CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Jangan Pandang Mata Dia!" - Ibu Hampir Dipukau, Bayi Nyaris Diculik

14-3-2017 10:30 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8070| Komen: 35|Original author: Oleh: Maly Rosli

Description: Penjenayah hari ini semakin 'handal bermain' ilmu pukau untuk mencuri dan menculik. Baru-baru ini, seorang ibu menerusi akaun Facebook Info Ibu Hamil berkongsi pengalamannya yang hampir dipukau dan ba ...
Penjenayah hari ini semakin 'handal bermain' ilmu pukau untuk mencuri dan menculik. Baru-baru ini, seorang ibu menerusi akaun Facebook Info Ibu Hamil berkongsi pengalamannya yang hampir dipukau dan bayinya nyaris diculik.




Menurut cerita mangsa, dia akan meletakkan anaknya yang berusia sembilan bulan di dalam kerusi bayi setiap kali ke kedai makan. 

Namun, pada hari itu seorang wanita berbangsa Cina dalam lingkungan usia 50-an tiba-tiba mendekati anak mangsa seolah-olah mahu mendukungnya.

"Ini anak you ka? Manyak cantik ooo," katanya.

Bagaimanapun, mangsa sempat menarik anaknya tanpa memandang ke arah mata wanita berkenaan kerana bimbang dipukau.


Enggan berputus asa, wanita Cina itu tekad mendapatkan mangsa lain dan cuba melakukan perkara sama dengan cuba mendekati bayi lain yang berada di kedai makan tersebut.

"Jangan pandang mata dia!" jerit mangsa tanpa  mempedulikan tanggapan orang ramai.

"Masa tu semua pandang saya, ada yang berterima kasih dan ada yang ingat saya sengaja nak malukan makcik tu.

"Saya hanya nak selamatkan bayi orang lain dari diculik," jelasnya.



Dalam pada itu, mangsa sempat menasihati ibu bapa lain agar sentiasa berhati-hati dan pantau anak mereka walau di mana sahaja.

Perkongsian itu mendapat perhatian netizen yang turut menasihati orang lain agar sentiasa berwaspada.

"Dari kaca mata sendiri, nampak para ibu bapa kebanyakannya terlalu leka dengan gajet sehingga tidak peka dengan keadaan sekeliling terutama anak-anak," komen netizen.


Foto: FB Info Ibu Hamil

Semoga perkongsian ini menjadi pengajaran dan peringatan buat semua ibu bapa di luar sana. - CARI 
4

Bagus
6

Marah
6

Terkejut
5

Sedih
12

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (46 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote inayatie4 14-3-2017 10:52 AM
Wow! Baru 19 Tahun Laki laki ini Dah Ada Empat Bini
http://www.lintas6.com/2017/01/w ... ada-empat-bini.html

Anak ini sepak ibu sebab tak dapat main telefon bimbit,Lihat apa yang terjadi
http://www.lintas6.com/2017/01/d ... ebab-tak-dapat.html
Quote CiliPadiSedap 14-3-2017 11:21 AM
kalau mata pakai contact lens pandang je mata nyonya tu.. apa nak takut..
Quote idakamaruddin 14-3-2017 11:57 AM
cite kaka hasanah ke btl2 ni

baby 9 bln sebaya baby iolss..tp iols mmg xbg sape yg x kenal nk cuba2 dukung baby iols..tegur2 xpe lg..
Quote chinta89 14-3-2017 12:17 PM
mne tau dia nk culik? entah2 dia sakit kot,... rindu anak ke cucu ke.. pahtu duk cuit semua baby2 sekitar tu..


ke dh ade kes mcm ni, amoi cuit2 baby terus hilang ingatan dipukau? sekadar bertanya. kang ade yg hencap ak ckp ak kua gua plk.
Quote afie_m 14-3-2017 12:48 PM
apa2 pun kena hati2 ja....
Quote system_failure 14-3-2017 01:02 PM
mengarut je
kalo setakat pndang mata mana boleh pukau..
read body language je dah cukup kalo nk meramal what his / her steps afterwards....

tp kalo dia tanya skrg kul brape pastu korang pakai jam jarum, especially yg ade jarum saat tu, hati2 la yer..
Jgn bg dia rapat smbil tepuk badan korang pastu berbisik masa korang sedang perati jarum yg berpusing tuh..
Quote haryatie 14-3-2017 01:11 PM
biasa la org tua2 x kira cina/india/melayu suka cuit/tegur baby..
Quote azimodin 14-3-2017 01:48 PM
Citer khayalan kak hasanah ke hapa ni? mmg bertul sekarang ni jenayah ade dimana2, tapi kadang2 kita ni asyik bersangka buruk dengan orang. Mmg ade orang tua jenis yang suka tengok budak, mungkin melepas rindu pada cucu2 yang jauh dimata. Aku kalau level cuit2 aku x kisah sgt, tapi xde la sampai level bagi dukung.
Quote terpaku 14-3-2017 02:03 PM
kak hasanan everywhere
Quote CiliPadiSedap 14-3-2017 03:37 PM
akak xdapat tahan pandangan mata akak ke nyonya tersebut.. akak melihat mata nyonya.. lalu terpancar aura pukau.. akak di pukau oleh nyonya untuk pergi beli iphone, handbag, makan mewah.. akak bersyukur anak akak tiaea apa2.. pesawat pun mendarat.. akhirnya baby tersebut berhenti menangis setelah akak menyusukam dia...
Quote CiliPadiSedap 14-3-2017 03:37 PM
Alang2 nak menipu jadikah kak hasanah
Quote susukambingbest 14-3-2017 04:23 PM
system_failure replied at 14-3-2017 01:02 PM
mengarut je
kalo setakat pndang mata mana boleh pukau..
read body language je dah cukup ...

wow tqsm utk info ni
Quote Jorja 14-3-2017 06:51 PM
For me la kan..rasanya tak sopan pula bila jumpa baby orang kita terus nak cubit2 pegang2 cium2 or dukung2..kalau I just peek a boo je dgn baby.. tak kisah lah u ni baby lover ke apa..tangan u bersih ke? Anak orang tu..kalau family sendiri lain cerita lah
Quote WhiskeyScotch 14-3-2017 08:09 PM
Kisah di Facebook ke ni? Okeyh tak percaya sehingga dibuktikan benar.
Quote krustykrab 14-3-2017 09:30 PM
system_failure replied at 14-3-2017 01:02 PM
mengarut je
kalo setakat pndang mata mana boleh pukau..
read body language je dah cukup ...

Nasib baikakux suka palai jam
Quote krustykrab 14-3-2017 09:32 PM
Jorja replied at 14-3-2017 06:51 PM
For me la kan..rasanya tak sopan pula bila jumpa baby orang kita terus nak cubit2 pegang2 cium2 or d ...

Tu la kan...x kenal terus nk cium bagai

Aku kalau baby yg duk tenung nak ngorat aku,aky akan main2 mata mulut sambil pandang die je...kalau baby yg ramah hulur tgn kt aku aku pegang la tgn die
Quote Jorja 14-3-2017 10:12 PM
Edited by Jorja at 14-3-2017 03:03 PM
krustykrab replied at 14-3-2017 01:32 PM
Tu la kan...x kenal terus nk cium bagai

Aku kalau baby yg duk tenung nak ngorat aku,aky akan ma ...


Haa tu la pasal.. wah mom material untung u..belum pena lagi ada baby hulur tangan kt I   
Quote pearl.silver 14-3-2017 11:27 PM
Err mana dia tau nyonya tu nk pukau dia
Klu i kt kedai mkn tibe2 dgr org jerit jangan pandang mata dia!!!
Mesti i ingat dia ni org gila
Quote pearl.silver 14-3-2017 11:27 PM
Err mana dia tau nyonya tu nk pukau dia
Klu i kt kedai mkn tibe2 dgr org jerit jangan pandang mata dia!!!
Mesti i ingat dia ni org gila

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:11 AM GMT+8 , Processed in 0.064568 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top