CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

4 Tahun Dalam Penjara Masih Meragut!

2-8-2013 10:36 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 2260| Komen: 17

Description: Kuala Lumpur: Biarpun Baru Dibebaskan Dari Penjara Kurang Empat Hari, Seorang Lelaki Berusia Lewat 20-An Kembali Mengganas Dengan Cuba Meragut Seorang Wanita Dalam Kejadian Di Tempat Letak Kereta Sebu ...
Kuala Lumpur: Biarpun baru dibebaskan dari penjara kurang empat hari, seorang lelaki berusia lewat 20-an kembali mengganas dengan cuba meragut seorang wanita dalam kejadian di tempat letak kereta sebuah kondominium di Setapak, di sini, semalam.


Bagaimanapun, cubaan jam 8.30 pagi itu mengundang padah apabila dia dicekup orang awam sebelum diserahkan kepada polis.

Lelaki dibebaskan selepas selesai menjalani hukuman penjara selama empat tahun atas kesalahan menyamun.


Mangsa, Yik Sook Wei, 20, berkata, ketika kejadian, dia sedang membuka pintu belakang keretanya sebelum dihampiri lelaki terbabit yang menunggang motosikal.

  “Lelaki itu cuba meragut beg tangan, namun gagal kerana talinya terputus. Lelaki itu kemudian cuba merempuh saya bagi meloloskan diri,” katanya.

Menurutnya, orang awam yang melihat kejadian itu segera mengejar lelaki terbabit dan usaha itu membuahkan hasil apabila lelaki itu berjaya ditahan.


Akibat kejadian itu, dia mengalami kecederaan di perut namun hanya dirawat sebagai pesakit luar.

Sook Wei turut membuat laporan di Balai Polis Setapak, di sini.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan penahanan lelaki terbabit.


Artikel ini disiarkan pada : 2013/08/02


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bluberi 2-8-2013 08:23 AM
agaknye mmg dia nak masuk balik ke 'dalam' kot
makan tanggung..tak payah susah2 pening2 kepala camne nak cari duit duduk kat luar ni
Quote kaknab 2-8-2013 08:34 AM
potong ja lah tangan yg meragut iteww.. kot kot insof, sbb panjara 4 taon pun x insof2 lagi..
Quote merpati01 2-8-2013 08:46 AM
pas ni kasi 40thn lak..
Quote anishacute 2-8-2013 09:00 AM
Alvin kata penjara no bad.. Mungkin peragut ni memang suka dok dalam tu kot.. Ye la makan tanggung
Quote nurfariezza 2-8-2013 09:13 AM
bluberi posted on 2-8-2013 08:23 AM
agaknye mmg dia nak masuk balik ke 'dalam' kot
makan tanggung..tak payah susah2 pening2 kepala camn ...

kn..xpyh nk ssh cri duit...ckup time mkan..
2 yg sje wt prngai lg 2 nk bg kne tgkap blik..


Quote koken_7 2-8-2013 01:11 PM
sbb tu kena potong tangan..
Quote noor2 2-8-2013 02:12 PM
tu menandakan duk dipenjara tak teruk mana,.....penjahat tak kisah pun untuk buat jahat balik dan dihantar balik ke sana,.
Quote Anak_Nogori 2-8-2013 02:18 PM
koken_7 posted on 2-8-2013 01:11 PM
sbb tu kena potong tangan..

walaupun peragut tu non muslim ke?..
Quote sue_0684 2-8-2013 02:18 PM
tarak guna punya olang..baik potong jer tngn tuh..
Quote lolipopmanish 2-8-2013 02:23 PM
mesti peragut tu buat hal semula sbb nk bg org masukkan dia dlm jail..mkn minum pon free
Quote aqissa 2-8-2013 02:28 PM
dudok dalam penjara for good baru tau....
Quote mzmegang 2-8-2013 02:51 PM
ini mmg yg jenis tegar ni. dok la bertahun2 still sama
Quote koken_7 2-8-2013 04:42 PM
Anak_Nogori posted on 2-8-2013 02:18 PM
walaupun peragut tu non muslim ke?..

bagus jugak klu potong tangan walaupun non-muslim....

mungkin selesa 4 taun dlm penjara....klu ragut x kena tangkap, rezeki...klu masuk penjara mkn free, alhamdulillah...

klu kena potong tangan? tobat x mau buat dh...
Quote BotakChinPeng 2-8-2013 04:50 PM
Padan muka kena masuk balik
Quote BotakChinPeng 2-8-2013 04:50 PM
Padan muka kena masuk balik
Quote Anak_Nogori 2-8-2013 07:10 PM
koken_7 posted on 2-8-2013 04:42 PM
bagus jugak klu potong tangan walaupun non-muslim....

mungkin selesa 4 taun dlm penjara....klu  ...

nanti DAP, PKR dan PAS tak bising ke?.
Quote xdielzx 2-8-2013 09:33 PM
Potong tangan!

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:20 PM GMT+8 , Processed in 0.079745 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top