CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Daya Penarik Bukan Pada Paras Rupa Tapi Luahan Emosi!

13-3-2017 03:35 PM| Diterbitkan: CARI_Kolumnis| Dilihat: 9526| Komen: 46


Sering kali kita beranggapan bahawa wajah yang cantik atau kacak merupakan daya tarikan utama yang mampu menawan hati manusia. Hmm..anda mungkin silap. Hakikatnya luahan emosi lebih menarik perhatian!

Bila kita tonton drama, apakah yang menarik perhatian kita untuk melekat di kaca tv? Ya, tentulah aktornya yang tampan dan aktresnya yang jelita. Namun, jika jalan ceritanya tidak meruntun hati, pasti kita akan cepat bosan dan mula memilih siaran lain.

Pendek kata, yang memikat hati kita dalam sebuah cerita ialah bagaimana aktor dan akteres itu bermain dengan emosi. Jika mereka tidak pandai berlakon dan nampak kayu, pasti kita hilang sabar tak kiralah sekacak atau secantik manapun mereka.


LUAHAN EMOSI MENJADI METODOLOGI CINTA


Nah, saya ada satu cerita yang paling mudah untuk mengaitkan hal ini. Sesiapa yang pernah jatuh cinta pasti akan faham maksud cerita saya di bawah ini.

Sewaktu muda remaja, saya dikelilingi oleh rakan-rakan lelaki dan wanita. Hidup saya tidak sunyi tapi hakikatnya hati saya sepi kerana saya belum mempunyai kekasih hati.

Jujur saya katakan saya memang ada tertarik dengan beberapa jejaka tampan di kalangan rakan sekampus tetapi kami tidak pernah berbicara dari hati ke hati.

Saat itu, saya memang ‘kayu’ dan hanya pandai memendam rasa. Saya berharap orang lain boleh faham perasaan saya. Sedangkan saya tidak pernah meluahkan rasa hati secara empat mata.

Maka, akhirnya tidak seorang pun yang menjadi kekasih saya. Benar, ada sesuatu yang tidak berhubung di antara kami. Ya, tidak lain dan tidak bukan, EMOSI!

Hinggalah pada usia saya 22 tahun, saya bertemu dengan rakan sekerja yang berwajah sederhana. Tidak tampan tapi sedap mata memandang. Kami boleh berbual sepanjang hari dan bertemu lagi esoknya tanpa jemu.

Ah, tanpa berdolak dalih, saya dan dia terus berjanji setia. Luahan emosi tidak pernah menjadi sesuatu yang memalukan. Kami senang berbicara, bertengkar dan berbaik semula bertahun lamanya.

Saat paling manis, dua tahun selepas itu kami diijabkabulkan. Kini usia perkahwinan kami sudah menjangkau 21 tahun. Dengan seorang puteri yang sudah berusia 20 tahun, hidup kami masih seperti dalam mood bulan madu. Ternyata marah, merajuk, rindu dan sayang merupakan antara emosi yang merantai kami.


LUAHAN EMOSI MENJADI PENGHUBUNG

Kita tidak akan mampu berkembang biak dan mencapai kemajuan dengan membelakangkan emosi. Bermula sejak Nabi Adam merindui Hawa, maka luahan emosi menjadi metodologi cinta hingga kini. Hakikatnya emosi bukan sahaja penting dalam hubungan cinta tetapi penting dalam kehidupan seharian juga.

Mari kita lihat bagaimana luahan emosi boleh bantu kita menjadi lebih menarik dan ‘engaged’ (terhubung) dengan orang lain termasuk rakan sekerja, rakan bisnes dan pelanggan, iaitu:

1.Bahasa basahan
Usah jadi kayu atau patung yang tak ada perasaan. Gunakan bahasa basahan untuk lebih mesra dan dekat dengan orang lain. Contohnya, penggunaan perkataan, ‘Oh’, ‘Alamak’, ‘Ya ke’, ‘Adoi’, ‘Maaf’, ‘Terima kasih’ dan sebagainya menunjukkan anda lebih ikhlas. 

Biarpun nampak macam biasa-biasa dan tidak gah tetapi perkataan itu merupakan luahan emosi anda yang sangat mudah. Anda akan kelihatan lebih menarik bila mampu menyentuh emosi pihak yang lain dengan cara bersahaja.

2.Gerak Tangan
Tanpa gerakan tangan anda akan kelihatan seperti robot atau batu. Gerakan tangan merupakan bahasa tubuh yang mampu memperlihatkan emosi anda terhadap pihak lain. Contohnya anda tertawa dan menutup mulut. Anda menampilkan diri anda sebagai seorang yang agak pemalu dan menjaga kesopanan.
Contoh lain, anda menyentuh bahu pihak lain ketika cuba meyakinkannya. Saat itu anda menampilkan sikap prihatin dan mesra dengannya. 

Contoh lain lagi, anda letakkan telapak tangan anda pada dada anda saat anda memohon maaf. Anda telah menzahirkan keikhlasan anda dari sudut yang sangat peribadi.

3.Senyum
Senyum merupakan satu lagi bahasa tubuh yang amat penting. Senyum bukan sahaja satu sedekah tapi senyuman merupakan tanda ikatan atau perhubungan yang mesra dan jujur.

Siapa yang mampu tersenyum pada orang yang dibenci? Ya, mungkin bagi si talam dua muka, mereka memang boleh tapi hakikatnya senyuman sempurna itu tidak boleh dibuat-buat. Ia ikhlas dari hati.


Terimalah kata-kata akhir saya dalam ruangan pembukaan ini buat pembaca semua.

“Berilah luahan emosi yang positif buat sesiapa sahaja kerana ia menjadikan anda jauh lebih menawan!”


Salam kenal daripada saya,
 – Liza Ali

24

Bagus
23

Marah
26

Terkejut
16

Sedih
38

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (146 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote seramado 13-3-2017 04:08 PM
Slm perkenalan kak Liza! Penulis novel ya?
Quote Star_el 13-3-2017 04:19 PM
yep, pernah jumpa beberapa org yg cantik/hensem tapi bosan ya hamat!
Tak mampu nk sembang lama2 haha tapi dia dah untung dah jadi org berparas helok.
Kat dunia ni, looks and money matter the most after all.
Quote RatuDunia94 13-3-2017 04:55 PM
Its more to personality jugak..
Kalo hensem/cantik n personality menarik is a bonus..
Quote WhiskeyScotch 13-3-2017 06:00 PM
Sayaaaa setujuuu!!!!!! Luahan emosi dan personaliti itu jauh lebih utama. Paras rupa 5% je.
Quote zawara 13-3-2017 07:53 PM
Ye...betul tuuu
Quote otomatic_prince 15-3-2017 12:29 PM
kecantikan boleh luntur...tp sikap yg baik berkekalan
Quote myakayina 15-3-2017 01:01 PM
this is soooo trueee...
Quote cik-jaja 15-3-2017 05:51 PM
orang tak panggil saya kayu, tapi robot..huhuhu
Quote onexox97 15-3-2017 06:03 PM
org cantik selalu bertuah
Quote myakayina 16-3-2017 10:05 AM
onexox97 replied at 15-3-2017 06:03 PM
org cantik selalu bertuah

tak juga dear.. ada juga yg tak bertuah..
Quote onexox97 16-3-2017 10:43 AM
myakayina replied at 16-3-2017 10:05 AM
tak juga dear.. ada juga yg tak bertuah..

hahaha rugilah cantik x bertuah
baik jadi tak cantik alang2 tak bertuah

biasa org cantik bertuah
disayangi
mudah dimaafkan
favorite/digenari
Quote MyNameIsIris 16-3-2017 05:51 PM
myakayina replied at 16-3-2017 10:05 AM
tak juga dear.. ada juga yg tak bertuah..

sebenarnya bukan kaka tak bertuah tapi org tu yang tak bertuah tak tau hargai bini cantik... kalau kaka petik... 20 orang mari... yang hensem-hensem punya...
dont worry sisthur, 1 day u'll find ur happiness. virtual kissss
Quote MyNameIsIris 16-3-2017 05:52 PM
btw, i jenis kalau suka... i bagitau je... dapat ke tak belakang kira
Quote myakayina 16-3-2017 05:59 PM
MyNameIsIris replied at 16-3-2017 05:51 PM
sebenarnya bukan kaka tak bertuah tapi org tu yang tak bertuah tak tau hargai bini cantik... kalau ...

aww..tq u laling..in sya Allah..Aamin.. same goes to u, may one day happiness will be yours..
Quote onexox97 16-3-2017 06:29 PM
myakayina replied at 16-3-2017 05:59 PM
aww..tq u laling..in sya Allah..Aamin.. same goes to u, may one day happiness will be yours.. {:1_ ...

owh sis pun mcm sy juga ke tak bertuah dlm cinta, semoga Allah bg kebaikan di atas ujian yg menimpa kita
Quote myakayina 16-3-2017 06:32 PM
onexox97 replied at 16-3-2017 06:29 PM
owh sis pun mcm sy juga ke tak bertuah dlm cinta, semoga Allah bg kebaikan di atas ujian yg menimp ...

in sya Allah ..Aamin, mudah mudahan..jgn putus asa ok..
Quote onexox97 16-3-2017 06:43 PM
myakayina replied at 16-3-2017 06:32 PM
in sya Allah ..Aamin, mudah mudahan..jgn putus asa ok..

jadi sis ni golongan cantik x bertuah ka
golongan x cantik xbertuah

sy ni golongan xcantik dan tak bertuah    
Quote mbhcsf 16-3-2017 11:02 PM
yups chemistry and compatibility tu ...
Quote myakayina 17-3-2017 08:33 AM
onexox97 replied at 16-3-2017 06:43 PM
jadi sis ni golongan cantik x bertuah ka
golongan x cantik xbertuah

its not about bertuah atau tak.. cuma tak bernasib baik..dan mungkin Tuhan nak temukan dgn org yg betul.. setelah menyayangi org yg salah atau yg tak reti nak hargai kita..

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-10-2024 02:10 AM GMT+8 , Processed in 0.046275 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top