CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pakej Perkahwinan Paling Murah Tapi Eksklusif, Cuma RM7,000 'All In'

1-4-2017 03:03 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 10325| Komen: 92

Description: Seramai dua puluh tiga pasang pengantin selamat diijab kabul dalam sebuah majlis perkahwinan beramai-ramai 'Mega Wedding' di masjid Putra, Putrajaya hari ini.


Seramai dua puluh tiga pasang pengantin selamat diijab kabul dalam sebuah majlis perkahwinan beramai-ramai 'Mega Wedding' di masjid Putra, Putrajaya hari ini.

Memetik laporan Harian Metro, ia merupakan program anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Qistina Avenue Event Management Sdn Bhd dan Mahligai Impian Wedding and Events.

Untuk rekod, ia merupakan kali kedua dianjurkan selepas kejayaan pada penganjuran kali pertamanya pada Oktober tahun lalu.

Menariknya, setiap pasangan hanya dikenakan caj RM7,000 sahaja untuk pakej perkahwinan yang meliputi pelbagai perkara seperti makanan, fotografi pelamin, pakej Cruise Tasik Putrajaya, kad kahwin dan penginapan di Hotel Shangri-La Putrajaya.

"Pasangan yang dinikahkan berusia antara 19 hingga 40 tahun. Program kemudian akan di Marina Putrajaya dengan konsep persandingan bertemakan Perkahwinan Taman di Tepi Tasik,"
ujar wakil Mahligai Impian Wedding and Events, Noor Mazidah Abd Majid. - CARI



Foto: FB Mega Wedding

8

Bagus
10

Marah
10

Terkejut
9

Sedih
12

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (53 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote FanTasyCreaTioN 1-4-2017 03:08 PM
Agak mahal

Quote spankee_fili 1-4-2017 03:10 PM
berapa max jemputan?
sonoknya kawen ramai2 ni..
macam pesta..
Quote mbhcsf 1-4-2017 03:26 PM
Oh tahniah. ni rasanya dapat menjawab kemusykilan padavmereka ygbmencarinpakej walimah yg sederhana. Syabas pihak jawi.
Quote teha86 1-4-2017 03:27 PM
bagus buat pakej mcm ni...tapi rm7k tu macam agak mahal gak erk.. ape2 pun tahniah buat pasangan pengantin
Quote munchkin 1-4-2017 03:46 PM
Oklah tu dah ada fotografi makan penginapan kat shangrila cruise bagai.
Quote OrenTheReturn 1-4-2017 03:54 PM
Mahal 7ribu bagi aku, setakat akad nikah pakai baju raya yg lama2 pun dah ok, jemput 10 ke 20 org sudah yg mmg betul2 rapat saja, makan kat rmh atau restaurant masakan kampong2, tak pun upah jiran tolong msk lauk dua tiga jenis dah, klu nak berpelamin letak kusi makan dua sebelah2 tangkap lah gambar puas2. Ada ke org berani buat gini, melayu punya motto biar papa asal bergaya mana blh kan.
Quote krustykrab 1-4-2017 04:44 PM
OrenTheReturn replied at 1-4-2017 03:54 PM
Mahal 7ribu bagi aku, setakat akad nikah pakai baju raya yg lama2 pun dah ok, jemput 10 ke 20 org su ...

Tu lah kn, kalau 7 ribu tu mahal tu, baik bersederhana mcm yg ko ckp tu...buat pe nak membazir duit kalau dh tau x mampu...
Duit tu mcm2 blh buat lps dh settle nikah...
Quote Sayaaa 1-4-2017 04:45 PM
ok la tu dgn apa yg ditawarkan. worth it
Quote InVendeTTa 1-4-2017 04:47 PM
okay la tu.7k masuk paper uolls.. gegurl masakini pakej tiptop video segala verangan konom ade liputan nak masuk nona sperti kalangan vip pdahal pakai duit pencen epf mk bapak.
Quote CardiGans85 1-4-2017 05:23 PM
7k tu byk juga.
Quote she 1-4-2017 05:42 PM
7k mahal jugak tuh

Kalau niat nk sederhana...sewa baju butik sepasang rm500...pelamin minimalist rm700...mekap rm300...fotog rm1000 tuk satu sesi...makan2 tuk family sedara katering 200 pax rm1200

7k tu mahal lah pd macik pastu xde privacy plak nk santai2 dgn adik badik..tp lain org lain caranya
Quote merrissa 1-4-2017 07:47 PM
ala kat perak jaip buat rm500 je kot. (x sure harga still sama ke idak).....kenduri sekali......cume xde la pkaj hotel bagai

tapi dah tau bayaq rm500 jer...ader gak yg melalak ank sedara x cukop makan....

manaaa takkk nyaa...bayaq rm500 tapiiiii bawak keluarga satu bass....agak2 ar
Quote missinpiece 1-4-2017 08:03 PM
Ok la bajet camtu. Ikut kemampuan memasingla.
Quote gigahertz 1-4-2017 08:06 PM
FanTasyCreaTioN replied at 1-4-2017 07:08 AM
Agak mahal

nak tahu mahal ke tidak . harga rm7k tu bhagi dengan katering photograhy etc etc.kalau ada 7 item which mean each rm1000 ce tanya kat luar photography kualiti macam ni rm1000 boleh? katering macam ni rm1000 ada? kalau 6/10 item tadi boleh dapat di luar dengan bajet rm1000 mmg sah la mahal. tapi kalau 6/10 kata takde. tu di konsider murah.
Quote ~boolean 1-4-2017 08:12 PM
Aku rasa agak berbaloi sampai penginapan pun termasuk sekali. 7k untuk zaman ni agak berpatutan dengan segala yang mereka dapat.
Quote OrenTheReturn 1-4-2017 08:29 PM
krustykrab replied at 1-4-2017 04:44 PM
Tu lah kn, kalau 7 ribu tu mahal tu, baik bersederhana mcm yg ko ckp tu...buat pe nak membazir dui ...

Khenn, mmg mahal, aku kawin murah je dulu cuma buat baju jah, lain semua takde guests pun takde langsung, mcm perkahwinan holliwood giteww pengantins dgn priest jah lol
Quote insulin 1-4-2017 08:32 PM
Beruntunglah dapat kahwin. 7k ni kira ok sangat.
Quote aku.semut.merah 1-4-2017 10:19 PM
Murah la sangat. Yg bingai je akan beranggapan murah. Tak sedar la tu dalam diam pihak yg menganjurkan tu ambik kesempatan. 20 pasangan dah jadi rm140 ribu. Lolllll
Quote CiliPadiSedap 2-4-2017 03:50 AM
Housemate kaka dulu kawin instant murahje.. pintu bilik di ketuk.. pegawai agama jemput dia nikah kt majlis pejabat agama.. terharu kaka.. masuk paper lagi.. semua di tanggung..  kebetulan ramadhan.. jd xde jamuan juadah.. saving sgt.. housemate kaka tentu x sangka kaka jebon yang report..

Lihat semua komen(92)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:37 PM GMT+8 , Processed in 0.056411 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top