CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mas Yakin Kembali Untung

16-8-2013 09:58 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4214| Komen: 31


Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala awal minggu ini bahawa kerajaan patut keluar dari industri penerbangan dengan menjual Malaysian Airline System Bhd (MAS) mengundang reaksi daripada pelbagai pihak.

Malah, sehari selepas kenyataan itu dikeluarkan, harga saham MAS mencatatkan kenaikan 7.9 peratus kepada 34 sen dan menjadi saham paling aktif diniagakan di Bursa Malaysia, menunjukkan prospek penjualan MAS memberi kesan ketara kepada saham syarikat penerbangan itu.

Walaupun Idris kemudiannya mengesahkan kerajaan tidak mempunyai sebarang rancangan untuk menjual MAS pada masa ini, isu itu sebenarnya tidak pernah lari daripada perbincangan dalam dunia penerbangan negara dan kini, hal itu sekali lagi dibicarakan secara terbuka.

Bagi pengurusan MAS, matlamat mereka hanya satu, iaitu mengekalkan perolehan dan prestasi selain memastikan syarikat penerbangan itu terus dapat bersaing tanpa mahu terlalu memfokuskan kepada isu sama ada syarikat itu akan dijual atau sebaliknya.

Pengarah Komersial MAS, Dr Hugh Dunleavy berkata, MAS yakin untuk merekodkan prestasi separuh kedua yang lebih kukuh tahun ini sekali gus mencatatkan keuntungan menjelang hujung tahun depan.

Menurutnya, syarikat itu mempunyai pelan pemulihan tersendiri dalam menghadapi kejatuhan prestasi kewangan pada suku pertama dan kedua tahun ini.

Beliau berkata, MAS memilih untuk terus bersaing dalam industri itu dengan pelaksanaan usaha berterusan di setiap rantau dan pasaran supaya sasaran keuntungan akan dapat dicapai seperti yang dirancang.

“Untuk membangun dan mengekalkan prestasi sesebuah syarikat bukan mudah kerana perlu mengambil masa dan usaha yang berterusan.

“Apa yang akan kami lakukan ketika ini adalah bersedia berdepan cabaran dalam industri penerbangan, melaksanakan model perniagaan untuk realiti pasaran baru dan meletakkan mekanisme kawalan untuk pasaran serta perolehan yang lebih mampan, sesuai untuk jangka masa panjang syarikat, kakitangan serta pemegang saham,” katanya dalam pertemuan dengan Sinar Harian, semalam.

Dunleavy berkata, realiti pasaran baru adalah persaingan semakin meningkat dalam industri itu di mana 14,000 pesawat baru dijangka memasuki pasaran Asia Tenggara dalam tempoh 20 tahun akan datang, menjadikan tempoh itu sebagai pertumbuhan paling pesat di dunia untuk pengangkutan udara.

Dunleavy juga menepis dakwaan sesetengah pihak bahawa MAS tidak mampu bertahan tanpa bantuan kerajaan dan menegaskan syarikat itu mempunyai pelan perniagaan tersendiri.

“Kami telah melihat pertumbuhan yang cepat bagi mencapai sasaran keuntungan menjelang tahun depan.

“Dengan pertumbuhan trafik 10 peratus tahun ke tahun dalam 20 tahun akan datang, MAS akan menjadi syarikat penerbangan empat kali lebih baik daripada sekarang.

"Jadi, sama ada MAS dijual atau diswastakan, itu tidak akan mengubah pelan perniagaan syarikat,” katanya.

MAS mencatatkan kerugian terbesar dalam sejarah 40 tahun syarikat itu, iaitu sebanyak RM2.52 bilion pada 2011 akibat kenaikan kos operasi. Kerugian itu menyebabkan Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya mengisytiharkan syarikat itu berdepan dengan krisis, memaksa MAS melaksanakan pelan pemulihan perniagaan.

6

Bagus
4

Marah
4

Terkejut
4

Sedih
3

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (27 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote azlinahmad 16-8-2013 10:18 AM
asyik rugi jeee...mmmmm
Quote namirulmukminin 16-8-2013 10:24 AM
Kahkahkahkah... Tengok tajuk takleh blah..
Quote Simunggu 16-8-2013 10:28 AM
skg ini aku lebih suka terbang guna MAS dari airasia atau Malindo...Mas the best dari segi service dan harga, kena tahu bila masa sesuai beli tiket ...saya rasa ramai setuju dgn saya...
Quote Al-Patih 17-8-2013 06:01 AM
Bagi pengurusan MAS, matlamat mereka hanya satu, iaitu mengekalkan perolehan dan prestasi selain memastikan syarikat penerbangan itu terus dapat bersaing tanpa mahu terlalu memfokuskan kepada isu sama ada syarikat itu akan dijual atau sebaliknya.


persaingan antara pikahak pengerusan ke ...atau ...perniagaan
Quote abby_R 17-8-2013 07:26 AM
Simunggu posted on 16-8-2013 10:28 AM
skg ini aku lebih suka terbang guna MAS dari airasia atau Malindo...Mas the best dari segi service d ...


skng psaingan semakin sengit sbb dh ade malindo..
mas pun dah byk buat promo turun harga ..
aku beli tiket pg blk kch rm76 jek
Quote taikor 17-8-2013 08:57 AM
Simunggu posted on 16-8-2013 10:28 AM
skg ini aku lebih suka terbang guna MAS dari airasia atau Malindo...Mas the best dari segi service d ...
saya rasa ramai setuju dgn saya...


Saya rasa ramai tahu kamu ni macai
Quote sahamboi 17-8-2013 08:58 AM
Kapal terbang masuk malaysia tak banyak compare dengan jiran spt singapura...

http://www.flightradar24.com/2.99,101.79/7
Quote Decaffeinated 17-8-2013 09:00 AM
namirulmukminin posted on 16-8-2013 10:24 AM
Kahkahkahkah... Tengok tajuk takleh blah..

tunggu @pyropura highlightkan perkataan akan, diperkira, direncana, mudah2an wa ka ka...

oops... tp ini bukan Garuda



Quote PEPPERMAN 17-8-2013 09:43 AM
"Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata, MAS bukan sahaja harta bernilai milik negara malah merupakan maruah negara yang perlu dipertahankan."

Quote rengginang 17-8-2013 05:08 PM
...
Pengarah Komersial MAS, Dr Hugh Dunleavy berkata, MAS yakin untuk merekodkan prestasi separuh kedua yang lebih kukuh tahun ini sekali gus mencatatkan keuntungan menjelang hujung tahun depan.

Menurutnya, syarikat itu mempunyai pelan pemulihan tersendiri dalam menghadapi kejatuhan prestasi kewangan pada suku pertama dan kedua tahun ini.

Beliau berkata, MAS memilih untuk terus bersaing dalam industri itu dengan pelaksanaan usaha berterusan di setiap rantau dan pasaran supaya sasaran keuntungan akan dapat dicapai seperti yang dirancang.

“Untuk membangun dan mengekalkan prestasi sesebuah syarikat bukan mudah kerana perlu mengambil masa dan usaha yang berterusan.

“Apa yang akan kami lakukan ketika ini adalah bersedia berdepan cabaran dalam industri penerbangan, melaksanakan model perniagaan untuk realiti pasaran baru dan meletakkan mekanisme kawalan untuk pasaran serta perolehan yang lebih mampan, sesuai untuk jangka masa panjang syarikat, kakitangan serta pemegang saham,” katanya dalam pertemuan dengan Sinar Harian, semalam.

“Dengan pertumbuhan trafik 10 peratus tahun ke tahun dalam 20 tahun akan datang, MAS akan menjadi syarikat penerbangan empat kali lebih baik daripada sekarang.

dh cam nyawa2 ikan dh MAS ni   Last edited by rengginang on 17-8-2013 05:10 PM

Quote baby_pingu 17-8-2013 05:11 PM
Simunggu posted on 16-8-2013 10:28 AM
skg ini aku lebih suka terbang guna MAS dari airasia atau Malindo...Mas the best dari segi service d ...

aku takleh nak compare ngan malindo sbb tak pernah naik lagik..

tapi kalo compare ngan AA, naik MAS mmg selesa byk la..
price tag kalau dpt promotional rate, lebih kurang jer ngan AA..kadang2 murah lagik
Quote apam 17-8-2013 07:05 PM
kalau ikut akal kepala haloba koporat segala mak nenek reta negara mau dilelongnya.......
Quote freebird 17-8-2013 07:57 PM
MAS.....dulu syarikat kebanggaan malaysia...
lepas tu, zaman mamak kerala, bagi kat kroni...
tu yang rugi besar memanjang....keling paria sialan!!!
Quote PITTSBURGH 17-8-2013 08:03 PM
mas ni fokus kat training staff terlebih2
terlalu mengejar excellence in sevice

mmg flight attendant dia lemah lembut orang nya dan bg layanan kelas a+
klu compare dgn American Airlines ke Delata Airlines ke MAS much much better lah layanan cabin crewnye
Quote pandikar 17-8-2013 08:05 PM
MAS yakin kembali untung samalah dengan:

"Liverpool yakin juarai EPL musim ini."

2-2 hampir 'mustahil'.

Quote syaiful 17-8-2013 09:33 PM
aku pun sekarang selalu travel guna MAS dari JB-KL-JB
baru 50 sehala... tapi kena rajin book online ler... test bila boleh dapat rege murah tu..
berbaloi lah, dengan banyak pilihan waktu penerbangan dan masa penerbangan yang realistik

AA kalau nak murah, nak kena naik flight yang pagi sangat dan malam sangat dan waktu tak puncak

Servis pun MAS memang bagus compared to AA, sebab depa tolerance on cabin bag weight dan check in lewat..
Kesimpulannya, at the competitive price of both (lebih kurang sama) - of course I will choose MAS
Quote Simunggu 19-8-2013 08:06 AM
taikor posted on 17-8-2013 08:57 AM
Saya rasa ramai tahu kamu ni macai

apa kena mengena macai dgn MAS/AA/Malindo...bangang punya manusia????
Quote Simunggu 19-8-2013 08:08 AM
abby_R posted on 17-8-2013 07:26 AM
skng psaingan semakin sengit sbb dh ade malindo..
mas pun dah byk buat promo turun harga ..
ak ...

Utk MAS max luggage pun naik 30kg dah...
Quote Simunggu 19-8-2013 08:17 AM
Insyallah...kena usaha lebih....siapa kata tak boleh...sekarang ini pun ramai dah kenbali guna MAS...sbb service dan harganya jauh lebih berbaloi dari AA & Malindo.

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 06:12 AM GMT+8 , Processed in 0.044665 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top