CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Hentikan Sekarang Jika Anda Berkongsi Berus Gigi! Ini Sebabnya

9-3-2017 05:30 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8578| Komen: 21|Original author: Oleh: Maly Rosli

Description: Geli berkongsi berus gigi? Percayalah masih ada insan di luar sana berkongsi atau menggunakan berus gigi orang lain senyap-senyap kerana berus gigi sendiri 'hilang'!
Geli berkongsi berus gigi? Percayalah masih ada insan di luar sana berkongsi atau menggunakan berus gigi orang lain senyap-senyap kerana berus gigi sendiri 'hilang'!


Foto: The Huffington Post

Sebatang berus gigi mengumpul zarah makanan terlindung daripada pandangan mata kasar manusia, sekali gus membentuk bakteria. Jadi, bayangkan jika anda berkongsi berus gigi dengan orang lain. Semakin berganda-ganda bakteria diternak sebatang berus gigi. Eew kuasa dua! 

Nah, baca kesan buruk berkongsi berus gigi ini.


1. Jangkitan kuman

Foto: News.com.au

Memetik portal Livestrong.com, pakar pergigian di Chicago mendapati kanak-kanak yang berkongsi berus gigi berisiko tinggi dijangkiti kuman. Malah mungkin boleh menyebabkan gigi rongak, sekali gus mengganggu perkembangan pertuturan mereka.


2. Bakteria

Foto: http://www.prevention.com

Menurut portal Dental Resource, bakteria semakin bertambah pada berus gigi setiap kali digunakan. Salah satu jenis bakteria ditemui pada berus gigi adalah 'beta-hemolytic streptococcus' yang boleh mengakibatkan inflamasi pada tekak, sekali gus menyebabkan sakit tekak, batuk dan demam.

Sisa makanan yang terkumpul pada berus gigi akan menternak bakteria ini.


3. Jangka hayat berus gigi


Foto: Your Dental Health Resource

Portal Dentistry menegaskan berus gigi seharusnya digunakan dalam masa tiga bulan sahaja dan perlu diganti baharu selepas 'tamat tempoh'.


Jika ada antara anda yang menggunakan berus gigi orang lain atau anda kenal sesiapa yang mengamalkan tabiat sedemikian, berhentilah sekarang! Buruk padahnya nanti. - CARI
18

Bagus
32

Marah
23

Terkejut
32

Sedih
17

Lawak
21

Bosan

Friends Rank (143 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote WhiskeyScotch 9-3-2017 05:35 PM
Kongsi berus gigi? HELL NOOOO!!! Siapa yang sanggup berkongsi berus gigi?
Quote Artemesiaa 9-3-2017 05:41 PM
Kowser bukan mahal pun nak beli berus gigi sesetengah hotel penginapan bagi free je berus gigi ni jadi kenapa nak kena kongsi
Quote cik-jaja 9-3-2017 05:43 PM
waa ni malas tahap gaban main amik org pny je
Quote siskepoh 9-3-2017 06:19 PM
gelinyaaa yukssss. mmg no way la nk kgsi berus gigi
Quote Sayaaa 9-3-2017 06:57 PM
Ada ke org yg kongsi berus gigi?  
Quote Sayaaa 9-3-2017 06:57 PM
Ada ke org yg kongsi berus gigi?  
Quote RatuDunia94 9-3-2017 07:00 PM
Ewww.. Koser nk kongsi berus gigi.  Org mcm ni ubat nya ko celop je berus gigi tu dlm lobang jamban..
Quote EvieWanKenobi 9-3-2017 10:34 PM
ada ke yang masih kongsi berus gigi?
Quote zawara 10-3-2017 12:09 AM
CARI-MAL replied at 9-3-2017 05:30 PM
Geli berkongsi berus gigi? Percayalah masih ada insan di luar sana berkongsi atau menggunakan berus  ...

Pengotoq nyaaaa oi
Quote insulin 10-3-2017 09:32 AM
EvieWanKenobi replied at 9-3-2017 10:34 PM
ada ke yang masih kongsi berus gigi?

Pasangan suami-isteri. Romantik katanya....
Quote EvieWanKenobi 10-3-2017 11:38 AM
insulin replied at 10-3-2017 09:32 AM
Pasangan suami-isteri. Romantik katanya....

yelah..dah berjanji sehidup semati..
Quote fikri 11-3-2017 11:42 AM
erkk adaorg share berus gigi ke zaman skrg ni . hahahahha
Quote Leo_Gurlz 11-3-2017 05:54 PM
Iollsss sanggup guna berus gigi murah dri share berus gigi
Quote emelia1509 12-3-2017 02:19 AM
Euww...Perlu ke nak kongsi berus gigi..Better x gosok gigi if time tu mmg xde berus gigi lain dah..
Quote Miming2 12-3-2017 04:17 AM
ada ke yg sanggup nak share?
Quote sumimasen 12-3-2017 11:48 AM
geli nak share
Quote Mary_jane 12-3-2017 07:26 PM
Comel nya budak pic second tu.
Quote kokocrunch 13-3-2017 11:58 AM
tak sanggup nak kongsi berus gigi..geli
Quote Gadis_sarawak 13-3-2017 12:57 PM
Tak kisah la sedara ke suami ke..memang takla nak kongsi berus gigi..kongsi air pun aku tak sanggup..inikan berus gigi..geli ok

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:04 AM GMT+8 , Processed in 0.058299 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top