CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gantung Seumur Hidup Buat Pegawai & Pemain Bola Sepak Terlibat Rasuah- TMJ

9-4-2017 09:15 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 2888| Komen: 11

Description: Digantung seumur hidup daripada sebarang aktiviti sukan itu ke atas mana-mana pemain dan pegawai bola sepak yang didapati terlibat dalam mengatur keputusan perlawanan atau sebarang bentuk kelakuan yan ...
Digantung seumur hidup daripada sebarang aktiviti sukan itu ke atas mana-mana pemain dan pegawai bola sepak yang didapati terlibat dalam mengatur keputusan perlawanan atau sebarang bentuk kelakuan yang berunsur rasuah.


Demikian yang dinyatakan oleh Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Tunku Ismail Sultan Ibrahim selepas mempengerusikan mesyuarat Exco FAM yang pertama sejak jawatankuasa bagi penggal 2017-2021 di Kota Kinabalu kelmarin.

Memetik laporan mstar,Tunku Ismail menjelaskan keputusan itu adalah antara sasaran baru Exco FAM untuk menangani gejala rasuah yang semakin menular dalam bola sepak negara.

"Kami (FAM) akan melakukan yang terbaik dengan pihak berkuasa, sama ada polis atau SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) untuk menangani masalah keganasan, mengatur perlawanan dan sebagainya.

"Buat masa ini, jawatankuasa disiplin, jawatankuasa integriti dan semua lembaga disiplin perlu lebih tegas kerana saya tidak berkompromi apabila membabitkan rasuah," katanya.


SPRM juga akan diberi akses sepenuhnya untuk menyiasat secara menyeluruh ke atas semua persatuan bola sepak negeri dan kelab serta badan induk itu sendiri, bagi membantu FAM menangani rasuah bola sepak, tambah TMJ itu.

Manakala penyokong pasukan yang terlibat dalam keganasan sewaktu perlawanan akan juga mengakibatkan pasukan mereka dipotong mata, berbanding hukuman denda kerana gagal mengawal penyokong mereka. -CARI

sumber foto: http://antarapos.com/


5

Bagus
31

Marah
14

Terkejut
17

Sedih
23

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (104 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote samasam90 9-4-2017 10:46 AM
ganas sungguh tmj. tapi pastikan walk the talk yach. jangan cuma hanya angin lalu.
Quote cheergirlz 9-4-2017 11:09 AM
buat jgn x buat....
Quote zorrro_03 9-4-2017 11:12 AM
ye...  bagus sangat2.  anjing kalau sekali makan taik.  lain kali dia makan lagi.  so ada baiknya jgn bagi anjing rasuah ni main.  
Quote seeriesagain 9-4-2017 11:35 AM
Wow... good move
Quote alieyrina 9-4-2017 01:48 PM
Ok..nk tgk pelaksanaan..cepat sikit !
Quote batmana 9-4-2017 02:22 PM
klu gantung smpai mati pun bagus juga.
Quote purpleblast 9-4-2017 06:40 PM
Bafus tegas sikit
Quote Wanieesyah 9-4-2017 09:27 PM
Bagus...padan muka.
Quote mirandanicky1 10-4-2017 08:43 AM
Keep up the good job tmj. Bagus.
Quote NekNgah 10-4-2017 01:50 PM
semoga dapat membersihkan sukan bolasepak Malaysia
Quote pichee 10-4-2017 01:57 PM
tmj kne paham...

tme zaman die je gaji pemain bola naik rmi investor nk invest dlm game...

dlu2..gaji player xde pn lebih rm5k...so mmg rmi je yg merasuah..atur game sume...

klu nk pelaksanaan tu..make sure dari akar umbi..bkn setakat pemain n pegawai je...tp ni bkn sng...myb slow2 la...

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 01:47 AM GMT+8 , Processed in 0.055097 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top