CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pasangan Serasi Syamel Dan Ernie Juara Duo Star

6-2-2017 10:29 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 16770| Komen: 90|Original author: Oleh: Maly Rosli

Description: Debaran malam kemuncak program realiti, Duo Star, malam tadi sudahpun berakhir. Pada malam acara itu, pasangan Syamel dan Ernie Zakri berjaya membuktikan diri mereka adalah peserta terbaik apabila din ...
Debaran malam kemuncak program realiti, Duo Star, malam tadi sudahpun berakhir. Pada malam acara itu, pasangan Syamel dan Ernie Zakri berjaya membuktikan diri mereka adalah peserta terbaik apabila dinobatkan sebagai juara Duo Star.


Tampil dengan lagu Balqis nyanyian asal Datuk Siti Nurhaliza dan Kau Lupa Janji nyanyian asal Datuk Jamal Abdillah, pasangan itu berjaya meraih trofi berserta wang tunai berjumlah RM100,000.


Foto: IG Syamel

Manakala, pasangan Kaka Azraff dan Awi Rafael menyandang tempat kedua, sekali gus membawa pulang trofi berserta hadiah wang tunai berjumlah RM50,000 sementara Haiza dan Aepul di tangga ketiga dengan trofi serta wang tunai RM25,000.

Dalam masa sama, pasangan Ayai dan Firman yang menduduki tempat keempat juga membawa pulang trofi selain menerima wang tunai sebanyak RM10,000.

Menurut BH Online, Syamel, 24, berharap dia mampu untuk terus mencipta kejayaan sebagai seorang penyanyi.

"Harapan saya selepas ini adalah untuk terus menstabilkan kerjaya sebagai seorang penyanyi. Pertandingan ini juga diharap menjadi medan untuk saya terus mendaki tangga kejayaan sebagai seorang legenda," katanya kepada BH Online.


Foto: IG Ernie

Sementara itu, Ernie, 25, menyifatkan kemenangan itu sebagai hadiah atau ganjaran atas segala titik peluh mereka keluarkan.

"Saya bersyukur kerana Syamel menjadi pasangan duet saya kerana dia bukan saja berbakat besar, malah tahu apa yang perlu dilakukan dalam program sebegitu sehingga membuatkan kerja kami menjadi mudah dan nampak serasi," katanya.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Semoga mereka semua termasuk artis tanah air lain terus berjaya kelak. - CARI
13

Bagus
26

Marah
25

Terkejut
20

Sedih
16

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (115 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fizamn 6-2-2017 10:39 AM
semoga mencapai kejayaan seperti dato siti nurhaliza.. x pun tarap akim pun baguss...
Quote Aduradura 6-2-2017 10:40 AM
Dah final yer..ingat baru nk start
Quote Rinna 6-2-2017 10:44 AM
Terbaek.. gadingan Syamel dan Ernie.. Tahniah jadi juara..
Quote lotionmilo 6-2-2017 10:50 AM
Memang best weii dioranggg
Quote wookiehoney 6-2-2017 10:51 AM
dah agak diorang boleh jd juara
tap xpuas hati pejadah kaka n awi 2nd place?

like???
Quote owhgee 6-2-2017 10:57 AM
wookiehoney replied at 6-2-2017 10:51 AM
dah agak diorang boleh jd juara
tap xpuas hati pejadah kaka n awi 2nd place?


Tak sedap ke kaka & awi? Aku tengok 1st & 2nd week je lepas tuh tak sanggup sebab berbulu tgk ac kiok ngan puryna tuh.
Quote nazam52 6-2-2017 10:58 AM
Lagu single duet AKU CINTA best giler! Mantap
Quote sanah 6-2-2017 11:00 AM
Tahniah kpd mereka. They deserved it.
Quote achiema 6-2-2017 11:00 AM
mokcik dah tua, x leh hadam la pertandingan nyanyian nih... rela tutup tv main ngan kucing
Quote kaklehot 6-2-2017 11:04 AM
both mmg berbakat....yg ni baru lah dinamakan berbakat....kudos
Quote makneng 6-2-2017 11:11 AM
Tahniahhh... Tp mak suka kaka n awi rafael.  Gittew.  X suka puritna.. Ntahapaapa.  Boleh?
Quote fizroy 6-2-2017 11:13 AM
tahniah la kepada pemenang....rm100k tu...huh
Quote wookiehoney 6-2-2017 11:37 AM
owhgee replied at 6-2-2017 10:57 AM
Tak sedap ke kaka & awi? Aku tengok 1st & 2nd week je lepas tuh tak sanggup sebab berbulu tgk ac k ...

aku pun tgk sebab laki aku gigih rakam.so part mangkok dua ketul ac furyna tgedik2 tu selamt di skip.
tak sedap langsung awi n kaka.win bab performance la bak kata hattan out of the box tp nyanyi sedehh.
me like haiza aepul lg.
performance n vocal best cuma pembaharuan lagu tak sekreatif ernie syamel
Quote ana 6-2-2017 11:38 AM
tahniah..mmg hebat
Quote lyza2474 6-2-2017 11:40 AM
yesss...   memang patut they all menang
Quote terpaku 6-2-2017 11:44 AM
hos dan penaja antara punca meols boikot rancangan ni
Quote prettyrara 6-2-2017 11:51 AM
Tak tgk sgt sbb rasa dh boring tgk ac. Ntah pape je dia merepek terkinja2. Boooringg.
Quote appendix 6-2-2017 11:59 AM
yg si penyanyi pempuan tu keluar dari mana2 reality tv show ?

err iols tak penah dgr nama dia huhu
Quote CikE 6-2-2017 12:01 PM
Tahniah la..tpi iols suka depa nyanyikan Kau lupa janji scara duet smlm..menusuk qolbu..penuh phayatan...sampi depa sendri pn kuaq airmata masa nyayi lagu tu...

Lihat semua komen(90)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 07:02 PM GMT+8 , Processed in 0.324497 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top