CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Hugh Jackman Mahu Shah Rukh Khan Ambil Alih Watak Wolverine

5-3-2017 09:49 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 8727| Komen: 40

Description: Pelakon kelahiran Australia, Hugh Jackman, menyatakan hasrat melihat bintang Bollywood, Shah Rukh Khan, memegang watak Wolverine, dalam satu temubual baru-baru ini.

Watak Wolverine yang dilakonkan oleh Pelakon kelahiran Australia, Hugh Jackman dalam filem siri X-Men bukan sahaja dianggap watak yang paling serasi dengan Jackman malah diminati oleh penonton siri X-Men di seluruh dunia.  


Namun demikian baru-baru ini, ketika mengadakan promosi di Taiwan, Jackman memaklumkan bahawa filem terbaharunya bertajuk Logan, menjadi penampilan terakhirnya sebagai adiwira itu.

Memetik laporan Indian Express Entertainment, dalam satu temubual baru-baru ini. ketika ditanya mengenai penampilan terakhir beliau sebagai Wolverine/Logan dan perasaannya melihat aktor lain melakonkan watak adiwira itu, Jackman, spontan menjawab: "Mungkin Shah Rukh Khan boleh membawakan watak itu." 

Susulan itu, hasrat melihat bintang Bollywood, Shah Rukh Khan, memegang watak Wolverine diketahui umum, serta-merta menerima reaksi yang berbeza di kalangan peminat siri X-Men.


Bagaimanapun, rata-rata peminat filem Bollywood menyambut baik cadangan Jackaman itu. 

Pelakon sasa itu sudah sembilan kali membawakan watak Wolverine dalam siri X-Men. 

Logan, yang diarahkan James Mangold dan turut dibintangi Dafne Keen dan Patrick Stewart, mula ditayangkan semalam. Jackman mula melakonkan watak itu dalam filem X-Men yang diterbitkan pada 2000.- CARI




sumber foto: http://indianexpress.com

20

Bagus
16

Marah
21

Terkejut
14

Sedih
22

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (111 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sebu 5-3-2017 09:54 AM
Oke. Selame ni mmg aku benci tgk filem hindustan yg merepek2 ada nyanyian semue tu dan x pernah minat srg pun pelakun India ni tapi kalau untuk citer x Men aku boleh terime Shah rukh khan kalau dia setaraf hugh jckman
Quote Victorioussss 5-3-2017 10:25 AM
Hugh jackman just sarcasm la! Dia just nak troll reporter sbb SRK sgt hauk. Geli i bayangkan SRK bawak watak logan tangan keluar besi tapi mate berair bibir terjungkit sikit2 nangis teringatkan kajol!

Quote samasam90 5-3-2017 10:45 AM
euwwww geli la srk nak buka2 baju bagai. srk yes hensem tapi tak seswai nak buka2 baju.
Quote de_ikea 5-3-2017 11:37 AM
Hugh jackman ni legend sgt lah. Susah kot nk cr ganti.
Quote spiderman80 5-3-2017 11:56 AM
Memanglah Jackman cakap macam tu sebab interview tu dibuat di India oleh pengacara India.
Kalau Jackman pergi promote filem Logan di Venezuela ke, Mexico ke atau Zimbabwe ke kalau ditanya solan yang sama, pasti Jackman akan menamakan pelakon terkenal tempatan sebagai penganti beliau untuk watak Wolverine. Kan? kan?
Quote spiderman80 5-3-2017 11:58 AM
Kalau Jackman datang ke Malaysia dan ditanya soalan tu, tak hairan beliau akan menamakan Aaron Aziz atau busuk-busuk pun Saiful Apek sebagai penganti beliau.
Quote leon_mclaren78 5-3-2017 12:00 PM

Hugh Jackman just sarkastik jah kot..... Gigih jua mengharapkah pacit nih??? Over-rated sgtttt....

SRK_tweet.jpg


Sebagai pemenat tegar Hugh Jackman & Wolverine... ai bantah... x sesuai oittttt... Jackman umur dh 49 pun sedar diri nk bersara dari role Wolverine... SRK dh nk masuk 52 kot.. Where is the logic?????!

Your time is overrr, pacit SRK.. better fokus your role jadi bapak2 jah instead of role streotype jejaka2 romeo terlajak usia... superhero apatah lagi... forget it, dude! Sila berguru dgn pacit Aamir Khan. Ok bai.
Quote aleesyasofia 5-3-2017 12:31 PM
xsesuai kot.. hugh jackman legend bwk wtak wolverine tue.. xde spe yg boleh gnti heshe..
Quote uori 5-3-2017 07:57 PM
sedihhhh nengok citer logan
Quote Madel 5-3-2017 08:16 PM
Euwww..SRK...gelinya...wekkk!!
Baik le amik pelakon senior korea mcm Lee Byung Hun ke , Rain ke..idok le aku muntah tenguk bulu2 yg tak sepatut nya
Quote sepertiitu 5-3-2017 08:36 PM
SARCASM at its best. dah dia datang yindiaa, haruslah dia cakap SRK, cuba datang mesia, harus dia sebut patah amin okeh
Quote RatuDunia94 5-3-2017 09:42 PM
spiderman80 replied at 5-3-2017 11:56 AM
Memanglah Jackman cakap macam tu sebab interview tu dibuat di India oleh pengacara India.
Kalau Jac ...

Mungkin kalo media malaysia yg tanya. Dia akan jawab Rosyam Nor sesuai ganti dia.. Haha..
Tp tgok masa budiey interview heols x ckp lak..
Quote babydoll 5-3-2017 09:47 PM
spiderman80 replied at 5-3-2017 11:58 AM
Kalau Jackman datang ke Malaysia dan ditanya soalan tu, tak hairan beliau akan menamakan Aaron Aziz  ...

mane ade la abam spidey. mesti la dia nak rosyam nor berlakon jadi wolverine. rosyam nor dah masuk pasaran internasional (read:kabali)



Quote spiderman80 5-3-2017 09:55 PM
Setuju dengan @RatuDunia94 dan @babydoll , Rosyam Nor lebih sesuai untuk watak Wolverine kalaulah mereka mahukan pelakon Malaysia memegang watak tersebut.
Quote sssf83 5-3-2017 10:36 PM
Hahahaha cannot imagine..
Quote WhiskeyScotch 5-3-2017 11:59 PM
Tak sesuaiiiiiiii SRK!!!!!!!!!!
Quote fazamania 6-3-2017 12:04 AM
Kalau buat x-men versi asia...amik lah abang aaron aziz.. merembesnya
Quote saladin780 6-3-2017 07:30 AM
wolverine ni kalu sape yg baca komik..fizikalnya katik jah
Quote harrypoter 6-3-2017 09:53 AM
sapa dah tengok citer Logan best ke?
bagi sinopsis sket..

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:03 PM GMT+8 , Processed in 0.078252 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top