CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

PERKASA Syor Sebat Mandatori, Penjara Seumur Hidup Bagi Pesalah Rasuah

23-1-2017 11:32 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 1531| Komen: 13

Description: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) pula mencadangkan supaya pesalah rasuah dikenakan hukuman rotan mandatori dan penjara seumur hidup.
Awal bulan Januari ini, kerajaan Thailand menerima pakai cadangan Majlis Pemandu Perubahan Kebangsaan (NRSA) agar hukuman mati dikenakan ke atas penjawat awam yang terlibat dengan rasuah dan mengakibatkan negara kerugian lebih Baht1 bilion (RM1 = Baht7.9). 


Sehubungan itu, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) pula mencadangkan supaya pesalah rasuah dikenakan hukuman rotan mandatori dan penjara seumur hidup.


Pengerusi Biro Integriti dan Anti Rasuah PERKASA, Jais Abdul Karim berkata demikian pada Forum Rakyat Bangkit Menentang Rasuah anjuran PERKASA di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru malam kelmarin.

Jelas beliau, hukuman berat yang dikenakan bagi kesalahan mengedar dadah itu wajar dilaksanakan bagi membendung masalah rasuah di negara ini.

Kerajaan juga perlu memperkenal akta baharu yang dikenali sebagai ‘Akta Sabotaj Ekonomi’ bagi membolehkan pesalah rasuah ditahan tanpa jaminan dalam tempoh masa tidak terhad, ujarnya. 

Tegas beliau, akta itu yang membawa kesan sama seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) diperlukan supaya proses siasatan boleh dijalankan dengan lengkap.

“Tahanan tanpa jaminan dan had ini perlu supaya tidak memberikan peluang kepada perasuah menghapuskan bahan bukti atau mempengaruhi saksi yang terlibat.” 

Jais turut menyeru agar rakyat Malaysia di semua peringkat juga mesti berani dan proaktif untuk tampil membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). - CARI


sumber foto: https://lh3.googleusercontent.com/
20

Bagus
27

Marah
24

Terkejut
32

Sedih
29

Lawak
31

Bosan

Friends Rank (163 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote unhas 9-1-2017 09:39 AM
Malaysia buat camtu gak please
Quote sukacactus 9-1-2017 09:47 AM
Yg ni ok sangat kalau terjangkit kat malaysia
Quote Rainrein 9-1-2017 09:50 AM
Jangan harap la mesia nak buat macam ni.
Quote Emperor95 9-1-2017 10:37 AM
Teruskan perlaksanaannya.
Quote MasturaHassan 21-1-2017 05:13 PM
cadangan yg sangat bagus
Quote airfilterkotor 21-1-2017 07:48 PM
Kalau buat kat mesia, nanti banyak tempat PRK kena buat. Tak menang tangan nanti.
Quote Decaffeinated 21-1-2017 07:50 PM
negara kapir lahanat juga yang mula dulu....

Quote airfilterkotor 21-1-2017 08:04 PM
Walaupun saban tahun kita disajikan dengan ketirisan didalam laporan audit, tetapi keadaan masih terkawal dan kita berpuashati.


Menteri Bahlol Mesia.
Quote WhiskeyScotch 21-1-2017 08:28 PM
This is interesting. Najib tak nak propose dekat Parlimen mengenai isu hukuman mati kepada public officials yang korup? Propose lah. Bersorak rakyat terus undi Buritsan Nasional di PRU akan dtg.
Quote aHoi83 21-1-2017 08:43 PM
Setuju malaysia follow. Walaupun ikan bilis elok sahaja ditembak mati sebelom dia membesar menjadi paus
Quote sebu 21-1-2017 08:58 PM
Rata2 pemimpin Malaysia dan rakyat mengamal rasuah. Mimpileee nk buat :zz
Quote spankee_fili 21-1-2017 09:07 PM
airfilterkotor replied at 21-1-2017 07:48 PM
Kalau buat kat mesia, nanti banyak tempat PRK kena buat. Tak menang tangan nanti.


jenuhla nak kena amek cuti balik kampung manjang..
Quote airfilterkotor 22-1-2017 01:08 AM
spankee_fili replied at 21-1-2017 09:07 PM
jenuhla nak kena amek cuti balik kampung manjang..

Oleh yang demikian, sila jangan makan rasyuah.

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:25 AM GMT+8 , Processed in 0.058987 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top