CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ceroboh Kawasan Hotel, Beruang Kelaparan Dikhuatiri Mengganas

14-2-2017 12:14 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 4176| Komen: 24

Description: Seekor beruang matahari yang dipercayai lapar telah dijumpai berkeliaran di kawasan Kuantan Tembeling Condominium dengan memanjat pagar memasuki di blok penginapan hotel sejak sebulan lalu.
Seekor beruang matahari yang dipercayai lapar telah dijumpai berkeliaran di kawasan Kuantan Tembeling Condominium dengan memanjat pagar memasuki di blok penginapan hotel sejak sebulan lalu. 


Memetik laporan Sinar Harian, kehadiran haiwan pemangsa itu bukan sahaja meresahkan pengunjung apabila ada kes pengunjung yang ternampak beruang melintas sebaik buka pintu bilik, malah pihak pengurusan juga bimbang ia akan menjejaskan kedatangan pelancong. 

Menurut pegawai bangunan, Helmy Suffian Othman, pengawal keselamatan yang terkejut dengan kehadiran beruang itu, bertindak menghalau dengan membaling kayu cota sebelum haiwan tersebut kembali memasuki kawasan hutan.

"Mujur setakat ini tiada lagi kes kecederaan membabitkan pelancong tetapi kami amat bimbang berlaku kejadian tidak diingini kerana haiwan ini bertindak agresif ketika cuba dihalau," ujar Helmy

Kamera litar tertutup (CCTV) berjaya merakam kehadiran haiwan pemangsa itu pada 27 Januari lalu yang memasuki blok pejabat pentadbiran, kira-kira jam 8.30 malam.


Difahamkan enam anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) datang membantu dan perangkap telah dipasang oleh pihak perhilitan di blok C selama dua minggu itu dikatakan masih tidak membuahkan hasil.- CARI

sumber foto: sinar harian


20

Bagus
14

Marah
11

Terkejut
11

Sedih
19

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (94 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dauswq 14-2-2017 12:25 PM
kt ne? Sabah ke?
Quote airfilterkotor 14-2-2017 12:25 PM
Dalam hutan mesia ni, binatang beruang ni laa yang paling dirisaukan orang perhilitan.

Lari laju-laju, dia pun laju gak.
Panjat pokok, dia pun panjat gak.
Berenang, dia pun berenang gak.

Mana nak lari..?
Quote kaspar0v 14-2-2017 12:30 PM

ko baca tajuk tngok gambar aje ke? tak baca artikel? kuantan tembeling. PAHANG
Quote prettyuglybabe 14-2-2017 12:31 PM
sapa yang masuk kawasan siapa..
letak je la makanan daily basis kat kaki hutan tu..
dia dapat makan, takde la dia kacau orang..
Quote saviour_09 14-2-2017 12:32 PM
tembeling
memang keliling tu hutan rimba
kawasan dia
Quote sueburn 14-2-2017 12:33 PM
dauswq replied at 14-2-2017 12:25 PM
kt ne? Sabah ke?

Kat news ni tulis kuantan tembeling condominium nok..
Quote dauswq 14-2-2017 12:35 PM
sueburn replied at 14-2-2017 12:33 PM
Kat news ni tulis kuantan tembeling condominium nok..

Ok thanks. Selalunya berita psl beruang ni berkisarkan kt sabah.  
Quote Changa 14-2-2017 12:35 PM
bela buat pet jah.
tapi beruang matahari ini tak comel.
Quote kikuri 14-2-2017 12:39 PM
saviour_09 replied at 14-2-2017 12:32 PM
tembeling
memang keliling tu hutan rimba
kawasan dia

tembeling resort dek.. dah dekat dengan teluk cempedak... tp memang area hutan pon sikit sikit... ke beruang taman teruntum terlepas
Quote saviour_09 14-2-2017 12:48 PM
kikuri replied at 14-2-2017 12:39 PM
tembeling resort dek.. dah dekat dengan teluk cempedak... tp memang area hutan pon sikit sikit...  ...

yup
taman teruntum pun ada spesis ni
matahari kan
kat sangkar atas tu
dia la tu kot terlepas

Quote lasagnaklcc 14-2-2017 01:05 PM
Ngeri jgk kalau tiba2 nmpk dia melintas.

Tapi kesian dia lapar....
Quote mesmerize 14-2-2017 01:08 PM
natang ni makan apa? kalau setakat ayam, buah2 n sayuran, payungkan aje lah. takkan tak mampu.
kesian dia sampai ke tempat manusia cari makan. lain la dia mintak daging lembu sekor sehari.
Quote dazzledazzle 14-2-2017 01:23 PM
ala siannya dia lapar...
Quote Artemesiaa 14-2-2017 01:53 PM
Jangan jadi mangsa pemburu haram sudah halau2 cam tu mesti belum gi jauh lagi tu
Quote kuzaime 14-2-2017 02:23 PM
Zaman2 baru nk kenal binatang dulu, aku syak beruang ni sejenis binatang yg jinakkkk Sgt, ala2 patung bear yg comey bole buat peluk2
Quote cmf_conan 14-2-2017 02:24 PM
mesmerize replied at 14-2-2017 01:08 PM
natang ni makan apa? kalau setakat ayam, buah2 n sayuran, payungkan aje lah. takkan tak mampu.
kesi ...

die sekor je tak pe lagi..
kang die angkut anak bini die sekali kang..
Quote mzzenma 14-2-2017 02:25 PM
kesiannya dia lapar..
Quote minahmanja 14-2-2017 03:03 PM
airfilterkotor replied at 14-2-2017 12:25 PM
Dalam hutan mesia ni, binatang beruang ni laa yang paling dirisaukan orang perhilitan.

Lari laju- ...

hahaha.. kn dlu2 ade dongeng org ckp kalau terjumpa beruang, pura2 mati, nnti dia tggl kan aje...ehh tu beruang ke binatang lain eh...
Quote ckenj 14-2-2017 03:09 PM
kesian bear nih..lapar sgt ni smpai sesat...

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:41 AM GMT+8 , Processed in 0.052937 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top