CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Obsesi Kucing, Jepun Buat Aiskrim Perasa Tapak Kaki Kucing!

9-3-2017 03:29 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 11801| Komen: 36|Original author: Oleh: Maly Rosli

Description: Jepun sememangnya terkenal dengan kreativiti mereka menghasilkan sesuatu yang baru, unik dan pelik. Kali ini pula, dek terlalu obses dengan kucing mereka telah menghasilkan aiskrim menyerupai tapak ka ...
Jepun sememangnya terkenal dengan kreativiti mereka menghasilkan sesuatu yang baru, unik dan pelik. Kali ini pula, dek terlalu obses dengan kucing mereka telah menghasilkan aiskrim menyerupai tapak kaki kucing! Bahkan, bau dan rasanya juga seperti haiwan berkenaan.



Foto: Carian Internet

Obsesi Jepun terhadap tapak kaki haiwan berkenaan bukanlah perkara baharu. Negara matahari terbit itu pernah menghasilkan losyen tangan yang akan membuatkan kulit pengguna bukan sahaja selembut tapak kaki kucing, malah memiliki aroma sama dengan kucing! Obses gila!



Memetik Oddity Central, obsesi terhadap tapak kaki kucing mendorong penganjur Pameran Haiwan Kesayangan Jepun 2017 menghasilkan dua aiskrim dengan tekstur dan perasa tapak kaki kucing serta anjing.

Macam tak masuk akal, bukan? Tapi percayalah, ia merupakan makanan sebenar. Pengunjung diberi sampel aiskrim untuk merasai sendiri kehebatan rasanya.



Aiskrim ini sebenarnya dibuat daripa pelbagai bahan termasuk aiskrim vanila sebagai dasarnya yang didakwa memiliki aroma dan tekstur persis tapak kaki haiwan terbabit.

Selain itu, aiskrim ini mengandungi marshmallow yang menyerupai konsistensi sama seperti tapak kaki kucing sementara kacang digunakan untuk mengganti rasa kuku kucing. Manakala, campuran ikan kecil ditambah bagi memberi aroma kucing.


Foto: Oddity Central
Aiskrim tapak kaki kucing ini hanya dijual di pameran itu pada harga 380 yen (RM15) setiap satu.

Obses betul mereka ni, sampai makanan pun kalau boleh nak sama dengan haiwan kesayangan mereka. Tapi nasib baik la tak betul-betul mengikut tekstur haiwan sehingga nak masukkan apa-apa bulu dalam aiskrim itu. - CARI
31

Bagus
29

Marah
31

Terkejut
23

Sedih
25

Lawak
21

Bosan

Friends Rank (160 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mrizumi 9-3-2017 03:35 PM
Quote aleesyasofia 9-3-2017 03:44 PM
makin pelik jer.. lps nie bt perisa ape plak agaknya?
Quote kikuri 9-3-2017 03:54 PM
kalo design eskrem tapak kaki kucing aku boleh terima lagi.. tapi rasa ngan bau pon sama..kembang tekak aku... sebab tapak kaki kucing  busuk kot... dok kais kais berak...
Quote matchstick 9-3-2017 04:09 PM
ada ke yg beli
Quote swimswim 9-3-2017 04:17 PM
meh aku mtk kucing rumah aku pijak2kan aiskrim walls.. siapa nak beli bak rm15
Quote mdhelmi 9-3-2017 05:00 PM
xde mana la tapak kaki kucingnya
tekstur dgn bau seakan2 tapak kaki kucing je
Quote missinpiece 9-3-2017 05:11 PM
Koserla nk smpai camtu skali. Amek je kucen tu peluk smbil mkn aiskrim
Quote cik-jaja 9-3-2017 05:44 PM
errr aku pon peluk cium kucing gak, tp xsanggup rse nya nak makan eskem ni
Quote Artemesiaa 9-3-2017 05:45 PM
Jepun memang gila dengan kucing serba serbi kucing dari dulu macam Doremon, Hello Kitty, Tama Station Master etc siap ada pulau khas untuk kucing lagi
Quote WhiskeyScotch 9-3-2017 05:48 PM
Comelnyaaa kucing tuuu.
Quote siskepoh 9-3-2017 06:18 PM
x sio dik aku nk mkn perasa kucing. gila dah manusia sekrang
Quote babyface_beauty 9-3-2017 06:24 PM
I obses juga la dgn kuceng tapi xla sampai cenggini
Quote Victorioussss 9-3-2017 06:41 PM
Bestnya..i memang geram dengan kacang kat kaki kucing. Dulu ms kecik i slalu gentel kacang2 ni. Now dh ade icecream kacang kaki kucing
Quote hdon 9-3-2017 07:11 PM
Errr.. mesti aiskrim tu busuk
Quote TEDDYASESARA 9-3-2017 07:28 PM
sabor je lah....
Quote AlienGurlz 9-3-2017 10:20 PM
Comel kucing tu. Tapi aiskrim campur ikan?
Quote merrissa 10-3-2017 02:44 AM
tapak kaki kucinggg????????
Quote saladin780 10-3-2017 08:26 AM
tekstur n aroma seakan vanila..bukanla pakai tapak kaki kucing betul pon..
Quote dekmieDandy 10-3-2017 08:39 AM
macam tipu je

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 04:43 PM GMT+8 , Processed in 0.071719 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top