CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Unic Lancar Album Doa

6-8-2013 09:21 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 2656| Komen: 0



SETELAH tampil dengan album Edisi Khas Unic tahun lalu yang mencatatkan jualan sebanyak 20,000 unit, kumpulan nasyid terkenal, Unic kembali lagi tahun ini dengan album berjudul Doa.

Menariknya, album Doa ini turut menampilkan penceramah selebriti terkenal, Ustaz Syed Abdul Kadir AlJoofre.

Album yang mengandungi 18 jenis doa dengan alunan kontemporari serta dua buah lagu nasyid, Ya Hanana dan Ikramul Kareem.

Antaranya, Doa Dhuha, Doa Istikharah, Doa Tahajjud, Doa Taubat, Doa Robitah dan Qunut Nazilah.

Ketika ditanya soal konsep doa yang diketengahkan sedikit berbeza berbanding album-album mereka sebelum ini, Unic akui mahu mencari kelainan dalam setiap karya yang dihasilkan.

“Kami mahu mencari sesuatu yang baru kerana itu kami memberikan sesuatu kelainan dalam setiap karya yang dihasilkan.

“Apabila kami sudah tampil dengan kelainan kali ini, jika satu hari nanti kami kembali pada konsep lama pun orang tak bosan,” katanya kepada Sinar Harian Online selepas sidang media Majlis Muhasabah Ramadan Iftar Jama' Unicdotmy Pro dan Sumbangan Hari Raya di Restoran Zam Zam Bandar Utama, malam tadi.

Unic cuba mengetengahkan konsep pendidikan dalam album kali ini bukan mengejar keuntungan semata-mata.

“Kami ketengahkan konsep pendidikan. Doa itu walaupun ringkas tapi impaknya besar dalam kehidupan.

“Duit bukan segala-galanya tapi segala-galanya perlukan duit. Matlamat utama itu bukan duit tapi kami perlukan duit juga untuk menghasilkan karya baru,” katanya.

Berkongsi tentang kolaborasi dengan Ustaz Syed Abdul Kadir AlJoofre, Unic akui mahukan kesan yang lebih besar terhadap album tersebut.

“Ustaz ini menjadi pakar rujuk kami, beliau panel syariah kami. Beliau menyampaikan ceramah dengan sangat santai.

“Jadi, kolaborasi dengan beliau untuk mendapatkan momentum yang lebih besar kerana beliau sendiri dekat dengan masyarakat kerana sudah mempunyai pengikut sendiri,” katanya.

3

Bagus

Marah
6

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (15 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2026 07:57 AM GMT+8 , Processed in 0.031184 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top