CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ketua Menteri Tamil Nadu, Jayalalithaa Meninggal Dunia Pada Usia 68 Tahun

6-12-2016 03:45 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 3106| Komen: 3

Description: Tamil Nadu kehilangan ketua menterinya, Jayalalithaa Jayaram yang menghembuskan nafas terakhirnya selepas sekian lama dirawat di hospital.

Tamil Nadu kehilangan ketua menterinya, Jayalalithaa Jayaram yang menghembuskan nafas terakhirnya selepas sekian lama dirawat di hospital.

"Dengan kesedihan tidak terperi, kami mengumumkan bahawa yang amat berhormat ketua menteri Tamil Nadu meninggal dunia pada jam 11.30 malam (waktu tempatan) hari ini (5 Disember),"  kata kenyataan Hospital Apollo di Chennai.

Memetik laporan BH Online, satu lagi laporan berkata, Jayalalithaa meninggal dunia selepas menjalani pembedahan susulan serangan jantung yang dialaminya pada malam Ahad lalu.

Sepasukan doktor merawat bekas bintang filem berusia 68 tahun itu yang menerima status dan dipuja seperti seorang Tuhan di Tamil Nadu. 

Kerajaan Tamil Nadu mengisytiharkan tempoh berkabung selama tujuh hari bermula hari ini. 

Mayat Jayalalithaa akan diletakkan di Dewan Umum di Chennai bagi membolehkan orang ramai memberi penghormatan terakhir. 


Tarikh dan masa untuk pengebumiannya masih belum diumumkan apabila kerajaan negeri dikatakan memerlukan lebih masa untuk membuat persiapan dari segi urusan keselamatan apabila ratusan ribu dijangka akan menghadiri upacara berkenaan.

Jayalalithaa,68, merupakan salah seorang ahli politik India yang paling berpengaruh dan pernah enam kali menjadi ketua menteri Tamil Nadu.- CARI

sumber foto: http://www.kosmo.com.my/


5

Bagus
7

Marah
5

Terkejut
7

Sedih
5

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (30 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ohnoLia 6-12-2016 04:49 PM
Ini buka  artis ke dulu ni?  Set set MGR?.
Quote Maideen. 8-4-2018 07:07 PM
Hanyalah amalan amalan dia di donya yang dapat membantu beliau kini......

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 04:03 PM GMT+8 , Processed in 0.092072 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top