CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Sedapnya Mulut Kau Dik, Menyumpah Orang 'Paria' Sesuka Hati Je!

1-12-2016 04:15 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 10953| Komen: 46|Original author: Oleh: Adib Za

Description: Sama ada perasan atau tidak, kebanyakan pekerja kaunter di negara ini sering dikatakan tidak mesra mahupun bijak dari segi komunikasi.
Loading FB Post...


Sama ada perasan atau tidak, kebanyakan pekerja kaunter di negara ini sering dikatakan tidak mesra mahupun bijak dari segi komunikasi. 

Sedangkan mereka ini dilihat sebagai duta kecil sesebuah syarikat melalui komunikasi terbaik yang dipamerkan.

Tidak mudah tersenyum misalnya adalah perkara paling asas perlu dijauhi sebagai pekerja kaunter. Tidak kiralah kaunter hadapan sebuah syarikat, kaunter bayaran di bank mahupun tol dan sebagainya. 

Baru-baru ini seorang netizen berbangsa India, yang dikenali dengan nama Ravi Chandran memuatnaik sebuah rakaman video tentang kebiadapan sorang wanita penjaga tol. 



Wanita yang dipercayai bernama Zatul itu didakwa telah melakukan kesilapan teknikal dengan mengecas Ravi sebagai pengguna lebuh raya lebih dari sepatutnya iaitu di bawah kelas 1. Sedangkan Ravi yang memandu teksi harus berada di bawah kelas 4 yang mempunyai kadar tol lebih murah.

Ketika menegur wanita terbabit dan tindakan Ravi meminta pulang baki sebanyak 80 sen, tanpa disangka-sangka wanita penjaga tol itu melemparkan kata kesat yang berbaur rasis. 

Tidak mahu mengaku kesalahan, malah wanita itu dikatakan memanggil Ravi dengan panggilan 'Paria' iaitu satu perkataan taboo bagi masyarakat India. 

"Juruwang tol telah mengeluarkan perkataan paria kepada seorang pemandu teksi setelah ditegur kerana telah memasukkan kereta kelas 1 (harga lebih) di mana sepatutnya teksi kelas 4 (harga murah)."

Begitulah antara yang ditulis menerusi laman sosial oleh Ravi sendiri. 

Video berdurasi kurang lebih 5 minit itu turut mendapat respon dari kalangan masyarakat. Mereka juga meluahkan rasa malu terhadap pekerja wanita yang tidak menghormati kaum lain di negara ini. 


Kesimpulannya, budi bahasa itu seharusnya dipegang walau di mana pun berada. Lebih-lebih jika ia mampu menjaga keharmonian antara kaum dan juga negara. Paling penting, jalankan kerja anda dengan penuh dedikasi dan amanah. - CARI 
6

Bagus
8

Marah
9

Terkejut
7

Sedih
9

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (44 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kentel 1-12-2016 04:42 PM
sikit2 nk viral....puiiiihhhhh
Quote lostfaith 1-12-2016 04:54 PM
Sebelum ambil video apa jadi...
Quote missinpiece 1-12-2016 04:55 PM
Tula..sikit2 nak viral. Tah2 uncle teksi tu mulut sama hangsuang. Btw baru td kat Mekdi Usj me mengadap cashier jeruk timun..mencuka n dok suh ulang order. Greetings pon xde
Quote miemiecha 1-12-2016 04:56 PM
hurm, iols keje cashier, mmg cuak nkpakai tepon masa koje,..
Quote shernazz 1-12-2016 05:05 PM
biasa jurutol neh memang muka mintak maki...
mak pak depa x ajar cara senyum kot
tau la penattapi dah kau mintak keje gitu..kena.la senyum
kalau xnak senyum..baek ko keje kedai keranda aje
Quote Artemesiaa 1-12-2016 05:06 PM
Betul tu kebanyakannya mencuka je muka kalau jaga kaunter.  Dalam kes ni kalau ada pun yg tersilap tak boleh ke bagitahu baik2 tampa perlu mengunakan perkataan yang tak sepatutnya.  
Quote -electrifying- 1-12-2016 05:06 PM
biar bdoh xde pelajaran, tp jgn xde adab
Quote WajibulGhunah 1-12-2016 05:14 PM
I mmg x suka org yg keje kaunter tp x reti senyum lps tu layan pelanggan dingin

Eeeeeeeeeee sakit je hati rasa
Quote krustykrab 1-12-2016 05:19 PM
tp kan org sebelah penang mmg suka gunakan perkataan ni...even marah kat org bukan india pun akan terbit word ni dari mulut mereka.....

nak kata rasis pun bukan kut sbb mulut tu dah mmg hansuang
Quote Victorioussss 1-12-2016 05:21 PM
Pariah ni kasta paling rendah kan kt india?
Dulu british bawak masuk pekerja dari india untuk bekerja di estet sebelum merdeka, dari kasta ape eh?

Sori just wondering. Aku pun smpai sekarang aku pun tak faham kenapa white man tak boleh panggil black man nigger tapi sesama black man boleh panggil nigger. Maksud nigger tu aku faham.

Wondering kenapa black and proud bole dibicarakan secara terbuka tapi white and proud dilabel racist.sikit sikit racist. Pls no racist here.
Quote exclusive_vvip 1-12-2016 05:24 PM
x berani nak blame hakak tu hundred persen...dgr nada suara india tu pun mcm dia pun budi bahasa kureng je...ntah2 dia yg mula maki2, takkan dia nak cakap ye dak...dia tulis la dia nasihatkan...pdhal yg kuar dari mulut taktau la apa kan...lg 1, yg korang dlm ni dok hadap jurutol tu senyum kat sumer pemandu dah kenapa...beribu2 kot diorg nak kene hadap tetiap hari..lantaklah kalu diorg x senyum pun...kesian plak iols kat jurutol kene bash psl x senyum...
Quote kakiselit 1-12-2016 05:33 PM
@maideen , nak tanya nih. Pariah makan taik ka?

drebar teksi tu berlakon inesen walhal mulut dia pun cabul
Quote swayne 1-12-2016 06:04 PM
Semalam iolls nak bayar parking kat Anggerik Mall. Then nampak ada notis permohonan maaf pihal management kepada 1 orang ni i lupa nama dia atas salah faham anyara staff parking dengan pihal lagi 1 tu. Masa i baca terus i rasa agaknya ni gaduh besar kot and pihak tu mesti auruh buat permohonan maaf terbuka. Cuba gaduh dengan i ni, entahnya tak dilayan
Quote jazaa100 1-12-2016 06:51 PM
Iya iya je.......

Security tu pun hilang sabar dgn dia ni
...
Memang cari pasal...
Quote xtravaganza 1-12-2016 07:56 PM
Nth ape yg org ni ckp smpi pak guard pon bengang.. tp kbnykkn pnjaga tol muka msg2 masam je tp slagi xganggu aku, mls nk ckp pape
Quote mommymonster82 1-12-2016 08:58 PM
Klu dia cerdik xdela keje kaunter tol..

Tu jer ayat penyejuk hati bila mana jumpa jurutol biadab...
Quote batman_2007 1-12-2016 09:41 PM
Petty petty petty
Quote babyleo68 1-12-2016 10:33 PM
-electrifying- replied at 1-12-2016 05:06 PM
biar bdoh xde pelajaran, tp jgn xde adab

Betul3... Kene tinggal ngan bf/husband melalui whatsapp kot tu yang meroyan tu  
Quote emelia1509 1-12-2016 11:46 PM
Semua pun nak viral nowadays

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:18 PM GMT+8 , Processed in 0.075635 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top