CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kerjasama Tangani Kumpulan Panji Hitam Langkasuka

7-8-2013 03:40 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6093| Komen: 25

Description: Kuala Lumpur - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Dan Jabatan Agama Islam Negeri Sedia Bekerjasama Dengan Pasukan Keselamatan Bagi Menangani Kumpulan Panji Hitam Langkasu ...

Datuk Othman Mustapha

KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Negeri sedia bekerjasama dengan pasukan keselamatan bagi menangani kumpulan Panji Hitam Langkasuka.

Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha berkata orang ramai yangmempunyai maklumat mengenai kumpulan itu diminta memaklumkannya kepada Jakim dan Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing.

"Melalui perkembangan terkini yang berlaku semalam, kumpulan berkenaan dilihat semakin berani untuk menterjemahkan ideologi mereka dalam bentuk tindakan bagi menyatakan hasrat mereka," katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, polis menahan 10 individu yang mendakwa anggota kumpulan Panji Hitam dari Timur Empayar Langkasuka Nusantara, di luar pintu Istana Negara kerana dipercayai cuba melancarkan rampasan kuasa terhadap Yang di-Pertuan Agong.   

Kumpulan itu yang turut dianggotai dua wanita dan berpakaian serba hitam tiba di Pintu 1, Istana Negara, pada 4.10 pagi menaiki tiga kenderaan yang turut dipasang bendera dan kain rentang serba hitam tertulis Kerajaan Langkasuka Nusantara.

Menurut Othman, meskipun doktrin yang dibawa kumpulan berkenaan jelas bertentangan dengan fakta sejarah dan menyeleweng dari sudut agama, termasuk doktrin raja utusan Allah dan tentera Al-Mahdi, namun mereka diyakini mempunyai pengikut yang setia.

"Gerakan ini mula dikesan sejak awal menerusi media-media sosial yang didedahkan serta dikongsi bersama masyarakat, walaupun ia dilihat sebagai perkara yang tidak masuk akal," katanya.

Beliau berkata, oleh kerana kumpulan ini telah mencetuskan isu keselamatan, pihak keselamatan wajar mengambil tindakan.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jazaa 7-8-2013 04:38 PM
Bersih muka dia.....photoshop ke?.....
Quote pakwetizzaqyah 7-8-2013 08:06 PM
langkasukasuki ni syiah kedah gak ke??
Quote azrain98 7-8-2013 08:53 PM
tngok fb official dorang sume lucah2 uwekkk
Quote Bedah.Cun 7-8-2013 10:01 PM
Gi la tawan Afghanistan duk dengan Taleban... Sibuk je kacau tanah air kitorang. Sewel punye Melayu2 celup wannabe Asia Barat
Quote ultra78 7-8-2013 10:06 PM
langkasuka apa jadahnya ni? Kerajaan hindu melayu purba nak rampak kuasa kah?
Quote freebird 7-8-2013 11:06 PM
apakenamengena dengan jakim??
langkasukahati ni islam ke??  bunyi macam hindu je...
Quote cadarblogsot 9-8-2013 01:48 PM
Suku sakat 3 suku lah tu...
Quote nazadiyah 9-8-2013 05:58 PM
Apa fb nya...maiii
Quote chaintea 9-8-2013 06:35 PM
Ada pengikut tuh..sapo chegunya? Bjr di mana
Quote wafeenaulia 9-8-2013 10:11 PM
Kena maki kena troll kena bahan kena bubuh kena hamun ade la kot...yg like pon takat nk membahan aje..
Quote Al-Patih 10-8-2013 05:54 AM
Panji Hitam Langkasuka ni ...suka2 langka panji hitam ke ....
Quote budakgraphic 12-8-2013 01:57 PM

Hahaha, ni ar jadinya bila kerajaan bagi muka sgt...
Quote lolipopmanish 12-8-2013 02:05 PM
azrain98 posted on 7-8-2013 08:53 PM
tngok fb official dorang sume lucah2 uwekkk

yeke?? mane?? nak link
Quote lolipopmanish 12-8-2013 02:06 PM
sila tepek link fb. nak nengokkkkkkkkkk
Quote putput 12-8-2013 03:01 PM
inspiration by kiram punya kerja la ni
Quote annehuda 12-8-2013 03:11 PM
lolipopmanish posted on 12-8-2013 02:06 PM
sila tepek link fb. nak nengokkkkkkkkkk

aku tak jumpe fb die. aku jumpe pikce ni jah




1.     Pemuda Bani Tamim lahir di Malaysia.
2.     Jemaahnya iaitu 313 Panji HitamLangkasuka sudah dibentuk.
3.     Jemaahnya sudah dibai’ah dandisahkan oleh Tuan Guru Wali Hidup, iaitu guru pondok Sungai Bayu, Gua Musang,Kelantan. 3 hari kemudian guru pondok itu meninggal dunia.
4.     Nama kerajaannya ialah Kerajaan Islam Empayar LangkasukaNusantara.
5.     Pemimpinnya ialah Tuanku Sultan RajaMerongmahawangsa II. Dialah Pemuda Bani Tamim merangkap Pemegang PanjiAl-Mahdi.
6.     Merekaboleh berhubung dengan arwah Tok Kenali.
7.     Majlismereka sering diadakan di Masjid Tok Kenali di Kubang Kerian, Kelantan.
8.     Majlis-majlismereka ada yang dihadiri oleh Wali-wali Songo/Sembilan, wali-wali kutub,jin-jin Islam, malah nabi-nabi seperti Nabi Khidhir, Nabi Ilyas dan ramai nabilagi. Jemaah mereka mendapat 100% sokongan daripada tokoh-tokoh berkenaan.
9.     Jemaahmereka turut diakui kewujudannya oleh Zionist.
10. RajaLangkasuka II itu berketurunan campuran antara keturunan Nabi Sulaiman denganketurunan Nabi Muhammad. Juga berketurunan Nabi Ibrahim campur keturunan NabiSulaiman, iaitu satu kaum yang dikatakan hilang dalam sejarah.
11. Mendakwaada lebih 80 hadith sahih tentang Pemuda Bani Tamim dan yang seumpamadengannya. (Sesiapa yang ada masa bolehlah buat semakan tentang hadis-hadis ini).
12. Dalamsalah satu majlis mereka berlaku “keajaiban dari langit”.
13. Sebagaibantuan kepada pasukan mereka, Allah menghantar tenteranya menghuru-harakan NewYork.
14.  Pihak Pesuruh & PengikutDajjal sudah mengesahkannya 5/10/12 surat pengesahan dan peralihan kuasaekonomi kepadanya. (*Apa yang disah dan siapa yang mengesah itu tidaklah sayaketahui).
15. Bermula 1 Muharram 1434, Jemaahmereka sudha mula bergerak dari masjid ke masjid, bermula dari negeri Kelantan.
16. Mereka akan sampai kepada YangDipertuan Agong dalam masa terdekat.



http://www.freemalaysiatoday.com ... mpulan-panji-hitam/

Quote lolipopmanish 12-8-2013 03:12 PM
annehuda posted on 12-8-2013 03:11 PM
aku tak jumpe fb die. aku jumpe pikce ni jah

giler sopan gambo pakcik ni tp nape mata macam stim lebih???
Quote bluezink 12-8-2013 03:56 PM


Quote zaharul_asriq94 12-8-2013 04:00 PM
the land of ketum!

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:40 AM GMT+8 , Processed in 0.058674 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top