CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

'Ya Saya Memang Ada Diploma Saja'

25-10-2016 12:15 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 10313| Komen: 29|Original author: Oleh: Adib ZA

Description: Memang pada zaman ini semua anak muda dilihat semakin terbuka untuk melanjutkan pelajaran di tahap yang lebih tinggi dan lebih tinggi lagi.


Memang pada zaman ini semua anak muda dilihat semakin terbuka untuk melanjutkan pelajaran di tahap yang lebih tinggi dan lebih tinggi lagi. 

Ijazah sarjana muda atau degree misalnya dikatakan sudah menjadi kebiasaan dan untuk bersaing di luar sana maka ramai yang cuba untuk melanjutkan lagi pengajian di peringkat master pula. 

Bukan lagi perkara asing situasi ini. Kadang kala pengalaman mereka yang sudah berada dalam bidang atau industri dilihat masih tidak setaraf dengan mereka yang mempunyai taraf pendidikan lebih tinggi misalnya degree atau master. 


Mungkin itu yang cuba disampaikan oleh seorang netizen ini. Dia mengaku hanya mempunyai pengajian di peringkat diploma sahaja. 

Bila mengatakan 'diploma sahaja' adakah ia sesuatu yang teruk? Sudah semestinya tidak sama sekali. Orang dahulu sampaikan bergolok bergadai hanya untuk melanjutkan pengajian di peringkat kolej. 

Jadi, apa salah dan kurangnya dengan diploma itu? Sudah tentu yang salahnya adalah pemikiran dan minda masyarakat di luar sana. 

"Bila terjumpa cikgu2 atau lecturer kat luar, mesti cakap kat saya kenapa tak sambung belajar..ruginya..kawan-kawan awak tu semua dah nak habis untuk segulung ijazah.. sangat rugi nabil..rugi..awak masih muda..bla bla bla..

"Nak menjawab takut terkurang ajar atau salah bahasa..so senyum ajelah.."

Netizen bernama Nabil ini tidak sesekali menafikan kepentingan pelajaran. Namun pengalaman, bakat dan juga ilmu itu menurutnya masih boleh dikutip di luar sana tanpa adanya pengajian yang formal. 

"Education memang penting. Tapi education bukan dalam kolej/kampus je. Then dunia luar kita anggap pengalaman je. Mcm salah je tu. Kat luar pun ade ilmu juga yg kita belajar secara xformal dan tak perasan kadang-kadang. Bezanya kita reti ke tak reti nak survive kat luar."

Perkongsian oleh Nabil ini nampaknya mendapat perhatian dari kalangan netizen. Pelbagai reaksi yang diberikan sama ada bersetuju mahupun sebaliknya dengan pendapatnya. 


Apa pun, jika ada kesempatan dan ruang tak salah sambung pengajian dan pendidikan di peringkat lebih tinggi. 

Sebaliknya, masyarakat turut harus dipupuk dengan kemahiran yang boleh memberi nilai kepada bukan sahaja diri mereka sebaliknya membawa manfaat kepada komuniti dan akhirnya negara. Pendapat anda? - CARI 
13

Bagus
3

Marah
1

Terkejut
4

Sedih
1

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (32 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mzzenma 25-10-2016 12:23 PM
kalau mampu sambung je lah belajar..why not?
Quote prettyuglybabe 25-10-2016 12:37 PM
memang kalu takde pelajaran boleh berjaya..
tapi hanya bila ko sangat rajin berusaha dan ada bakat dalam sesuatu bidang..
so berapa ramai je yang ada ciri-ciri atas ni?
budak-budak sekarang banyak jenis menadah mengharap bantuan..
nak kaya tapi malas dan tak nak berusaha keras..
so elok la terus belajar sampai peringkat tertinggi..
supaya boleh senang dapat kerja ada pangkat dan gaji tinggi..
kalu tak dapat kerja idaman pun dapat berbangga ada degree master phd bagai..
boleh la melawan orang atasan dengan sijil yang dorang ada
Quote senduhazab 25-10-2016 12:37 PM
kalau ukur kejayaan=kekayaan memang itulah je la modalnya
sebab tu scammer berlambak kat Malaysia ni
asal berjaya je tgk kereta, rumah padahal setiap orang ada ukuran kejayaan masing2
Quote cahaya_almas 25-10-2016 01:08 PM
Oklah mana2 pn janji dpt.kerja...n rajin....cuma ujung2 thn nanti jgn menyesal sudab...sbb keje sama n tsngungjwb sama ngan kwn2 tp gaji berbeza hnya sebab segulung ijazah...pas tu mula lah nk berkira pasal keje.....huhu....
Quote bianglala 25-10-2016 01:08 PM
kalau ada peluang, masa, bajet nak sambung belajar, sambunglah.

setiap phase nak dapat sijil, diploma, degree, masters dan phd tu berbeza pengalamannya.
Quote Levespa 25-10-2016 01:19 PM
tengok lah u buat kerja apa dikk.. Ada kerja yg memang u tak perlu education tinggi2 but only skills ..  Skills which u can learn anywhere Takyah masuk u pun takpe..

tapi ada sesetengah post memang nak ada certain level of education.. Itu facts of life kann.. Kalau u rasa tak perlu takyah lah sambung.. Peduli lah apa org nak cakap.. biarlah org nak tanya itu ini.. takyah kesah punn
Quote ReginaBeauty 25-10-2016 01:26 PM
If ada peluang apa salahnya further study to as far as you can get.

Tak semua org ada high education akan berjaya or menjadi kaya.

Many successful and intelligence ppl has high level education, they maybe dont make much money but you all can see what are their contributions to the world.

If you measure your word berjaya by how much money you make its good for you then. But its for you and yourself je la.







Quote huehue 25-10-2016 01:36 PM
Kalau dah decide nak sampai diploma je, janganlah sentap kalau orang tanya kenapa tak sambugg degree.
Biasalah tu orang cakap ruginya tak sambung. Dah dia tengok you ada potential memanglah dia kata rugi. Cuba kalau dia tengok you memang takde harapan, semua orang diam je.
Quote CiliPadiSedap 25-10-2016 01:45 PM
azizan ada 3 phd, waiting list anugerah nobel. graduate first  class phd with 4.00 cgpa.

jangan cakap anak melayu tak boleh berjaya. contohi azizan jajan
Quote HazeLJoseph 25-10-2016 02:19 PM
Aku rasa bukam jika ada peluang utk sambung.Tapi jika ada permintaan yg berguna.Kawan aku direct brlajar sampai phd skrg.. Sbb? Xdapat kerja.Aku tanya apa dia nak buat lepas ni,jawapan dia entah,mungkin sambung  belajar lain tu je dia mampu buat.Lambakan graduan membuatkan org pilih yg berkualiti,dan yg mampu beri kebaikkan,lainlah mcm bidabg aku,dah bertahun jadi mo,amik specialist,then 2-3tahun sambung lagi ambil futher,berbaloi2, tapi jangan pula takda permintaan kau dok pulun,mcm medical student yg brrlambak tapi xdipanggil2 bust latihan siswazah
Quote HannahMontana 25-10-2016 02:33 PM
mzzenma replied at 25-10-2016 12:23 PM
kalau mampu sambung je lah belajar..why not?

ya setuju  dgn komen ko.
Quote HannahMontana 25-10-2016 02:34 PM
kalau ko berpeluang sambung belajar silakan


sungguhpun status hidup kita  berpaksi kpd duit,tetapi jikalau ko sambung belajar mungkin ko tambah lagi duit ,sebab ko semakin berilmu ,diharapkan semakin bijak utk buat duit.
Quote ~boolean 25-10-2016 02:49 PM
10 orang yang ada sampai spm ja, berapa ramai yang berjaya?
kau boleh jawab tu nabil?

Quote mommymonster82 25-10-2016 02:54 PM
Dulu sekolah mana..kena tgk background sekolh jugak..sbb tu cikgu2 tu jawab gtu kot...mungkin juga dulu dia ni student cemerlang kot..so cikgu2 tahi dia boleh buat.. n xdinafikan jugak yg mmg komen ala2 mencemuh..

Tapi pada me walau apa pon pencapaian murid..asalkan baik alhamdulillah.. janji hodup xsusahkan org.. Baru2 ni jumpa ex student keje kat popular..dia malu nak tegur..me yg tegur dia.. malu dia nak cakap..siap kata sy keje sini je teacher..pastu ada buat part time jugak.. pastu ada jumpa yg jual nasi lemak tepi jalan..me salah sorg pelanggan tetap.. setiap hari buka cuti pon buka..pelanggan ramai...beratur2 org..alhamdulillah.. walau anak org senang jugak tu tapi belajar xseberapa.... so nak mula dari bawah.. cari duit sendiri..terbaik sgt... seronok sagt jadi pendidik ni.. tapi apa nak kata.. hurm.. :zz
Quote princessjay 25-10-2016 03:31 PM
yes, ilmu ni luas, bkn hanya dalam kelas, kehidupan seharian sendiri adalah satu ilmu, ilmu hidup... belajar dari kesilapan pn ilmu jugak.. tapi apa salahnya sambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi jika berpeluang..  realitinya, nak naik pangkat nk naik gj, semuanya perlukan extra sijil.. xnk smbung degree, ambillah professional cert, ni semue membantu meningkatkan taraf hidup.. if xnk naik pangkat or gj, sambung belajar untuk kepuasan diri sendiri pn ok..ilmu yang dituntut xpernah rugi... ade pengisian dalam setiap pembelajaran tu, xkirelah formal or xformal..  xperlu sentap klu ditanye..kdg2 cikgu tanye sebab ambil berat..nak tahu ape perkembangan pelajar die..bkn nk membanding2kan.. think positif
Quote -electrifying- 25-10-2016 04:32 PM
spe heshe ni
Quote matchstick 25-10-2016 04:38 PM
Mgkin idola dia nabil ahmad..xde degree pun mahsyuk hasil buat lawak bodoh
Quote Artemesiaa 25-10-2016 05:03 PM
Pelajaran dan kelulusan amat penting tapi pengalaman juga tak kurang pentingnya untuk mencapai kejayaan
Quote teha86 25-10-2016 05:16 PM
manusia dilahirkan masing2 ade kelebihan...
so kita jgn la pandang rendah pada mereka  yg education takat spm..sijil..diploma..

aku dulu lepasan diploma je.. pastu keje... lepas 8 tahun keje...aku rase aku perlukan higher education untuk pergi ke peringkat lebih tinggi..so aku further study..amik degree epjj...skrg br 2nd year...

so far...banyak je aku orang2 kita yg xde lah level smpai master degree...tapi berjaya... yg penting pape kena ade usaha... kalo ade master tapi malas nak usaha...xbole gak...

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:40 PM GMT+8 , Processed in 0.064890 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top