningkatan bunuh?
negara ada undang2, bukannya sesuka hati jer boleh bunuh orang


bila la hang ni nak bijak sikit konan?

undang2 xleh bawak lebih 110km/h kt hiway ada 100% org ikut? Pa kata mansuh semua hadlaju dimsia...bebas nak bwk 500km/j kaw sekolah ka, selekoh ka...ikut suka kepala bana depa..

Penyangak yg dibebas dibwh EO yg dimansuhkan tu hang ingat depa balik kampung jadi imam, toksiak, jadi paderi, jadi toksami ka? Tu la turf war...
Last edited by Pikir on 16-8-2013 09:39 AM

Quote gaara_X 16-8-2013 09:42 AM
tak kena batang idung sendiri sedap aar cakap wei.......cam undang-undang tu ko je yang bagus.....hehehehee
Quote mohdcrow 16-8-2013 09:44 AM
baru aku tau isa tu utk jenayah tembak menembak
Quote Santeira 16-8-2013 09:46 AM
is tun m implying that if we don't have freedom, there will be no street shooting cases in malaysia now?
Quote nazadiyah 16-8-2013 09:47 AM
penjenayah kat simpang renggam semua di bebaskan...raya la puak2 ne everuday is happy trigger now
Quote kakikuDibibirmu 16-8-2013 09:48 AM
konar baring












Quote brownstone 16-8-2013 09:49 AM
Peningkatan harga kereta adlh harga yg perlu dibayar rakyat marhaen utk kebanggaan Mahathir ada projek kereta nasional...  
Quote NIXAR 16-8-2013 09:49 AM
terlebih makan ketupat ler ni....ckp pun merapu
Quote ilya 16-8-2013 10:00 AM
Ko yg bawak masuk Rakyat Negara lain ke Malaysia, pastu ko nak banyak bunyi.
Kau yang bukak jalan, mereka hidup tak segan mati tak mau-mau dalam Malaysiaku yang tercinta ni wahai si Tua..
Quote freebird 16-8-2013 10:25 AM
apa ke*ling kerala nyanyok ni melalut ni?
kat india pun banyak crime ke?
Quote Bedah.Cun 16-8-2013 10:28 AM
Tangkap anak2 die dulu sumbat dalam ISA duk bergayah sana sini
Quote mute 16-8-2013 10:32 AM
ape lak kaitan kebebasan ngn pembunuhan ni...
Quote Nash^Roy 16-8-2013 10:40 AM
gaya tun lam gmbr tu cam gaya stephen hawking .. gaya je la
Quote Bell 16-8-2013 10:56 AM
shi_jewel posted on 16-8-2013 09:25 AM
ade baiknya diwujudkan ISA balik...supaya semua rakyat tidak bertindak sesuka hati...

ISA sudah diganti dgn SOSMA.

Kes tembak2 menembak bertimpa-timpa nie sejak Ordinan Darurat (EO) dimansuhkan. So, elok restore EO balik.

Lihat semua komen(103)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 12:53 AM GMT+8 , Processed in 0.036530 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top