CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengusaha Bas Kecewa Tiket Masih Banyak

7-8-2013 10:27 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 14065| Komen: 102

Description: Kuala Lumpur: Pengusaha Bas Ekspres Di Ibu Kota Mengeluh Berikutan Sambutan Kurang Menggalakkan Terhadap Pembelian Tiket Bas Berbanding Tiket Kereta Api Yang Lebih Mendapat Tumpuan Pada Saat-Saat Akhi ...
Dah tu sblm puasa mintak kerajaan naikkan harga tiket 30%, kan tak pasai2 kena boikot


Pengusaha bas kecewa tiket masih banyak

Kuala Lumpur: Pengusaha bas ekspres di ibu kota mengeluh berikutan sambutan kurang menggalakkan terhadap pembelian tiket bas berbanding tiket kereta api yang lebih mendapat tumpuan pada saat-saat akhir Ramadan.

Pengusaha bas ekspres Shuhairi Zainol, 38, berkata, berbanding tahun lalu, syarikatnya mampu menghabiskan jualan tiket pada minggu kedua Ramadan, namun tidak lagi pada kali ini.


“Pada hari ini (semalam) hanya 12 keping tiket dijual dan keadaan ini amat merisaukan. Kami terpaksa bersaing perkhidmatan kereta api.

“Orang ramai hanya memenuhi hentian ini pada hujung minggu untuk mencari tiket atau pulang ke kampung halaman masing-masing berbanding tahun lalu yang sentiasa dipenuhi pelanggan tidak mengira masa,” katanya.


Menurut Shuhairi, lebih malang apabila terdapat pengusaha yang turut didakwa sebagai ‘ulat tiket’ oleh pihak berkuasa kerana berebut mencari pelanggan.


Katanya, tindakan pihak berkuasa yang menahan pengusaha tanpa usul periksa menimbulkan tanggapan buruk terhadap penumpang bas menyebabkan mereka beralih arah kepada pengangkutan awam lain.

“Harga ditawarkan tetap sama, tapi ramai penumpang pilih kereta api. Pihak berwajib sepatutnya lebih adil ketika mempromosikan pengangkutan awam,” katanya.


Sementara itu, Pengurus Kanan Pemasaran Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Mohd Noordin Kimi berkata, pihaknya menambah dua gerabak bagi setiap tren untuk perjalanan ke utara dan pantai timur tanah air bagi menampung permintaan yang semakin meningkat.

Katanya, penambahan gerabak itu bermula hari ini sehingga Rabu mengikut jadual perjalanan sedia ada.

Screen_20130807_084226.jpg

12

Bagus
11

Marah
13

Terkejut
9

Sedih
12

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (62 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dellashrill 7-8-2013 08:51 AM
source mana? BH, Bernama ke Utusan?
Quote dasatgiler 7-8-2013 08:55 AM
dellashrill posted on 7-8-2013 08:51 AM
source mana? BH, Bernama ke Utusan?

http://www.hmetro.com.my/myMetro ... /Article/index_html
Quote dellashrill 7-8-2013 08:55 AM
dasatgiler posted on 7-8-2013 08:55 AM
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Pengusahabaskecewatiketmasihbanyak/Article/index_html

Hehe tq very much.

Quote limoais 7-8-2013 08:57 AM
tiket bas ke utara awal lg dah habis..ni tiket ke mana...
Quote saladin780 7-8-2013 09:04 AM
padan muka
Quote mamat2009 7-8-2013 09:04 AM
Biarla pguna nak pilih ape2 pun. Dh itu hak kami
Quote artcrime 7-8-2013 09:05 AM
limoais posted on 7-8-2013 08:57 AM
tiket bas ke utara awal lg dah habis..ni tiket ke mana...

balik kajang..

Quote ultra78 7-8-2013 09:14 AM
Bas ke arah mana ni? Ipoh kah? Sekarang kan dah ada ets, sebab tu ramaI pilih utk naik keretapi letrik
Quote tobby 7-8-2013 09:18 AM
tiket balik kelate selalunya habis.
Quote limoais 7-8-2013 09:22 AM
artcrime posted on 7-8-2013 09:05 AM
balik kajang..

patut la xabih...hahaha

Quote eLiaD 7-8-2013 09:23 AM
statistik kemalangan bas menyebabkan pengguna memilih alternatif len..yelah sume orang nk selamat tiba ke kampung..

Quote abil_tetra 7-8-2013 09:32 AM
ntahnyer..cer ckp tiket kemana...kot seremban , ipoh saje mmg la
Quote abas8888 7-8-2013 09:34 AM
naik keretapi laju dari kl ke ipoh lagi best kot..tak jem..yang penting takde masalah double seat dijual pada pengguna macam bas selalu buat tu terutama masa musim perayaan..bila nak buat ets ke penang? mesti bas lagi tak laku..
Quote roy3 7-8-2013 09:44 AM
pengusaha bas ramai terdiri drp org melayu..nk boikot ka?
Quote salimrock 7-8-2013 09:48 AM
bagus lah byk alternatif pengangkutan awam...cth keretapi,kapal terbang...feri, bot laju..

kalo dimonopoli 1 pihak je..naik lemak pulak...

Quote tobby 7-8-2013 10:14 AM
roy3 posted on 7-8-2013 09:44 AM
pengusaha bas ramai terdiri drp org melayu..nk boikot ka?

kena sapot.
Quote Peya 7-8-2013 10:17 AM
Kete pun dah murah. Baik naik keta
Quote gujiwa 7-8-2013 10:28 AM
huhuhuhu,, kesian2x.. tapi nak buat mcm ne maybe tak tahan dengan jem sbb tuh org pilih ketaapi.. tapi naik keteapi mohon takde kerosakan la.
Quote Anak_Nogori 7-8-2013 10:53 AM
masing2 tak habis shopping kot...tengoklah hari ni..masing2 last minit balik kg kot..

Lihat semua komen(102)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 04:58 PM GMT+8 , Processed in 0.076107 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top